kadang-kadang muncul dibenak fikiranku, layakkah aku mengelarkan diriku sebagai umat manusia agung, Muhammad s.a.w.? layakkah aku mengaku umatnya sedang amanatnya tidak pernah aku pelihara?
Ketabahan Rasulullah berdakwah di Taif
selama 10 hari Nabi s.a.w berada di Taif dengan tujuan berdakwah, bersama-sama Zaid Bin Harithah. Namun betapa pilunya bila keikhlasan itu dibalas dengan lontaran-lontaran batu yang disertai kata-kata hina dan sumpah saranah.
sukar untuk dibayangkan apabila kaki Rasul Allah yang mulia itu habis pecah-pecah dan luka sini-sana sehingga darah melumuri kasut baginda.
Lalu baginda berselindung di balik tembok kepunyaan Uthbah Bin Syaibah untuk mengelakkan lontaran-lontaran tersebut.
Dengan hati yang penuh rasa sedih dan dukacita, baginda bersandar pada pohon anggur sambil berdoa:
"Tuhanku betapa Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan, hilahku, kehinaanku di hadapan manusia, wahai Yang Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak aku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh membenciku? atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah aku peduli namun afiat dari Mu lebih luas bagiku, Ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan, dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung dengan Mu dari terturunnya ke atasku kemurkaan Mu atau terturun kemarahanMu, bagi Kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan"
Sesungguhnya penolakkan terhadap dakwah Rasulullah bukannya hanya berlaku di Taif, malah banyak lagi peristiwa sebelum dan selepasnya yang hebat menguji perjalanan dalam menyebarkan seruan Ilahi. Namun peristiwa di Taif ini merupakan kisah paling duka dalam diri baginda:
Dari Urwah Bin Al-Zubair bahawa 'A'isyah r.a. telah meriwayatkan di mana beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w,
"Adakah pernah di suatu hari tuan hamba merasa lebih berat dari peperangan Uhud? jawab Rasulullah,
daku telah menerima penyiksaan dari kaum kau segala-galanya, yang terlebih berat ku tanggungnya adalah peristiwa hari al-Aqabah di hari itu ku telah memperkenalkan diriku kepada anak Abi Yalii Bin Abdul Kalal, namun mereka tetap tidak menyahut seruanku, ku beredar dari situ, membawa hati diri penuh kehibaaan dan duka nestapa tanpa menyedari kecuali setelah sampai ke Qarn al Tha'alib yang dikenali sebagai Qarn Al-Manazil ku dongak ke langit, tiba-tiba sahaja ku melihat mendung tebal memayungi daku, ku renung lagi, ku dapati Jibril, beliau menyeru daku dengan katanya, "Sesungguhnya Allah telahpun mendengar kata-kata kaum kau itu dan segala jawapan dan penolakkan merekaterhadapmu itu, justeru itu maka Allah telah mengutus malaikat penguasa gunung-ganang untuk kau perintahkannya bertindak terhadap kaum kau itu. Malaikat penguasa gunung-ganang tadi memanggil serta memberi salam kepada aku dan berkata, "Wahai Muhammad, itu dia bukit-bukit, apa kau mahu, sekiranya kau mahu aku tangkupkan mereka dengan bukit al-Akhsyabain itu, nescaya ku lakukan. Al-Akhsyabain ialah dua bukit di Makkah, iaitu bukit Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an. Jawab Rasulullah, "tapi apa yang aku harapkan ialah agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun".
Adakah segala kesakitan yang pernah baginda lalui itu tiada harganya dimata ini?

No comments:
Post a Comment