- bererti gabungan kerana beberapa kumpulan musuh (Yahudi, musyrikin Mekah dan kabilah Arab yang belum Islam) bergabung untuk memerangi orang Islam di Madinah.
- juga dikenali sebagai Perang Khandaq-kerana Nabi Muhammad s.a.w dan orang-orang Islam menggali parit di sekeliling kota Madinah bagi menghadapi musuh.
- panjang parit=5000 hasta, dalam=10 hasta, lebar= 5 hasta
- semasa parit digali mereka menjumpai sebuah batu besar. Nabi Muhammad s.a.w mengambil penukul dan berdoa lalu memukul batu tersebut.
- Pada pukulan pertama, kelihatan percikan api dan batu itu pecah separuh dan pada pukulan kedua kelihatan lagi percikan api dan batu itu pecah semuanya.
- Kemudian baginda bersabda yang bermaksud:
"Pada pukulan pertama, aku melihat gedung dan istana-istana kisra di Hirah (Parsi) . Pada pukulan kedua, aku melihat istana-istana merah di Romawi (Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka."
Hadis itu terbukti kebenarannya apabila akhirnya dua kuasa besar itu dapat dikalahkan oleh tentera Islam.Parsi dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar dan Rom dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Umar.
No comments:
Post a Comment