Saturday, May 14, 2011

Happy teacher's day... is everyday



salam...sorry sangat2 teacher.. saya xgi kelas td sebab ada masalah ckit. Harap teacher tak kecik aty....
hatiku sedikit tersentuh dengan txt anak ini yang aku terima pada pukul lebih kurang satu pagi. Biasalah budak asrama akan tidur lewat tambah-tambah dah nak dekat peperiksaan final sem satu ni. Memang masa aku datang ke kelas malam tu jam 9 malam, anak ini langsung tidak kelihatan. Bukannya kelas wajib pun...malah bukan aku yang teringin benar nak buat kelas. Tapi disebabkan ada beberapa pelajar yang ingin belajar chemistry maka aku datang menunaikan kewajipan kepada mereka. Kasihan banyak kelas mereka yang "burn" sebab cikgu selalu ke kursus itu dan ini.

Namun bukan pelajar ini sahaja yang tak datang, ada lagi beberapa orang yang agak lemah tapi tidak juga hadir.

aku membaca txt anak ini berulang kali....entahlah tapi aku benar-benar tersentuh dengan kata-katanya. Pelajar ini selalu concern dengan perasaanku. Andai aku diam sikit dia akan bertanya "Kenapa teacher diam je?"....

Pelajar dari kelantan ini terlalu "pekat" bahasa kelantannya. Kadang-kadang memang susah nak faham. Namun dia seorang pelajar yang pintar...dan yang paling mengharukan, pelajar ini selalu bersemangat untuk buat kimia... walaupun pada mulanya semasa aku diberi tugas untuk mengajar mereka, dia macam tak endah je apa yang aku cakap kat depan. Seperti tak ada "mood" nak belajar kimia dengan cikgu baru. Yelah al-maklumlah cikgu baru yang masih merangkak-rangkak dalam menjadi seorang guru.

kadang-kadang aku seakan fed up nak mengajar...yelah asal aku suruh hantar kerja sekolah je mesti tak hantar. Susahnya nak tengok mereka buat tugasan yang aku beri. Sampai kena gertak "Kalau awak tak hantar kerja saya...saya assume awak tak suka saya mengajar!Jadi saya akan request tukar cikgu".

Kalau cakap macam tu barulah terhegeh-hegeh nak hantar kerja sekolah.....Deal dengan pelajar-pelajar upper form memang menguji kesabaran.


jam 12. 30 tengahari keesokkannya barulah aku membalas txt anak itu...

"teacher tak kecik hati pun. Ada yang nak buat kelas, teacher datang je"

dengan pantas aku menerima txt balasnya kembali..

"Nanti ada mse sy tnye ckgu tjk y sy x pham...."


when your students concern about your feelings and emotions...that is the heart-touching n sweet thing of being a teacher... n when they eager to learn chemistry that is a very heart-fulfilling thing of being a chemistry teacher... n when they come close to the Almighty because of your words..advises..that is a very-very valuable thing in life. [happy teacher's day...]


No comments: