Wednesday, October 27, 2010

tarbiyyah adalah mentari hidupku

saya rasa lirik lagu ini sudah cukup untuk mengatakan apa yang saya rasakan. Moga anda turut merasainya... mengimbau kembali saat-saat perit namun bahagia tatkala mula mencari siapakah DIA yang sebenarnya.... terlalu manis nikmat itu... kita takkan merasai sesuatu itu berharga andai ia mudah......keperitian itu adalah kemanisan. Dan ia adalah motivasi saya untuk terus di sini...Ya Allah hamba-Mu ini mahu terus di sini.....sampai akhirnya..kerana mengenal-Mu adalah perkara yang paling..paling...paling....indah.




Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Friday, October 22, 2010

thalidomide disaster????





i think u guys need to know at least some basic things about drug...

because the drugs or medicines you are taking at the moment might not be as good as u thought it would be.. (apekah?)

let me tell u some case study about one of the famous bad drugs ever marketed...hmmm...

yes it's thalidomide!!
thalidomide was developed by Chemie Grunenthal....a German pharmaceutical company. in the early 1960s it became a favorite for everyone!!! yup..yup a sleeping tablet!.. the best things about thalidomide at that time were it was inexpensive and readily available without a prescription..! which mean you can have thalidomide easily!


it was also widely used in homes, hospitals and mental institutions...oh, for your information thalidomide is worked as a hypnotic, acting promptly to give a deep all-night sleep without hangover...and also it helped to combat the nausea of pregnancy (morning sickness)

and at that time it appeared to be perfectly safe for humans and animals...and everyone thought it's cool since it cheap n effective...

but...they forgot about one thing!!! they didn't have a complete or sufficient clinical trials or information...that IT WAS STRONGLY NOT FOR PREGNANT MOTHER.

babies delivered from women who have taken this drug during pregnancy were grossly deformed. their long bones of arms failed to grow and possessed characteristic of phocomelia.


Siape nak share IBRAH???

Monday, October 18, 2010

Terhangat di Pasaran

Adakah anda...
Ingin study habis-habisan untuk final exam yg sudah berada di sekeliling penjuru,
Tapi merasakan diri memerlukan makanan berkhasiat,
Supaya otak dapat bekerja dgn lebih efektif,
Sedangkan masa yang anda ada,
Tidak begitu merestui anda berbuat sedemikian.
Jangan risau,
Di alam yang fana ini ,
Masih ada lagi insan yang sudi meringankan beban anda.


Tadaaaaaa!!!!!
Nasi Lemak Pasti Sedap ^-^

Amacam?

Anda berminat?

Jangan malu, jangan segan silalah hubungi contact details yang tertera di atas atau tinggalkan komen pada entry ini untuk tempahan atau sebarang kemusykilan.

Ingatlah, peluang tidak mengetuk pintu bilik anda dua kali.

Jadi jangan lepaskan promosi yang terhangat di pasaran ini.


This advert is brought to you by: Syarikat el-Biruni dan kwn2. ^-^

Wednesday, October 13, 2010

tarbiyyah ini adakah tukar gantinya?


merasai bagaimana cintanya baginda kepada dakwah ini....
walau perjuangan itu menempa sejuta halangan dan penderitaan

Namun tiada tukar gantinya dakwah ini
Di saat beliau dipulaukan.....dicaci...dimaki dan dihina
walau ada yang cuba membelinya dengan harga dunia

namun dakwah ini tiada gantinya
walau manusia yang dicintainya itu....manusia yang menemani perjuangannya...bersama ketika pahit manis naik turunnya dakwah
akhirnya mahu baginda turut akur dengan kehendak Quraisy lantaran tiada kesanggupan lagi melihat Rasul yang mulia itu jadi mainan


Menitilah dibibirnya..

"andai matahari diletakkan di tangan kananku dan rembulan di tangan kiriku agar aku menghentikan da’wah ini, aku tidak akan pernah berhenti sampai aku selesai menunaikannya atau aku tewas di dalamnya"


adakah hari ini... ilmu sihir itu mahu kita tukar gantinya dengan tarbiyyah Ilahi??


Friday, October 8, 2010

Ikhlas bagaikan Susu

Di saat saya terfikirkan tajuk untuk entry ini, teringat balik zaman sekolah rendah dulu bila saya belajar tentang bahasa kiasan contohnya, cantik laksana bidadari, gemuk macam badak, hitam seperti arang dll.

Bahasa-bahasa kiasan ini biasanya kan menggunakan perkataan -perkataan seperti umpama, bagai, laksana, macam, seperti dll untuk menguatkan dan menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, gemuk macam badak. Badak digunakan di sini untuk menguatkan lagi statement gemuk itu kerana badak itu sendiri memanglah secara lahiriahnya dilahirkan sebagai haiwan yg gemuk. (hatta cucur badak pun gemuk, hihi).

Ok. entry kali ni bukanlah saya buat tutorial bahasa melayu ke ape kan, tapi cuba perhatikan balik tajuk entry di atas. Ikhlas bagaikan susu. Ape kaitan susu dan ikhlas? Kalau badak memanglah jelas kepada bahawa badak itu gemuk dan arang itu hitam, tapi bagaimana pula dengan susu? Ikhlaskah susu? Bukankah ikhlas itu lahir dari hati dan susu mana ada hati kan??


Susu yang murni



Hurm... macam ni,

ikhlas itu bererti kita mengkhususkan segala perbuatan kita hanya kepada Allah semata-mata dan melupakan sebarang pandangan manusia dalam setiap amal perbuatan kita. Maksudnya di sini, ikhlas itu hadir bila bila kita membuat sesuatu amalan itu hanya untuk Rabb yang maha esa, dan kita langsung tidak mengharapkan sebarang pujian atau takutkan makian manusia. Solely kerana Allah semata, tidak bercampur dengan tujuan-tujuan lain.

Begitu jualah susu. Di dalam al-Quran, Allah menceritakan perumpamaan yg indah untuk keikhlasan.

"Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada di dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya." [An-Nahl:66]

Dari bahagian mana susu itu keluar dari binatang ternak? Sudah tentulah, dari tempat yang antara darah dan tahi keluar, maka keluarlah susu yang bersih lagi menyegarkan. Bahkan sangat bagus untuk manusia dan anak-anak binatang tersebut.

Pernahkah kita meminum susu dan mendapati susu yang kita minum itu bercampur dengan setitis darah mahupun tahi? Mestilah tak pernah kan....yucks! Sedangkan susu itu sendiri datangnya dari tempat yang sama dengan kedua-dua darah dan tahi, tapi tak pernah pula susu yang kita dapati itu bercampur dengan kotoran tersebut. Begitulah hebatnya ciptaan Allah dan betapa penyayangnya Allah itu memberi suatu nikmat yang cukup besar buat hamba-hamba-Nya.

Sepatutnya, macam itu jugalah amalan kita. Setiap amal yang kita lakukan itu hadir dengan niat yang ikhlas untuk mendapat redha Allah semata-mata. Tidak bercampur dengan anasir-anasir luar yang mengotorkan kesucian sesuatu amalan tersebut. Sedangkan Allah sendiri memberi kita susu yang murni dan tidak bercampur, maka adakah pantas bagi kita memberi-Nya amalan yang tercampur?

Mari mensucikan setiap amal perbuatan kita buat-Nya, sejernih dan semurni susu.





Wallahu'alam.





















Thursday, October 7, 2010

perang jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم


saya tak pernah menghayati perang uhud ini sebegini....sehinggalah saya membaca sebuah buku oleh seseorang yg dijadikan icon oleh kebanyakkan manusia kita. Kehebatannya menulis siapa sahaja yang tak terpukau.....siapa sahaja yang tak berjiwa bila ditusuk dengan kata-kata yang menyegat.

Perang uhud menyaksikan umat Islam mengalami situasi-situasi yang menyedihkan.... selalunya kita melihat perang ini sebagai suatu kekalahan bagi umat Islam.....dimana ramai sahabat-sahabat yang hebat syahid di medan ini termasuklah Hamzah Asadullah, Mus'ab Umair, Anas bin Nadhir, Amr bin Jamuh, Abdullah bin Jahsyi, Hanzalah dan beberapa orang lain lagi termasuk bapa Huzaifah.

Dalam perang uhud inilah kisah umat Islam yang meninggalkan posisi demi merebut harta ramapsan perang ketika ditengah-tengah perang yang dirasakan hampir tamat itu.

Dalam perang inilah Rasulullah s.a.w mendapat luka, diserang kiri,kadan,depan dan belakang baginda di saat barisan-barisan sahabat-sahabat menjadi kucar-kacir, berselerak seakan tiada terpimpin. Apatah lagi di saat ini berita kewafatan Rasulullah menjadi pembunuh semangat-semangat sesetengah sahabat. Hati mereka tak keruan....ada yang mahu berpatah balik ke belakang disebabkan ketiadaan nabi s.a.w, pembakar semangat juang....


Namun disebalik yang terjadi sebenarnya Allah merancang suatu yang lebih besar lagi.... bukanlah kemenangan dan banyaknya harta rampasan di dalam perang itu yang penting....kerna ada kemenangan yang lebih besar yang ingin Allah ajarkan kepada kita iaitu kemenangan jiwa iaitu manfaat yg lebih besar yang mesti didahului dengan kesulitan, kesakitan dan ujian yang berat serta pahit untuk ditelan.

Uhud: Menang------>>>kalah--------------->>>kemenangan yg lebih besar


Kerna kekurangan, kelemahan, kesakitan yang mereka alami itu kerna Allah mahu menyeleksi jiwa-jiwa yang benar-benar ikhlas di jalan-Nya dan memilih barisan-barisan-Nya agar sahabat-sahabat ini disucikan dari segala kepentingan-kepentingan yang bukan berkaitan dengan-Nya.

betapa halusnya tarbiyyah Allah...subhanallah... begitu juga dengan kita.... Allah senantiasa akan menguji kita tak kira dalam apa keadaan sekalipun.... mungkin dengan kesedihan. mungkin dengan kesenangan dan sebagainya...itu semua kerna ada sesuatu yg mungkin tidak suci dr pandangan Ilahi....mungkin ada niat2 yg telah dicemari, ada hati-hati yang meragui...wallahu 'alam.


dan tidak kira apa pun ujian-Nya ketahuilah itu kerna Dia mahu kita sentiasa ingat kepada-Nya kerna kesayangan-Nya dan kecintaan-Nya kepada kita lebih dr yang kita ada untuk-Nya. Dan ujian itulah untuk Dia meninggikan darjat kita di sisinya

6:132. dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) Yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa Yang mereka lakukan.



Monday, October 4, 2010

forget about ourselves?? let's do some reflections!

I just wanna share a lecture from one of Quran weekly's ...

This is the time to lecture ourselves!