Ramadhan itu pastinya pergi
Walau berat terasa hati ingin melepaskan
Iringilah dengan apa sahaja
Tangisan kesedihan kerana lalai mengabaikan
Linangan air mata keinsafan hamba kepada Tuhan
senyuman kegembiraan dan kepuasan
tahmid dan takbir kemenangan
Ramadhan itu pastinya pergi
Namun….
Apakah yang ANDA peroleh dari Ramadhan tahun ini?
Sudah terbinakah benteng taqwa?
Yang bakal memandu tindakan sepanjang 11 bulan
Sudah semakin utuhkan hubungan dengan Tuhan?
Ayuh sahabat!
Mari kita hidupkan Ramadhan yang masih berbaki
Kerana
Ramadhan itu pastinya pergi
Tapi kita harapkan ruhnya sentiasa menemani
1 comment:
hargai Ramadan yg masih berbaki..
tingktn pecutan..
gandakan momentum!
jgn dibiarkn ia berlalu begitu sahaja!
Post a Comment