adooooiiiiiiiiiii
ini adalh ruangan luahan perasaan..
pening sungguh memikirkn nak duduk mana bulan depan..
Quest on Mount @ Woldorf Tetra @ Forte @ Mount Terace @ bla bla..
kami nak yg dekat ngan Uni.. susah la time ade test klu umah jauh.. huhuhu
pastu, kami nk yg murah.. buleh save bujet sket, bleh beli tket balik mesia ke.. tket g jalan2 ke.. hehhehe
adoooiii.. kna pikir bayaran letrik lg.. ongkos internet lg.. ongkos makanminum lg ..
pastu
klu bleh,nak yg fully furnished.. demand gler!!
tapi, yang sebenar2 nye.. memang susah nk pikir pasal nk duduk mana ni
klu duduk Forte......wordrobe die kecik sket,pastu toilet tak best... kang tak selesa plak tetamu yg bertandang ke rumah... Hahahhaha
klu Tetra House.............. perabot cukup modern, cuma freezer die plak kecik!! nak taruk bekalan ayam daging dlm tu pun tak muat..sayur mayur lagi....
nak duduk Quest... tapi susah plak nk dapat.. limited.. bilik ngan ruang tamu besar.. kira cun la rumah tu..
klu ddk Mount Terace.. size bilik dah ok,cuma system pencahayaan kurang plak
kesimpulannya.. tiada rumah yg perfect, cam manusia gak... klu nak rumah yg perfect, kna la bayar lebih.. klu nak yg murah,knalah berkorban sket.. boleh jer nak idup.. heehe.. (pandai jer aku cakap), duduk nnt bru merasa..
stakat ni je lah repekan aku kali ni.. sekadar berkongsi ngan sesapa yg tidak berpengalamn berpindah dan pilih umah..
ni ade tips naik umah bru yg aku copy dr tenet gak..heheheh
1)Azan :
Para ulama berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru.
Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni
oleh sesiapa; ada yang berpendapat sekiranya ia dikosongkan lebih
daripada empat puluh hari; ada pula yang berpandangan sekiranya ia di
kosongkan lebih daripada lima belah hari.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya
sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan
dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-Ammar) yang
suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. Dalam hadis yang lain
pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan,
syaitan akan melarikan diri......"
2)Membaca Surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw
bersabda yang maksudnya: "Jangan la kamu jadikan rumahmu seperti kubur
(hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang
dibacakan Surah Al-Baqarah".
3)Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah saw juga menggalakkan agar:
Memperbanyak salat dan membaca Al-Quran di dalam rumah Baginda
bersabda yang bermaksud "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak salat
dan membaca Al-Quran" (Hadis riwayat Al-Baihaqi) Sedapat mungkin,
digalakkan juga agar dilaungkan azan pada setiap waktu salat dan
bersalat jemaah.
No comments:
Post a Comment