
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
"Pikiran tidak dapat dibatasi, dan lisan tidak dapat dibungkam, serta anggota tubuh tidak mau diam. Kerana itu jika kamu tidak disibukkan dengan hal-hal yang besar, maka kamu akan disibukkan dengan hal-hal yang kecil" - 'Abdul Wahab 'Azzam
Jika kita tidak menggunakan waktu yang ada untuk kebaikan, nescaya ke mana kita akan digunakan waktu itu? kalau tidak untuk kebaikan, ke arah keburukanlah tempat waktu kita luangkan.. nauzubillah.. hanya ada 2 pilihan. hanya dua. tiada antara duanya. kebaikan atau keburukan?. pilihanlah!
dan jiwa manusia itu, selalu cenderung kepada kesenangan dan kemudahan. suka hal hal yang mudah dan tak menyusahkan. sememangnya naluri kita benci pada perkara-perkara yang kita tak sukai, hal-hal yang berat dan rumit.
"oleh kerana itu, bawalah jiwamu kepada hal yang bermanfaat sekalipun berat! sebatas kemampuanmu". -Muhammad Ahmad ar-Rasyid
biasakanlah, pujuklah, didiklah hati kita terhadap hal-hal yang kita tak sukai, tetapi perkara itu baek untuk kita. agar nanti jiwa kita sudah terbiasa dengan perkara-perkara yang besar dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk meraih hal-hal yang tinggi.
didiklah hati kita, sehingga nanti kita boleh membezakan yang mana lagi utama. sehingga kita rasa perkara yang remeh itu remeh, dan menjauhkan diri kita dari menyibukkan diri dengan hal-hal yang kecil. kerana masih ada lagi perkara yang lebih besar untuk diselesaikan.
ajarlah hati kita, untuk menjaga amanah masa itu sebaeknya. selagi kita masih bernafas dalam jiwa seorang hamba, gunalah masa yang ada untuk terus berbuat kebaikan, bukan menjadi orang yang lalai. jadilah orang yang beramal dan bukan menjadi orang yang malas!. hargailah setiap turun naek nafas yang ada. Bersyukurlah! bersegeralah kearah kebaikan! ayuhh!
"Gunakanlah waktu itu sebaik-baiknya kerana waktu itu bagaikan pedang, dan janganlah kamu menangguh-nagguhkan kesempatan ini, kerana sesungguhnya tiada yang berbahaya dari sikap menangguh-nangguhkan kebaikan"- Hasan Al-Banna
oleh itu, saya menyeru diri saya dan sabahat sekalian..sama-samalah kita menggunakan masa yang ada ini sebaiknya, inshaAllah.. moga setiap saat itu lillah.. moga Allah redha
~meraih ketinggian harus ditempuh dengan kelelahan~
-ummu sulaim-
ps: nak guna nick baruuu.. hehehehe.. no more umm abiha, melati dan ++ aseff dah lama tak berkongsi di blog ini..
book ref: pelembut hati, MAaR
No comments:
Post a Comment