Wednesday, May 13, 2009

lalu aku kuburkan jahiliyyah-jahiliyyah itu

BERUBAH.. mungkin mudah bagi sesetengahnya
namun "berubah" memerlukan sejuta kekuatan yang tak selalu menyergahmu, yang tak akan selalu menunggumu. Sedarlah wahai diri bahawa kitalah yang perlu mencari kekuatan itu.

Analogi aku
Kadang-kadang aku berubah, namun perubahan ku itu bukan kerana-Nya tetapi kerana sesuatu yang sementara...sesuatu yang tak bermakna. Kadang-kadang aku berubah, namun aku malu dengan perubahanku lantas aku tingggalkan jalan Ilahi. Kadang-kadang aku rasa "hipokrit" kemudian aku biarkan konkrit-konkrit syaitan menghalangiku. kadang-kadang aku malu mengakui kesilapan diri lalu aku biarkan kejahatan membawaku pergi. Ini lah aku yang lemah, yang tak mengenal tujuan diri.

kenapa perlu berubah?
aku "happy dengan kehidupanku"... dulu aku selalu berkata sebegitu. Asalkan aku baik aku rasa aku dah cukup bagus. Baguskah aku? Baikkah aku?. namun akhirnya aku sedar tujuan penciptaanku bukan hanya untuk membaikkan diri ku malah insan disekeliling juga. Aku punya tanggungjawab yang lebih besar dari itu.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku
51:56
dan ingatlah ketika Tuhan-Mu berfirman kepada para malaikat "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman " Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui
30:2

berubah itu menyakitkan.... membuang jahiliyyah dalam diri yang sudah bersarang semenjak sekian lama, bukan perkara mudah kadang-kadang kecundang jua. Namun aku tak rela diri diperbodohkan lagi dengan penipuan-penipuan dunia.

Sesungguhnya Allah tidak memandang hasilnya, tetapi pada usaha. Mungkin perubahan itu hanya sedikit, mungkin perubahan itu tak nampak pada pandangan manusia tapi sedarlah bahawa Allah Maha mengetahui.

cara-cara melakukannya
1. Campakkan jahiliyyah-jahiliyyah itu ke dalam recycle bin agar ia tidak terus memusnahkan dirimu
2. kemudian mandikan diri mu dengan taubat
3. Lalu kapankan jahiliyyah-jahiliyyah tadi, jangan biar satu pun tinggal.. kapankan semua!!!!
4. lantas, kuburkan lah ia dalam-dalam.. jauh dari mu

Pohon la kekuatan pada Yang Maha Esa kerana hanya pada Allah lah kita menyembah, kepada-Nya juga kita mohon pertolongan.

EDCOUSTIC-BERUBAH
Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum ku berubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lama pun itu
Jarang ku terendap dalam sikap dimana ku berubah

Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan ku bertahan dalam perubahanku

~sekadar berkongsi~

4 comments:

umm abiha said...

Ya Allah Ya Ghaffar,
ighfir zunubana...
thabbit qulubana 'ala deenik..
Ya Allah Ya Rabbi
kuatkanlah kami..
teguhkanlah hati kami..
moga tabah hati tak berbelah bagi..

sayoranara jahiliyyah..
jgn ko cuba dekati aku lagi!!!

~moga terus istiqamah di jalanNYA.. jom usaha sama2!!~
fighting!!

Anonymous said...

ya!
masukkan dalam recycle bin dan 'empty'kan recycle bin tu!
(supaya tak dapat nak reinstall balik ^_~)

syifa' said...

sayonara jahiliyyah..moga2 kita trus tsabat dijalanNYA...agak sedih apabila ada org di sekeliling xdpt terima perubahan pada kita dan dikatakan hipokrit kerana berubah atas sbb kakak naqibah....moga2 hidayah Allah menembusi hati2 mereka...usaha2!!!

Anonymous said...

mingkin mereka tak tahu lagi sebab apa perubahan kita... mereka juga sebagai ujian buat diri kita untuk kita merenung kembali apa tujuan kita berubah.. ok berusaha kawan-kawan!!!! moga kita diberkati oleh yang Ma ha Esa.