Friday, October 3, 2008

Satu Hari di Hari Raya....

Ramadan 1429 telah melabuhkan tirainya dgn seribu satu kenangan terindah dan kini menyusul pula Syawal yg merupakan Syawal pertama kami sebagai anak perantau. Personally, kehadiran Ramadan di sini terasa lebih meriah berbanding Syawal. tak terasa pun mcm nak raya. Mungkin kesan tarbiyyah yg berterusan di sini. Tambah2 lagi, awal2 Ramadan disambut dalam suasana spring break yg baru bermula sedangkan Syawal pula disambut dgn timbunan assignment dan test yg melangit.



Berhari raya sebagai perantauan di sini memang sgt berbeza dgn pengalaman sewaktu di Malaysia. Ye la, Muslim di sini pun hanyalah golongan minoriti dan yg tahu tentang Islam poun boleh dikira dgn jari. Tahun ni, Syawal jatuh bukan pada weekend ataupun school break, so jadual harian adalah seperti biasa. Ada yg nak kna hantar assignment, ada yg ada test dan kami pula ada lab from 2-5 pm yg tak boleh diponteng..(aiseh), tapi bila sampai bab nak beraya tu, mmg tak boleh nak elak.

Seawal jam 6.45 pagi kami beramai2 berkumpul dan bertolak menaiki bas utk ke Avondale College utk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Solat sunat diadakan dalam sebuah dewan di sana dan dikalangan org2 yg sgt ramai di situ, rasa2nya kami je la org Malaysia. Kebanyakan adalah org2 Arab dan Afrika yg datang bersama famili. Suasana di sana sgt meriah. Kami sampai di Avondale College lebih kurang jam 730, dan solat sunat dimulakan pada pukul 8.00 dan tamat pukul 8.30 pagi. Cepat kan? Mungkin sbb surah2 dan khutbah yg dibaca pun pendek.

Selepas solat, bertolak balik ke Mt. Street. Hajat di hati nak pegi beraya ke rumah Auntie Fatimah tapi ada kwn2 yg ade test hari ni, so tak jadi la.

Rumah pertama yg dikunjungi selepas solat sunat adalah rumah Kak Husna. Mmg best ar pegi rumah Kak Husna sbb ade bykkkkkkkkkk....mknn dan sedap2 belaka. Tapi yg tak bestnya tu sbb tak leh dok lama2, kebetulan selepas kitorang sampai tu, segerombolan bdk2 lelaki sampai. Mmg pack ar rumah Kak Husna. So lepas mkn, kitorang pon balik n attend kelas Phy130.

Destinasi rumah terbuka selepas kelas fizik adalah adalah di Forte, rumah terbuka yg diadakan oleh akak2 usrah. Waktu kitorang pergi Forte, mmg tak ramai org ar di situ, so bley la mkn dgn tenang dan sepuas hati.

Balik dari Forte, we gather together doing preparation for that evening lab. Dan bahawa sesungguhnya, kitorang sgt2 takde mood nak wat lab hari tu. But since the lab is part of our coursework and it is COMPULSORY, then we have no choice.

Tepat 1.55 petang, menuju ke Chemistry laboratory and the lab was started at 2.00. Maka bermulalah episod2 menggelikan hati yg berlaku di kalangan kami pada hari ini. Lab kali ni adalah berkaitan dgn electrochemical cells dan kami perlu mengkaji tentang electrode potentials for a few metal rods menggunakan sel kimia. Kami perlu mencelupkan wire yg di hujungnya terdapat metal2 yg ingin dikaji ke dalam solution2 yg berkaitan, manakala satu hujung lagi pula disambung ke voltmeter. Setiap wire tu dilabelkan dgn nama2 metal yg terdapat dihujungnya.

Tersebutlah al kisah, ada dua orang di antara kitorang ber7 ni yg telah tanpa sengaja membuat lawak antarabangsa. Yg perlu dicelupkan ke dalam solution tu adalah metal2 pada hujung wire, tapi dia pegi celupkan LABEL yg ada pada wire tu. Setiap wire ada dilekatkan label2 utk bezakan setiap metal2 ni. Ade ke patut diorang pegi celup label2 tu. Tak cukup dgn celupkan label tu, diorang siap gosokkan label2 tu lagi dgn kertas pasir!!! Sbb label2 tu disangkakan metal. Then bile celup dlm solution, mestila bacaan yg dapat tu pelik, dah celup benda pelik kan. Then, diorang dgn confidentnya, pegi la tny lab demonstrator kenapa diorang dapat bacaan pelik pada voltmeter. Melihatkan kejahilan yg telah dilakukan org budak berdua tu, maka lab demonstrator yg selama ni tak pernah tersenyum tu pun tersengih-sengih la dan menunjukkan jalan yg benar kepada mereka yg telah terpesong tu. Nak marah kesian pulak kan...

Sebenarnya itu adalah sebahagian kesan kebingungan beraya di lab. At 5.00 we went back home and were lucky to be invited by our friends,that we met on our back home, to their place. They serve lots of fooood and we had chattings before headed home.

At night we have Open House-like with our batch. Minus the "verbal warning", it was so enjoyful to get together with each other.

Maka begitulah kisahnya kami anak perantau yg baru pertama kali menyambut Syawal di bumi org. Meski tidak semeriah org di kampung tapi menarik tau...

No comments: