Thursday, April 29, 2010

tapisan Allah and column chromatography

bismillahirrahmaanirraheem

apakah itu?? itu namanya column chromatography..

unic sungguh buat lab ni walau kadang2 agak 'pening' dengan method2 yg pelik..hihi.. siapa sangka, disebalik liquid yg pada pandangan kita takde pape yg best, tersembunyi crystal yg cantek.. wow!!.. tapi nak dapatkan crystal tu bukan mudah, perlu ditapis dan ditapis dan ditapis dengan solvent yg banyak.. hingga kita rasa membazir je guna solvent banyak-banyak ni.. last2, masuk sink jugak.. huhu.. tapi bila filtered, then dah dry cyrstal tu.. subhanallah! cantek amat!

'mungkin tak bernilai pada pandangan zahir kita, tapi ada nilainya di sisi Allah.Allah Maha Teliti lagi Maha Adil'

tapisan itu pasti! untuk mendapat yang berkualiti dan bernilai!


TAPISAN ALLAH:
jom flashback sket kisah jalut dan talut. [al-baqarah 246-252]. jelas kat ayat dalam surah al-Baqarah tu berlakunya tapisan-tapisan untuk memilih dan melihat siapa yg benar-benar beriman dengan-NYA.

tapisan demi tapisan, ditapis dan ditapis.. walaupun akhirnya, kuantiti yg tinggal itu sedikit.. tak mengapa, kerana kualiti mengatasi kuantiti.

kuantiti bukan pengukur sebuah kejayaan, tapi kebergantungan dan pengharapan hanya pada Allah itu pengukur yang membezakan! kerana KEMENANGAN itu hanya dari ALLAH.

dan untuk melepasi setiap tapisan itu, memerlukan pengorbanan yang BESAR. korban jiwa mahupun harta. korban masa dan tenaga. korban segala-gala. jangan sedih dan gusar dengan perngorbanan yg kita lakukan walaupun hatimu menangis tak bersuara. kerana, semuanya ada nilai di sisi Allah. berbahagialah dengan jual-beli itu! Bukankah Allah menjanjikan kita syurga yg lebih indah dari dunia dan isinya?
pengorbanan itu ertinya terkorban

di setiap tapisan, Allah beri kita ujian.. disetiap ujian Allah bekalkan kita kekuatan. moga berjaya melepasi setiap tapisan. yang akhirnya membentuk crystal yg cantik. membentuk diri menjadi individu-individu muslim.

nak tak jadi crystal yang cantek?? melepasi tapisan!
jom berusaha menjadi permata-permata syurga, biiznillah...

clik sini utk kisah jalut dan talut

ummu sulaim
~meraih ketinggian harus ditempuh dengan kelelahan~
*terinspired dari elbirunians..hehe..jazakunnallah khair*

Wednesday, April 14, 2010

mengejar sinar..


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

suka untuk saya share sedikit tazkirah diri ketika autumn break baru-baru ini.
dimulakan dengan mendapat email.. hanya Allah yang tahu perasaan time saya baca email tu. diassign untuk menjadi driver, to drive an mpv!! bergetar hati time tu.. entah, tapi perasaan time tu memang tak dapat nak didescribekan.. bimbang, cemas, cuak.. semua bercampur baur.. Allah Maha Mengetahui segala isi hati...

ini kali kedua saya drive di negara asing ini. diberi kepercayaan untuk drive.. and it was a long drive. semua jalan kerete tu redah.. kampung, highway, jalan pusing bukit, jalan batu... good combination! pagi hari, petang dan malam.. hebat perancangan Allah untuk tarbiyyah dzatiyah diri ini.. terima kasih Allah

first time drive dulu.. jalan liku2.. dan estima hampir2 terjatuh gaung,huhu.. Allah masih sayangkan kami. andai benar masa panggilan untuk bertemu dengan-Nya telah tiba, mungkin saja kami jatuh dalam laut biru itu.. tapi, tidak.. kami diselamatkan.. alhamdulillah.. hebatnya tazkirah kematian buatku ketika itu..

perjalanan kali ini memang mantap! berjam-jam pusing bukit, kadang2 silau matahari ketika menaiki bukit mengena mata.. memang tak nampak jalan!ketika menukar gear time pusing2 bukit, hampir2 mengulang tragedi hampir sama.. astaghfirullah.. sesak dada rasanye time tragedy tu.. astaghfirullah.. astaghfirullah.. tapi, tak syahid lagi.. ku berfikir sejenak, masih ada tugasan yg tak settle dibumi ini..hummm.. (usaha lagi!!)

dan trip ini juga mengajar diri ini erti paling bermakna ketika drive tgh2 malam.. bg diri ini yg tak biasa drive, nk maen2 ngn lampu memang agak kekok.. sy ditempatkn di posisi kete no 2 out of 5. drive di tengah-tengah malam yg kelam memang menscarykan, ahli van semua nya tertidur kepenatan.. tiada lagi teman berbual ketika drive hilangkan ngantuk dan sepi.. hanya cd lagu menjadi teman..

pengajaran paling best yg Allah bagi adalah carilah cahaya!
jangan biarkan sinar itu hilang.. kejarr!!


driving di malam pekat hitam, tanpa lampu jalan, hanya bersuluhkan lampu kereta dan line putih jalan.. untuk insan yg tak biasa drive cam sy ni, ini memang mencabar..
takut..
bimbang betul saya jika mpv summayyah meninggalkn mpv safiyyah ini..
benar..
sgt takut...
takut cahaya itu hilang..
jika mpv summayyah dekat didepan, paling kurang.. sy dah nampak jalan di depan tu camana.. dah boleh budjet nk slowdown ke nk pecut.. dah nmpk gmbrn jalan yg juga bakal diredah nnt..
tapi, jika mpv depan hilang.. sinar di depan hilang.. dan perasaan takut datang!
subhanallah..
hati berdebar
gentar...
sedih.. dan sayu..
bimbang jika sinar islam itu hilang..
bayangkan, jika Allah nk tarik ni'mat iman, islam dan hidayah yg diberikan pada kita pada hari ini??
na'uzubillah...

takut sekali.. jika Allah tarik ni'mat hidayah yg diberi pada hari ini..
takut sekali.. jika ni'mat berada bersama orang-orang yg soleh dan solehah tidak lagi dirasai
takut sekali.. jika cahaya islam yang menerangi pada hari ini, tidak lagi memancarkan cahaya

nauzubillah...

"dekat awk follow kete summayyah??asyik pecut jer... " -kata driversummayyah
"saya takut kak..huhu"driversafiyyah

Ya Robbul Izzati,
Jangan Kau palingkan hati ini

Setelah Kau beri hidayah

Sesungguhnya Kau Maha Pengasih


ya allah, terangilah hatiku dengan nur islam-MU.. iringi dan temaniku dengan ni'mat hidayah-Mu.. tetapkan hatiku dalam ketaatan pd agama-Mu.. pandulah setiap langkahku agar senantiasa dalam redha-MU..

nak jadi sehebat sahabiyyah juga!!
teruslah memburu cahaya hidayah-Nya.. buat penyuluh jalan di dunia ini..

"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan
membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya
menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia
(sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada
orang-orang yang tidak beriman" [Al-An'am, 6: 125]

~meraih ketinggian harus ditempuh dengan kelelahan~
ummu sulaim

Saturday, April 3, 2010

ni'mat masa oh Autumn Break!


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Pikiran tidak dapat dibatasi, dan lisan tidak dapat dibungkam, serta anggota tubuh tidak mau diam. Kerana itu jika kamu tidak disibukkan dengan hal-hal yang besar, maka kamu akan disibukkan dengan hal-hal yang kecil" - 'Abdul Wahab 'Azzam

Jika kita tidak menggunakan waktu yang ada untuk kebaikan, nescaya ke mana kita akan digunakan waktu itu? kalau tidak untuk kebaikan, ke arah keburukanlah tempat waktu kita luangkan.. nauzubillah.. hanya ada 2 pilihan. hanya dua. tiada antara duanya. kebaikan atau keburukan?. pilihanlah!

dan jiwa manusia itu, selalu cenderung kepada kesenangan dan kemudahan. suka hal hal yang mudah dan tak menyusahkan. sememangnya naluri kita benci pada perkara-perkara yang kita tak sukai, hal-hal yang berat dan rumit.

"oleh kerana itu, bawalah jiwamu kepada hal yang bermanfaat sekalipun berat! sebatas kemampuanmu". -Muhammad Ahmad ar-Rasyid

biasakanlah, pujuklah, didiklah hati kita terhadap hal-hal yang kita tak sukai, tetapi perkara itu baek untuk kita. agar nanti jiwa kita sudah terbiasa dengan perkara-perkara yang besar dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk meraih hal-hal yang tinggi.

didiklah hati kita, sehingga nanti kita boleh membezakan yang mana lagi utama. sehingga kita rasa perkara yang remeh itu remeh, dan menjauhkan diri kita dari menyibukkan diri dengan hal-hal yang kecil. kerana masih ada lagi perkara yang lebih besar untuk diselesaikan.

ajarlah hati kita, untuk menjaga amanah masa itu sebaeknya. selagi kita masih bernafas dalam jiwa seorang hamba, gunalah masa yang ada untuk terus berbuat kebaikan, bukan menjadi orang yang lalai. jadilah orang yang beramal dan bukan menjadi orang yang malas!. hargailah setiap turun naek nafas yang ada. Bersyukurlah! bersegeralah kearah kebaikan! ayuhh!

"Gunakanlah waktu itu sebaik-baiknya kerana waktu itu bagaikan pedang, dan janganlah kamu menangguh-nagguhkan kesempatan ini, kerana sesungguhnya tiada yang berbahaya dari sikap menangguh-nangguhkan kebaikan"- Hasan Al-Banna

oleh itu, saya menyeru diri saya dan sabahat sekalian..sama-samalah kita menggunakan masa yang ada ini sebaiknya, inshaAllah.. moga setiap saat itu lillah.. moga Allah redha


~meraih ketinggian harus ditempuh dengan kelelahan~
-ummu sulaim-
ps: nak guna nick baruuu.. hehehehe.. no more umm abiha, melati dan ++ aseff dah lama tak berkongsi di blog ini..
book ref: pelembut hati, MAaR