Thursday, September 29, 2011

malu dengan Allah

jam dihanset menunjukkan pukul 10.26 mlm...aku masih dipembaringan. sedang berkira-kira merehatkan badan.

lantas aku teringat malam ini ada pertemuan dengan anak-anak itu. semalam lagi kami patut berkumpul namun kerana ada meeting akhirnya aku batalkan. ketika aku pulang jam 11.20 malam semalam, dihadapanku penuh dengan anak-anak itu sedang menunggu untuk diisi hatinya. Namun aku sedar mereka mungkin sudah terlalu penat dan aku sudah terlewat 35 minit sedangkan esok anak-anak itu perlu bangun awal untuk mencari air menyiapkan keperluan diri. aku akur....mereka adalah rebung yang perlu aku jagai...tidak boleh terlalu keras takut-takut dilukai.

maka hari ini aku perlu tunaikan hak mereka...

Aku menghantar satu pesanan ringkas kepada salah seorang anak itu..
"Jannah, keluarga malam ni teacher tak pakse tau. kalu nak dtg, dtg je la, kalu nk study utk test pun teacher xkisah. so nt decide la ek nak ke x. kalu nak..ketuk rmh teacher..kalu xnk pun xpe." Sebenarnya aku berniat untuk menguji mereka....betul ke mereka rasa usrah tu best!

tanpa aku sedar, selepas menghantar pesanan ringkas itu melalui phone samsung kesayanganku itu, aku pun terlelap..


11.09 malam... aku dikejutkan dengan deringan phone "waving flag" dari seorang pelajar... dalam hati aku berharap agar mereka tak mahukan usrah malam nie... sebab AKU NAK TIDUR! AKU PENAT SANGAT! aku lupa niat asalku.....ya Allah layakkah aku merasa penat????????

namun beberapa minit kemudian aku terdengar ketukan pintu bersama bunyi air yang keluar dari sinki...(al-maklumlah di sini air hanya keluar pd tgh malam). aku gagahi diri untuk bangun.. dalam hati aku menyesal...kerana seperti telah main-mainkan tarbiyyah mereka. lantas pintu rumah aku buka dalam keadaan "BARU BANGUN TIDUR".. tatkala melihat wajah mereka...aku rsa sangat berdosa.. Ya Allah apa yg telah aku sia-siakan hari ini!!... memang benar...bilangan mereka tidak seperti semalam..... hanya ada 6 orang yg dipilih Allah dan aku tahu wajah2 inilah yang memang benar-benar menunjukkan komitmen untuk ditarbiyyah.

semasa menyampaikan pengisian....hanya Allah shj yg tahu betapa berdosanya aku............aku terlalu beruntung kerna ada mereka yang sebenarnya sedang mentarbiyyah diriku....

Ya Allah terimak asih krn hadiah ini.... wahai anak-anakku.. teacher sayang awak semua.

moga disatukan dalam cinta Ilahi


No comments: