Saturday, September 19, 2009

Eid Mubarak!

dengan ini, saya selaku wakil el-biruni ingin mengucapkan Eid Mubarak to all sisters and brothers in islam.. (^.^)
ampun maaf dipinta atas segala salah dan silap,
andai kata2 ku, perbuatan ku, pernah mengguris perasaan kamu,
maafkanlah...
halalkanlah segala ilmu yg diajari,
halalkanlah segala makanan yang dikongsi,
halalkanlah segala-galanya
sayang kamu semua!

beraya di perantaun tak sama dengan di kampung halaman..
tapi, dengan adanya kamu, rayaku di sini tetap semeriah di sana...

buat pengunjung blog kami yang tak seberapa ini,
jazakallah saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa membaca entry kami..
moga Allah menghitung setiap masa yg digunakan utk agamaNYA.. insyaAllah
maaf kami pohon andai penggunaan bahasa di entry2 kami tak sempurna..
moga perkongsian tak seberapa ini dimanfaati bersama..
kami sedia menerima segala teguran utk terus memperbaiki diri ini..
just let us know!


~dari kami di el-biruni~
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
kullu 'am wa antum bikhair
taqabbalallahu minna wa minkum

ps: perbanyakkan takbir di hari raya, jangan sampai terbanyak makan biskut raya.. =)
today is 29 ramadan 1430
ini raya ke 1429, sbb puasa disyariatkn pada tahun ke 2 hijrah..

moga jumpa lagi.... bakal merinduimu


bismillahirrahmaanirraheem
alhamdulillah, syukur sangat... kerana masih lagi diberi nikmat iman dan islam.. best kan?? syukur sangat sebab masih lagi bernafas pagi ni, masih ada kekuatan utk berkata2 di keyboard ni..

alhamdulillah... alhamdulillah 'ala kulli hal..

hari ni dah hari ke 29 kte berpose.. harap2 nye, puasa kite bukan sekadar menahan lapar *sampai bunyi2 perut*.. dan bukan juga sekadar menahan dahaga *teguk air liur jer la time lalu nz natural tu.. oh chocochillo* harapnya, bukan sekadar itu... aim kita jauh lebih besar pada tu.. 'memenjarakan nafsu', mencipta taqwa.. mencari kemanisan dalam beribadah kepadaNYA.. insyaAllah

sekarang, ayuh muhasabah diri kita balik.. berjayakah kita mentarbiyyahkn diri dalam klinik Ramadan ini.. sejauh mana kita menghargai tetamu ini?? sejauh mana usaha kita utk memburu malam al-Qadr yang dijanjikan 1001 kebaikan dalamnya?? adakah tamu ini dilayan sepenuh hati atau dibiarkan berlalu sepi?? *tepuk dada, tanya iman.. at taqwa haa huna* moga kita semua kekal isitiqamah dgn apa yang kita buat.. insyaAllah.. klu time berpuasa kte bleh wat, takkn bulan2 mendatang tak leh kan?? hehe.. jom usaha!

rugilah kita, jika kita termasuk dalam golongan insan2 yg mengabaikn tetamu agung ini.. tetamu yang hanya datang setahun sekali.. bulan yg penuh berkah.. rugi rugi.. rugi yang tak dpt direplacekn dah.. moga tidak tergolong dalam golongan yg lengah..
Sabda Nabi s.a.w. : "Telah datang kepadaku malaikat Jibril lalu berkata : Ya Muhammad, barangsiapa mendapati Ramadhan, lalu setelah bulan itu keluar (berakhir) dosa-dosanya tidak diampuni, lalu dia mati, maka dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakanlah : Amin ! Lalu akupun mengatakan : Amin." ( H.R. Khuzaimah dan Ibn Hibban dalam Sahihnya -Kitab : Nasaaihud Diniyyah ; Halaman : 37-39 )

moga tarbiyyah ramadan ini berkekalan, menjadikan kita insan yg lebih baek dari yg sebelumnya.. andai esok raya, maka malam ni berakhirlah ramadan.. tetiba rasa sebakk..=(
Ya Allah, mungkinkah aku akan berjumpa lagi dengan tetamu istimewa ini?? Ya Allah, kami mengharapkn keampunan atas segala dosa2 kami.. rahmatilah kami dan jauhkan kami dari azab api neraka.. Ya Allah, terimalah segala amal kami.. andai ini Ramadan yang terakhir bg kami, jadikan ini sebagai Ramadan yg termanis yg pernah kami kecapi... allahumma ameeenn

duhai rijal2! tarbiyyah ini masih perlu dikekalkn walau ramadan berlalu.. aku perlukn kamu utk mengingatkan aku! yuk mujahadahh!!
harapnya, kte semua layak tersenyum penuh bahagia di pagi raya nanti... ini lah hadiah dari Allah atas kesabaran kte berpuasa..

Eid Mubarak!
maaf zahir dan batin

Friday, September 18, 2009

Menderma sambil membunuh????



kejam tak tajuk entry kali ni?
Menderma sambil membunuh...hmmm Dia sendiri derma dia sendiri bunuh.

Minggu Palestine yang kita sambut pada 21 August lalu telah pun berlalu ( yang berlalu itu biarkanlah ia berlalu... hmmm patut ke??) Tak patutkan?

HATI yang terguris melihat anak-anak kecil dibunuh dengan kejam..
Ibu yang menangisi pemergian pejuang-pejuang agama... hingga kita turut sama mengalirkan air mata. Rasa tidak sanggup untuk melihat peristiwa sekejam itu berlaku kepada saudara-saudara kita.

Kau KEJAM... ISRAEL!!.. Kau kejam!!!!!
laung kau dalam hati... benar Israel memang kejam.


Namun yang lebih kejam adalah

KAU......!!!!
ya.. engkau lah manusia kejam itu...


Eh.. AKU ke??
betul la tu..... Kau lah




Tapi KENAPA????
kau kata kau sayang.. kau kata kau peduli kisah Palestine...
Kau derma duit kau...
tapi rupanya kau juga penyumbang duit pembunuhan mereka
macam silent killers......



Kau nak tahu????
ada saudara kita yang berkata... "Apa boycott-boycott ni?.. tak practical la. tak effective beb..."
Lagipun bukannya benda haram pun.. ada cop HALAL lagi."


hohoho.... halal kau kata?
Membunuh tu HALAL ke dalam ISLAM???

ada saudara-saudara kita yang kata "Ini tak boleh.. itu tak boleh. Habis tu nak pakai apa? nak makan apa??"

hmmm... "Kau rasa kau akan mati ke kalau tak beli products yahudi tu???"
Banyak alternatives cuma kau yang tak mahu tahu.
tak ke kau rasa boycott ni adalah cara untuk kita bangunkan ekonomi tempatan, ekonomi umat Islam.

Sememangnya ia bertujuan untuk buat saya dan anda terasa.
So Boycott!!! atau mungkin lebih susah memboycott dari membunuh??
secawan starbucks mungkin lebih bermakna dari secawan darah Palestinian
entah.... semuanya terpulang pada ANDA...

coz U HAVE THE RIGHT TO CHOOSE......

buat peringatan kepada yang menulis terutamanya. wahai penulis...kau dah boycott???

mungkin ada keperluan-keperluan lain yang kita tidak dapat elakkan dan terpaksa membeli barangan tersebut... ya itu realitinya sekarang ini. Namun marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya boycott sebanyak mana yang kita boleh. InsyaAllah setiap usaha kita pasti mendapat pembalasan kerana Allah telah berjanji hatta amalan sebesar zarah pun Dia akan membalasnya. wassalam.





Thursday, September 17, 2009

Ramadhan itu pastinya pergi

Ramadhan itu pastinya pergi

Walau berat terasa hati ingin melepaskan

Iringilah dengan apa sahaja

Tangisan kesedihan kerana lalai mengabaikan

Linangan air mata keinsafan hamba kepada Tuhan

senyuman kegembiraan dan kepuasan

tahmid dan takbir kemenangan

Ramadhan itu pastinya pergi

Namun….

Apakah yang ANDA peroleh dari Ramadhan tahun ini?

Sudah terbinakah benteng taqwa?

Yang bakal memandu tindakan sepanjang 11 bulan

Sudah semakin utuhkan hubungan dengan Tuhan?

Ayuh sahabat!

Mari kita hidupkan Ramadhan yang masih berbaki

Kerana

Ramadhan itu pastinya pergi

Tapi kita harapkan ruhnya sentiasa menemani

Friday, September 11, 2009

saya suke buah-buahan!

inspired by yellow_selipar


saya suke buah-buahan!
dan pastinya, anda juga.
Maha creative nye Allah ni...apabila Dia menciptakan buah-buahan yang berlainan rasa dan rupa, walaupun tumbuh dari tanah yang sama.
Semua buah di atas bumi ini mempunyai rasa yang berbeza.walaupun kadangkala dari species dan pohon yang sama.
Dua buah anggur pada gugusan yang sama juga mungkin mempunyai rasa yang berbeza.
subhanallah!

Saya suke buah-buahan!
ya!buah ape sahaja.
apple,kiwi,ciku,langsat, durian, tebu, kurma,tin,pulasan, betik,pear,limau,strawberry,laici,cerry,tembikai, manggis, pisang, plum, apricot-kering pun sedap=)
ya!apa sahaja!
kerana setiap buah itu mempunyai rasa yang enak, tersendiri dan unik.
tidak ada dua buah dari jenis yang berlainan, mempunyai rasa yang sama.
apple dan pear berbeza.
rambutan dan pulasan berbeza.
limau tangarine dan limau mandarin juga berbeza!
ada yang masam,
ada yang manis,
ada yang kelat,
ada yang mempunyai kombinasi rasa.
tetapi, semmmmuuuuaaaanya ada keunikan dan keenakan masing-masing.

namun.....
walaupun saya suka semua jenis buah-buahan,
kadangkala saya lebih menggemari sesuatu buah, melebihi buah yang lain.
tidak bermakna saya membenci atau menolak buah yang lain.

tetapi, saya juga harus ingat bahawa, kalau makan buah yang sama terlalu banyak pun akan menyebabkan penyakit juga!
jadi....harus letakkan limit ye!

saya suke buah-buahan!

wallahualam.

note:terpulang kepada konteks masing-masing

Wednesday, September 2, 2009

dulu kita pernah berjanji...

bismillahirrahmaanirrahiim...
J.A.N.J.I
senang jer bunyi nyer nak berjanji ngan orang..
"ok nanti,kita jumpa kul 10 pagi"
"ok..see u"
tapi, adakah kita sampai kul 10?? terlambat atau terawal... atau tiba-tiba, kita rasa cam malas
"ermm... tak jadi la hari ni.. esok boleh??.. ada aral la datang melintang kat depan aku ni..huhu"

aku ade satu masalah.. selalu lupa ngan janji..
kalau orang tu tak remind..
sah sah aku lupa...
kadang-kadang...
aku wat janji ngan orang nih..
tapi, bila tiba masanya..
rasa cam tak mampu la plak nak tunaikan janji tu..
.maaf.

tu lah aku..
bukan korang kot..
suka sangat menabur janji..
so, jangan sesekali berjanji, kalau nanti tak mampu nak tunaikan..huhu
ucaplah..
INSYAALLAH..

tadi, aku terlintas kat otak aku ni, kalaulah kita langgar janji ni cam langgar kereta.. alamatnye dah lama kemek/ berkecai kot kereta tu sebab selalu sangat kena langgar...hoh0hoho.. kalau kita orang yang control kereta tu, mesti kita nak drive lek lok kan.. bimbang langgar kereta orang, tak pasal2 kemek then masuk workshop... so, dalam erti kata lainnya, kita kena jaga janji kita ni sebaik mungkin.. supaya tak mengkemekkan kereta orang.. dan merosakkan hak dia sebagai saudara kita..

Imam Bukhari meriwayatkan: dari Abdullah bin Amru bahawa Nabi saw bersabda: maksudnya "Empat perkara, barang siapa yang ada padanya sifat-sifat ini ia adalah munafiq yang sebenar, dan barang siapa yang ada padanya salah satu dari sifat-sifat ini maka ia ada salah satu bahagian munafiq padanya sehinggalah dia meninggalkannya, apabila diberi amanah ia khianati, bila bercakap ia berdusta, bila berjanji ia mungkiri dan bila bergaduh ia melampau"

itu janji kita dengan manusia.. moga kita tak tergolong dalam golongan munafiq itu.. na'uzubillah...
bagaimana pula janji kita ngan Allah.. jangan buat2 lupa plak.. huhu.. tertunaikah atau kemek?? kalau kemek, bleh masuk bengkel workshop Ramadhan... biar diperbaiki.. =)

FirmanNYA: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: Sesungguhnya kami orang yang lalai tentang (hakikat tauhid) ini." [al-A’raf, 7:172]

a reminder to myself: moga aku tak lengah dari janji aku dulu.. [51:56] dan [2:30]
Bear in mind!!! FirmanNYA:"Sesungguhnya orang-orang munafiq itu dicampak pada tingkatan yang paling bawah dari neraka" [An-Nisa’,4:145]

ps: dulu-dulu... dulu-dulu la kan.. sy kan... cam penah dengar2 jer el-biruni wat perjanjian.. one week at least one entry by admin.. hehehe =p .. kira cam take take turn la camtu.. tapi, kalau ada yg advance nak update lebih pun takpe.. hik hik hik..
mesejnya~saya menanti entry dr korang nih..hehehe *tersengih2 sndiri kat dpan laptop*