Wednesday, November 18, 2009

sayanggg awak!


Bismillahirrahmaanirraheem

dah lama tak menaip diruangan el-biruni ni..maaf ye kawan2, inshaAllah.. cuti summer 3 bulan ni akan dimanfaatkn dengan yg sebaek-baeknya, dan akan dikongsikan di sini..inshaAllah

pejam mata buka mata, dah habes tahun ke-dua belajar di Auckland Univerisity ni... tahun depan dah masuk third year dahhh!!! sekejapnye la hai masa berlalu..huhu

dan saat ni, dah ramai pelajar Auckland uni mula balik ke tanah air masing2, dah ada yang sampai mesia, ada yg dalam perjalanan, ada lagi yang masih kemas2 barang utk pindah rumah.. dan ada juga yang stay *tabah ye yang tak balik tuuu*

dan kami juga juga tak lama lagi bakal pulang ke tanah air... tak sabarnyee!!!.. tak sabar nak jumpa ayah ngan mak, abang ngan kakak, adik... bla bla bla.. rinduuuuuu

kat sni, nak share hadis dari sahih muslim

Hadis Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah
1. pemimpin yang adil,
2. pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya,
3. seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah,
4. dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,
5. seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!,
6. seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya
7. dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya

[hadis sahih muslim] moga kita termasuk dalam golongan yg mendapat naugan allah..mudah2an .. biiznillah

~ukhuwwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah, inshaAllah
macam2 bley terjadi dalam tempoh 3 bulan ni... adakah sy akan berjumpa kalian lagi nanti, atau sudah terlebih dahulu pergi menemui Yang Maha Pencipta?? tiada siapa yang tahu, bilakah waktu nya.. bersiap-sedialah dengan panggilan itu.. panggilan itu tidak bernotis, datangnya tanpa di jangka..

jesteru.. di sini, saya memohon maaf dengan semua kawan2 dan kenalan andai ada salah dan silap, sengaja mahupun tidak.. maaf saya hulurkan.. halalkan segala ilmu yang dikongsi, halalkn segala makan minum yang disuap, halalkn segala-galanya.. no worries.. antunna takde silap ngn akak, akak pun halalkn segala2 nya..

utk teman2ku sekalian dan utk diri ini juga, moga terus thabat dan istiqamah.. moga tabah hati tak berbelah bagi..

sekian..sayang antunna semuaa (^.^) ..ilal liqa' , inshaAllah

Friday, November 13, 2009

Hanya sisa-sisa dunia


Mereka berasa sedih..... takkan lah kepayahan mereka bertarung di jalan Allah tidak diganjar apa-apa oleh Rasulullah. Sebaliknya Baginda memberi bahagian yang banyak kepada pemuka-pemuka Quraisy. Tiada sedikit pun untuk mereka....

"Rasulullah s.a.w telah bertemu kembali dengan kaum Baginda"
Berkata sebahagian daripada mereka, kerana Rasulullah seakan-akan telah melupakan mereka setelah fahtul Makkah dan setelah Quraisy memeluk Islam.


"Wahai kaum Ansor! Aku telah mendengar kata-katamu. Ia mengandungi celaan kepadaku. Bukankah kamu sebelumnya sesat, lalu Allah memberi petunjuk kepada kamu? Miskin, lalu Allah menjadikan kamu kaya? Saling bermusuhan lalu Allah mempertautkan hati-hati kamu?"

"Benar!" Mereka membalas... "Allah dan Rasul-Nya lebih berjasa dan berbakti"

"Wahai kaum Ansor! Kenapa kamu tidak menjawab kata-kataku?" Rasulullah tahu bukan jawapan itu yang terpendam dalam hati-hati mereka

"Wahai Rasulullah apa lagi yang patut kami katakan?.. Allah dan Rasul-Nya mempunyai jasa dan bakti."

Lantas Baginda bersabda... "Demi Allah, kalau kamu mahu, kamu boleh menjawab: Kamu (wahai Rasulullah) datang kepada kami dalam keadaan kamu didustai (kaummu) lalu kami yang mempercayai kamu. Terbiar tanpa pertolongan, lalu kami yang menolongmu. Diusir, lalu kami membelamu. Serba kekurangan lalu kami kongsikan harta denganmu"

"Wahai kaum Ansor! Adakah diri kamu tidak puas hati terhadap sisa-sisa dunia yang aku gunakan untuk menarik minat kaum tersebut agar memeluk Islam. Sedangkan aku serahkan kamu kepada keislaman kamu. Wahai kaum Ansor, tidakkah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dna unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah?"

"Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggaman-Nya, jika bukan kerana Hijrah, nescaya aku seorang Ansor. Sekiranya orang ramai melalui satu lorong bukit, sedangkan Ansor melalui lorong yang lain nescaya aku melalui lorong yang dilalui Ansor. Ya Allah rahmatilah Ansor, anak-anak dan cucu-cucu Ansor."

Mereka menangis sehingga janggut-janggut mereka basah......
" Kami redha dengan pembahagian dan habuan yang dilakukan oleh Rasulullah"


Baginda tidak pernah melupakan kebaikan mereka membela deen ini. Mereka telah mengorbankan darah dan harta di jalan ini. Baginda menyebut segala jasa-jasa mereka kepada dakwah Islam, bantuan mereka kepada Baginda sedangkan kaum baginda sendiri mendustai dan mengusir malah mahu membunuh Baginda. Namun baginda memperingatkan mereka terlebih dahulu akan jasa Allah dan Rasul-Nya yang takkan ada tolok bandingnya. Semua ini Rasulullah sebut agar mereka menerima kehilangan semua keuntungan dunia yang jauh tiada nilainya dengan petunjuk dan kelebihan yang mereka perolehi. Allah telah memilih mereka membantu deen ini....... dan apa lagi kelebihan yang lebih besar daripada itu?


Dan Rasulullah memilih untuk menyekat mereka daripada menerima rampasan perang adalah kerana kekuatan agama, kehebatan iman dan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.


"Iaitu dikalangan mereka yang beriman dengannya, ikhlas dan jujur serta tidak mengharapkan balasan mahupun terima kasih. Kerana jalan ini jalan yang tiada ganjaran, dan tidak memerlukan ganjaran melainkan daripada Allah semata"




"Dunia lebih hina daripada bangkai keldai yang busuk"

Moga Allah kurniakan keikhlasan dalam hati.....

wallahu a'lam

sumber: sirah Nabawiyah Mustafa Sibaie







Monday, November 9, 2009

storage + transportation services

...Salam...

  1. Sempena summer holiday yg panjang ni, kami juga ada menyediakan "storage services" bg meringankan beban kawan-kawan yg masih tidak mempunyai rumah untuk tahun depan:)...maklumat lanjut adalah seperti dibawah:
  • Bayaran: $70 seorang ( tuk 3 bulan)
  • Venue: Forte Apartment.
Tiada limit kotak dikenakan dan keselamatan barang-barang anda akan dijamin serta transport untuk mengangkut barang2 ke tempat storage akan disediakan jika ada permintaan.
2. Transportation services juge akan disediakan dgn charge bayaran yg berpatutan (lagi murah dari airbus and shuttle). Rate bayaran akan ditentukan mengikut bilangan penumpang per trip.

Kepada yg berminat, bolehlah menghubungi mana-mana ahli el-biruni ataupun Suzila Hanafi dengan kadar segera.........."cepat2 sebelum terlambat and all the best to aucklanders yg masih berperang di medan peperiksaan :)




Sunday, November 8, 2009

yummy2!!!

السلام عليكم

tertekan?? Pressure??
makkkk
nak nasik sedapppp!!!
tak nak sardinnnnn
tak mo megiiii
tak larat dah asyek goreng telur...

mahu makanan sedap di musim peperiksaan??
tapi, tiada kecukupan masa nk bermasak-masakan??
wallahhhh
kami menyediakan solution to the equation above..
(^.^)


Tarikh: 10/11 Nov 09 (2-days!!)

Masa: 5.30 p.m. (9B Quest on Mount)
6.00 (Huia Ground Floor)

MENU 10 NOV.
Nasi Hujan Panas + ayam masak merah + acar timun


MENU 11 NOV.
Nasi Minyak + ayam kurma + acar timun


HARGA: NZD 4.00 (murah kan..??)
POLICY: CASH AND CARRY
hurry while stock last!!! hehe....
Applicable to All... forward kan kepada sahabat2 anda yang lain.
Jazakunallahu khair


ORDER can be made through HUDA Abd. AZIZ
email: sacred_nailofar@yahoo.com
phone: +642102235297

or, boleh hubungi mana2 wakil el-biruni =)

"isi jasadi jangan lupa isi rohanimu...."


-gambar diatas, hiasan semata2..-

Sunday, November 1, 2009

summer accomodation 2 (1406, 33 Mt Street)


assalamualaikum semua!!
dah jumpa rumah bulan depan?? or tahun depan?? leceh kan cari rumah ni (@_$)
ni, akak ada another promo untuk rumah tahun depan..
lokasi memang cun! klu kaksuzi cakap umah die 5 minit dengan uni, umah akak 4 minit, sebab kurang satu level.. hahaha
umah akak ada tV yg besar BESAR! kalah semua tV yang ada di forte mahupun di Quest on Mount, (*tapi kalah ngan tV mimi 1302 forte, kira akak no2 la) siap ada DVD player lagi haaaa... senang la nanti kalau nak tengok movie pape ke, sang murabbi ke...hehe *tapi akak tak tengok pun, byk negatif dr positif*

paling best umah ni, OWNER yang baekk punya!! kalau duit kering ke, penaja masukkan lambat ke.. bagi tau je.."uncle, bulan ni kami bayar lambat sket".. uncle tu ok jer.. kalau korang malas2 nak belajar, terasa nak gi tengok view auckland yang best, bleh jer txt uncle n cakap, "uncle, terasa g mount eden la"

one more thing yg best: kalau beli barang dari trade me.. or parents pos barang seberat 10kg or +++ .. jangan bimbang, tak yah jalan jauh2 g post office sbb nak tuntut barang, parcel akan dihantar ke receptionist kat bawah ni... best kan?? kawan2 kat Quest on Mount pun guna alamat umah kami , anda camana??? hehehe

BEST kan???

Details:
Address: 1406, 33 Mount Street, 1010 Auckland
Level 11
Kemudahan yg ada: peti ais yg BESAR, oven, microwave, washing machine (dryer ada kat bwh bgunan ni), hot water yg free, ada 2 study table, meja makan n kerusi, sofa, balcony, rak buku, tall boy, penyidai n +++ ..(*kalau terasa tak cukup kemudahan dalam rumah, bleh jer mintak ngan uncle tu.. hehehe)
rent: 400 perweek

rumah ni sesuai tok 3 mahupun 4 orang, depend.. akak duduk ber3, kalau nak duduk berempat, nnt bleh exchange single bed to double bed.. bleh dirunding.. no worries!

rumah ni mula kosong 21 November 09, so, kalau nak stay for summer school, or nak duduk terus for the whole year pun takde masalah..
"nanti banyak la kami nak bayar, kalau masuk awal sangat.. kami tak buat summer school..huhu"
>> owhh, takpe.. bleh dirunding, kami bayar until 27dec, n korang sambung... amacam?? papehal.. boleh nego..hehehe

berkenan??
bleh contact ksal n geng el-biruni, or kak ain dan jugak kak aisyah
minta jasa baek kawan2 utk sebar2 kan...
jazakillah khairan katheera =)

wassalam.