
namun takdirnya tidak selamanya begini.
Akan ada suatu masa detik berpisahannya. Boleh jadi berpisahan itu apabila
mengejar tujuan hidup yang berbeza.....
desakan hidup yang menjauhkan
tanggung jawab yang memberatkan....
boleh jadi apa sahaja..
Dan mungkin juga perpisahan itu apabila Tuhan menjemput kita kembali...
maka itulah perpisahan yang nyata di dunia.
Dikala ini kita masih mampu bersama... saling menguatkan, saling meneguhkan
saling menyayangi dan kita sentiasa rasa istimewa kerana sentiasa ada yang mebuat kita istimewa
KITA sentiasa ada kita di sisi.
Namun aNdai kata suatu masa... itu semua tiada lagi kenangkanlah bahawa kita pernah bersama.
Moga dapat ku temu kalian dalam syurga yang sama
uhibbuki fillah
moga bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya walau dalam apa jua keadaanya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
1 comment:
wahhhh...cutenye gamba 6 org itu...
siapa plg tinggi?..:P
peminat el-biruni~
Post a Comment