Monday, December 20, 2010

sehebat Abdullah bin Huzafah as-sahmy r.a.

Kisahnya begitu popular di kalangan sahabat...namun sayangnya hanya baru-baru ini sahaja kisah sahabat yang hebat ini ku baca. Malah yang lebih memalukan sebelum ini saya tak pernah tahu tentang sahabat yang seorang ini.

maka saya nak tanya antum pernah tak membaca tentang kisah sahabat ini?.. kalau belum...saya rasa antum patut baca sekarang jugak!. ada dalam buku kisah sahabat 65 tu.

Abdullah bin Huzafah, sahabat yang bertuah kerana telah dipilih oleh Allah untuk meniti ujian hebat berdepan dengan Raja Parsi pada tahun ke-6 hijrah ketika misi dakwah pada masa itu adalah untuk mengembangkan dakwah luar dari madinah.

Selain Abdullah b.Huzafah ramai sahabat-sahabat lain dihantar ke seluruh pelosok tanah -tanah asing yang belum menerima dakwah islam. Kerana semangat jihad dan dakwah yang tinggi, sahabat-sahabat ini melaksanakan amanaha Rasulullah ini dengan bersungguh-sungguh walau mereka tidak pernah mengenal selok belok pemerintahan, sosial dan budaya negeri yang akan mereka buka dengan Islam ini.

dan Abdullah telah dipilih untuk menyampaikan warkah dakwah dari Rasulullah kepada Kisra Abrawiz, Raja Parsi.

dalam melaksanakan tugas ini, sahabat-sahabat pergi seorang diri meredah gunung-ganang, lembah yang dalam mereka susuri demi menyampaikan dakwah ini. Perjalanan yang jauh dan sukar itu tak pernah menjadi penghalang atau pengurang semangat mereka.

ketika membacakan kisah ini... saya rasa sangat malu...malu dengan kerja dakwah sahabat-sahabat. mereka sangat bersungguh-sungguh untuk memastikan rahmat Islam ini dapat menerangi jiwa-jiwa manusia yang gelap dengan jahiliyah.

mereka berjalan keseorangan tiada berteman....melainkan Allah sebagai teman dan penguat diri.

Ya Allah saya tak mampu untuk menulis kisah hebat ini....saya rasa baik antum sendiri baca. saya sangatX1000000000000000000 mencadangkan kalian baca. oo mungkin kalian dah baca...huk huk saya yang ketinggalan kerena baru baca.


selain buku sahabat 65 tu... boleh juga baca kisah Abdullah Huzafah dalam buku 133 sejarah wira terbilang di zaman Rasulullah s.a.w terbitan al-hidayah.



No comments: