Monday, January 11, 2010

andai akulah sahabat di syurga


Bila mana nama Thalhah Ubaidillah di sebut pastinya nama Zubair Al-Awwam turut tidak ketinggalan. Mereka ini dipersaudarakan oleh Rasulullah semasa hijrah ke Madinah. Malah yang paling istimewanya persahabatan yang dibina atas dasar akidah ini tidak hanya terhenti di dunia kerana Nabi sendiri pernah berkata "Thalhah dan Zubair r.a. adalah jiran tetanggaku di dalam syurga. Subhanallah... beruntungnya sahabat-sahabat Nabi ini. (Thalhah dan Zubair adalah antara 10 sahabat yang dijanji syurga oleh Nabi s.a.w)

Mereka ini terlalu banyak persamaannya bahkan kedua-duanya ada bertemu asal-usul keturunannya dengan Rasulullah.

benarlah bait-bait lagu nyanyian UNIC

"indahnya jika kita dapat bersama hidup di dalam gembira di dunia ini...
lagi indahnya jika kita dapat bersama hidup di dalam gembira di akhirat sana.......

Memang syurga idaman setiap insan...... tentu seronok jika teman-teman yang sama-sama berjuang di jalan ini dapat kita temui di syurga nanti

teringat kata-kata Abdurrahman Auf ketika ruhnya mula bersiap-siap meninggalkan jasadnya
Air matanya menitis sedang lidahnya bergerak-gerak mengucapkan kata
"Sesungguhnya aku khuatir dipisahkan dari sahabat-sahabatku kerana kekayaanku yang melimpah ruah ini"


Moga bertemu di syurga yang sama.......

1 comment:

umm abiha said...

inshaAllah..ameen.. ameen ya rabb
yuk berusaha menjadi penghuni syurga!
biiznillah.. moga Allah redha =)

ps: lama nye tak menulis di laman ni..huhu