Assalamualaikum...tragis tak bunyi tajuk entry nie? Cinta dan penyiksaan (tragis n dramatik la sgt). cinta dan penyiksaan ini bukanlah merujuk pada mana-mana kisah cinta yang sering ditayangkan kat tv seperti JELITA (peminat2 jelita jgn kecewa), PELANGI, BAWANG PUTIH BAWANG MERAH, TIMUN MAS (hahaha... lawak2) SEMBILU KASIH SAYANG,
Uppaaaaa....
dan sebagainya. tapi kisah cinta yang bakal diceritakan ini adalah berdasarkan kisah CINTA AGUNG manusia-manusia hebat di zaman Rasulullah s.a.w.
Seperti yang kita maklum pada awal penyebaran Islam secara terbuka, dakwah Rasulullah s.a.w mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk Makkah terutamanya pembesar-pembesar Quraisy dan ketua-ketua kabilah. pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka demi menentang dakwah Baginda. pelbagai penyiksaan terpaksa dihadapi oleh umat Islam pada waktu itu atas sebab mereka memilih untuk bersaksi BAHAWA TIADA TUHAN YANG WAJIB DI SEMBAH MELAINKAN ALLAH S.W.T. walaupun mereka diberi piliihan untuk bebas dari penderitaan, namun atas keteguhan dan kecintaan pada yang Maha Satu, mereka bersedia terhadap apa sahaja ujian yang melanda.
mari kita melihat kembali kisah-kisah penyiksaan yang menyayat hati ini:
1. Penyiksaan Keluarga Yasir r.a
Ammar BinYasir r.a memeluk Islam bersama ayah,Yasir dan ibunya,Sumaiyah. Mereka merupakan hamba kepada Bani Makhzum. berita pengislaman keluarga Yasir telah menyebabkan mereka disiksa oleh kafir musyrikin di tengah-tengah padang pasir.
apabilaRasulullah berlalu di tempat penyiksaan mereka Baginda berkata:
"Bersabarlah wahai keluarga Yasir janji kamu adalah syurga"
yasir meninggal dunia Sumaiyah pula disula oleh Abu Jahal dan menjadi wanita pertama yang mati syahid. Ammar pula diseksa dengan pelbagai seksaan.
kafir musyrikin berkata kepada Ammar:
"kami tidak akan melepaskan kamu kecuali setelah engkau caci Muhammad atau kau puji sanjung al-Latta danal-Uzza".
kerana tidak sanggup menghadapi penyiksaan itu lagi, Ammar akhirnya bersetuju berbuat demikian. tetapi selepas itu Ammar datang berjumpa Rasulullah sambil menangis dan memohon maaf atas perbuatannya.
maka dengan itu turunnya firman Allah:
"Sesiapa yang kufur sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa(melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman"
an-Nahl:106
2. Bilal Bin Rabah
Bilal merupakan hamba kepada Umaiyah binKhalaf Jumahi. Umaiyah dengan tidak berperikemanusiaan menambat Bilal dengan tali ditengkoknya dan menyuruh budak-budak menariknya seperti binatang. Umaiyah juga membaringkan Bilal di tengah-tengah padang pasir yang terik dan meletakkan batu besar ke atas dadanya. Namun Bilal tetap enggan menurut kemahuan tuannya yang mahu Bilal mengkufurkan agama Muhammad dan bibirnya mengucapkan "Ahad, Ahad..Ahad". Dengan takdir Allah Abu Bakr lalu di situ dan memerdekakan Bilal dari kekejaman tuannya.
3.Mus'ab Bin Umair
Mus'ab Bin Umair adalah pemuda yang berasal dari keluarga yang kaya. Beliau seorang pemuda yang tampan dan menjadi kesayangan ibu bapanya.di mana saja Mus'ab berjalan, dia sering menjadi tumpuan sesiapa sahaja yang memandang. Namun apabila Mus'ab memilih Islam, beliau telah ditahan, diikat dan diletakkan dalam bilik kurungan yang gelap dalam tempoh masa yang lama oleh bapanya sendiri. Dan akhirnya, pemuda yang dibesarkan dengan kekayaan ini dihalau keluar dari rumahnya. Tiada siapa yang bercakap dengannya lagi dan semua orang memulaukannya. akibat penyiksaan yang dialami oleh Mus'ab r.a kulitnya menjadi mengerutu dan bersisik.
Nabi s.a.w. apabila bercakap tentang Mus'ab:
"tiada lelaki yang lebih kacak di Makkah melainkan Mus'ab Bin Umair. Tiada orang yang lebih baik pakaian dan makananya melainkan Mus'ab. Dan tiada anak yang dibesarkan dengan kasih sayang sebagaimana Mus'ab dibesarkan".
Namun segala yang dimilik oleh Mus'ab telah ditinggalkannga demi Islam.
Inilah beberapa kisah yang ingin dikongsikan bersama setelah mendengar nasihat melati bahawa ilmu itu perlu disampaikan. dan sabda Nabi s.a.w. yang lebih kurang bunyinya " sampaikan ilmu walau hanya sepotong ayat" semoga kita bersama-sama menyampaikan dan berkongsi ilmu.
#nasihat bersama:
kagumnya dengan keteguhan CINTA manusia-manusia hebat ini. demi cinta dan penyiksaan, syurga habuan mereka. kita?
source:Al-Raheeq al-Makhtum karangan Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy
:www.prophetmuhammad.org
#menuggu turn Salwa untuk berkongsi cerita AKU TERIMA NIKAHNYA karangan Ustaz Hasrizal
#nak dengar cerita RATNA ANDALUS SATU!!
~setawar~

No comments:
Post a Comment