Wednesday, November 18, 2009

sayanggg awak!


Bismillahirrahmaanirraheem

dah lama tak menaip diruangan el-biruni ni..maaf ye kawan2, inshaAllah.. cuti summer 3 bulan ni akan dimanfaatkn dengan yg sebaek-baeknya, dan akan dikongsikan di sini..inshaAllah

pejam mata buka mata, dah habes tahun ke-dua belajar di Auckland Univerisity ni... tahun depan dah masuk third year dahhh!!! sekejapnye la hai masa berlalu..huhu

dan saat ni, dah ramai pelajar Auckland uni mula balik ke tanah air masing2, dah ada yang sampai mesia, ada yg dalam perjalanan, ada lagi yang masih kemas2 barang utk pindah rumah.. dan ada juga yang stay *tabah ye yang tak balik tuuu*

dan kami juga juga tak lama lagi bakal pulang ke tanah air... tak sabarnyee!!!.. tak sabar nak jumpa ayah ngan mak, abang ngan kakak, adik... bla bla bla.. rinduuuuuu

kat sni, nak share hadis dari sahih muslim

Hadis Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah
1. pemimpin yang adil,
2. pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya,
3. seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah,
4. dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,
5. seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!,
6. seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya
7. dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya

[hadis sahih muslim] moga kita termasuk dalam golongan yg mendapat naugan allah..mudah2an .. biiznillah

~ukhuwwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah, inshaAllah
macam2 bley terjadi dalam tempoh 3 bulan ni... adakah sy akan berjumpa kalian lagi nanti, atau sudah terlebih dahulu pergi menemui Yang Maha Pencipta?? tiada siapa yang tahu, bilakah waktu nya.. bersiap-sedialah dengan panggilan itu.. panggilan itu tidak bernotis, datangnya tanpa di jangka..

jesteru.. di sini, saya memohon maaf dengan semua kawan2 dan kenalan andai ada salah dan silap, sengaja mahupun tidak.. maaf saya hulurkan.. halalkan segala ilmu yang dikongsi, halalkn segala makan minum yang disuap, halalkn segala-galanya.. no worries.. antunna takde silap ngn akak, akak pun halalkn segala2 nya..

utk teman2ku sekalian dan utk diri ini juga, moga terus thabat dan istiqamah.. moga tabah hati tak berbelah bagi..

sekian..sayang antunna semuaa (^.^) ..ilal liqa' , inshaAllah

1 comment:

seorang musafir said...

bertemu kita kerana Allah,
berpisah kita kerana Allah..
slmt berjuang kakak2 n kwn2!
syg semua~:')