Saturday, May 14, 2011

Happy teacher's day... is everyday



salam...sorry sangat2 teacher.. saya xgi kelas td sebab ada masalah ckit. Harap teacher tak kecik aty....
hatiku sedikit tersentuh dengan txt anak ini yang aku terima pada pukul lebih kurang satu pagi. Biasalah budak asrama akan tidur lewat tambah-tambah dah nak dekat peperiksaan final sem satu ni. Memang masa aku datang ke kelas malam tu jam 9 malam, anak ini langsung tidak kelihatan. Bukannya kelas wajib pun...malah bukan aku yang teringin benar nak buat kelas. Tapi disebabkan ada beberapa pelajar yang ingin belajar chemistry maka aku datang menunaikan kewajipan kepada mereka. Kasihan banyak kelas mereka yang "burn" sebab cikgu selalu ke kursus itu dan ini.

Namun bukan pelajar ini sahaja yang tak datang, ada lagi beberapa orang yang agak lemah tapi tidak juga hadir.

aku membaca txt anak ini berulang kali....entahlah tapi aku benar-benar tersentuh dengan kata-katanya. Pelajar ini selalu concern dengan perasaanku. Andai aku diam sikit dia akan bertanya "Kenapa teacher diam je?"....

Pelajar dari kelantan ini terlalu "pekat" bahasa kelantannya. Kadang-kadang memang susah nak faham. Namun dia seorang pelajar yang pintar...dan yang paling mengharukan, pelajar ini selalu bersemangat untuk buat kimia... walaupun pada mulanya semasa aku diberi tugas untuk mengajar mereka, dia macam tak endah je apa yang aku cakap kat depan. Seperti tak ada "mood" nak belajar kimia dengan cikgu baru. Yelah al-maklumlah cikgu baru yang masih merangkak-rangkak dalam menjadi seorang guru.

kadang-kadang aku seakan fed up nak mengajar...yelah asal aku suruh hantar kerja sekolah je mesti tak hantar. Susahnya nak tengok mereka buat tugasan yang aku beri. Sampai kena gertak "Kalau awak tak hantar kerja saya...saya assume awak tak suka saya mengajar!Jadi saya akan request tukar cikgu".

Kalau cakap macam tu barulah terhegeh-hegeh nak hantar kerja sekolah.....Deal dengan pelajar-pelajar upper form memang menguji kesabaran.


jam 12. 30 tengahari keesokkannya barulah aku membalas txt anak itu...

"teacher tak kecik hati pun. Ada yang nak buat kelas, teacher datang je"

dengan pantas aku menerima txt balasnya kembali..

"Nanti ada mse sy tnye ckgu tjk y sy x pham...."


when your students concern about your feelings and emotions...that is the heart-touching n sweet thing of being a teacher... n when they eager to learn chemistry that is a very heart-fulfilling thing of being a chemistry teacher... n when they come close to the Almighty because of your words..advises..that is a very-very valuable thing in life. [happy teacher's day...]


entahlah

Andai dulu sewaktu di sana, mad'u itu kita diberi. Mungkin juga kita yang cari tapi dalam kuantiti yang kecil.

Andai ada masalah dalam gerak kerja, kita senantiasa ada akhawat-akhawat lain disisi. Andai kita buntu mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah mereka, maka akan sentiasa ada murobbi menasihati dan menunjuk jalan. mungkin juga orang lain yang memikirkan jalan buat kita.....

andai dulu kita berputus asa dan ingin melepaskan segalanya.. ingin lari dari tugas ini, pasti ada sahabat yang memberi kata-kata semangat, memujuk hati agar terus kuatkan diri..

Namun di sini... semuanya sendiri
mad'u tidak langsung diberi sebaliknya perlu dicari...Nah kini kita ada 500 orang mad'u siapa harus kita santuni dulu...?

kita sendiri yang tentukan.....

andai kita punya masalah untuk memulakan mungkin ada yang lain boleh membantu namun kita harus hadapinya sendiri...Ya kita tidak pernah sendiri sebab Allah sentiasa di sisi.

andai kita mahu berputus asa dan menyendiri tiada siapa mungkin peduli...kita sendiri harus kuatkan diri....

kita sendiri perlu memujuk diri.....jangan biar Qur'an itu jauh dari hati...

andai kita tidak sabar memegang janji Ilahi maka segalanya akan terhenti di sini...

selamat menjaga tarbiyyah diri.

mode: kecewa!! sepatutnya dapat balik K.L dan recharge disana... Namun disebabkan "kononnya" ada kelas Chemistry utk anak-anak form 4..maka terpaksa batalkan niat. tiba-tiba kelas itu dibatalkan..Allah knows best. mungkinkah keinginan saya tak cukup kuat???

Saturday, May 7, 2011

ujian adalah tarbiyyah dr Allah


ujian adalah.......tarbiyyah dari Allah, apakah kita kan sama ataupun sebaliknya...

kita takkan benar-benar beriman selagi mana kita tak diuji...... kerana ujian itu adalah ujianlah... macam ujian selaras di maktab-maktab kita. Kita takkan tahu students kita ni sebenarnya faham ke tak melainkan selepas diuji dengan test or quizes.

begitu juga manusia...fitrah yang telah Allah tetapkan bahawa setiap manusia itu pasti akan diuji untuk Allah melihat siapa lebih baik amalannya seperti dalam surah Al-Mulk

Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)

dan mengertilah ujian kita ini sentiasa ada peningkatan yang bermaksud ujian yang datang akan semakin susah.

dan kini baru saya mengerti di mana tahap saya dalam tarbiyyah ketika ini......barulah sedar betapa hinanya diri ini....terasa sepeti seorang "bukan doktor" tapi menyamar dengan berpakaian doktor bersama stetoskopnya...