
aku mahu luar biasa....bukan bahkan keadaan mereka yang biasa itu sebenarnya adalah luar biasa. Manusia hidup tak normal. Namun mereka tidak gila..mungkin hampir gila, boleh jadi itu keadaannya.
"ayah, tangga apa yang sedang kita naiki ini ayah? kenapa tangga ini seperti tiada kesudahannya?" anak kecil ini seakan tidak mengerti perjalanan apa yang dia sendiri lalui.
"kenapa wahai anakku? mengapa engkau bertanya? adakah engkau sudah penat mendakinya?" si ayah kehairanan..memandang pelik wajah anak kesayangannya dengan penuh kasih. rasa-rasanya dia pernah menerangkan tentang perjalanan ini lama dahulu. semasa anak kecilnya itu masih merangkak dan kemudian sehingga ia mampu berjalan sendiri. Namun kenapa anaknya itu bertanya lagi?.
Si ayah risau seandainya anak itu mula bosan dengan jalan yang panjang ini...atau mungkin anaknya itu sudah mula lupa tentang apa yang menanti di hujung tangga nanti.
tanpa menunggu lama lagi si ayah menjelaskan..
"inilah perjalanan obsesi kita."
"obsesi?" si anak cuba mendapatkan kepastian... obsesi apa yang ayahnya perkatakan ini.
"ya..obsesi... misi U.O.A kita. apa kau sudah lupa wahai anakku?"
No comments:
Post a Comment