"Time is up. You may stop writing now…"
Kata- kata yang dilantunkan oleh Sang Pengawas peperiksaan dalam bangunan OGGB260-098 menandakan sesi Summer School Session 2009 telah berakhir dengan rasminya bagi kami ahli-ahli el-Biruni +2. (Sape +2? Will be announced later) Yeah, dah habis Stats208.
1st Semester 2009 akan bermula pada 2 Mac 2009 dan summer break yang lebih kurang dua minggu inilah sebagai penghubungnya.
Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan untuk mengisi kelapangan summer break ini adalah seperti berikut(chewahhh):
18/2-Howick Historical Village (the journey will be updated soon)
19/2-Mara Cohort 3 (tesl) dan IBPA (tesl) arrival
20/2-Netball friendly match at YMCA, shoppin' at dressmart :)
21/2- Plan for Cape Reinga
22/2- Final preparation for Jaulah Cape Reinga, D**** 's arrival
23/2- Jaulah Cape Reinga begins
24/2-Jaulah Cape Reinga
25/2-Jaulah Cape Reinga, arrive back at Auckland
26/2 &27/2-Jaulah Summer Whangarei (yeeha!!!!)
28/2-A** and F**** arrival
29/2- ade ke tarikh ni dalam kalendar taun ni?
1/3- the arrival of kanak2 ribena yang cuti tiga bulan tu….
We seems to be very busy right?
Musim panas kali ini merupkan musim panas yang kedua buat seluruh warga el-biruni+2 dan sesungguhnya cuti kali ini dirasakan begitu pantas berlalu jika dibandingkan dengan cuti musim panas yang lalu. Dalam masa yang sebegitu singkat ini pelbagai kenangan pahit dan manis telah mewarnai hidup kita dan diharapkan semua pengalaman yang telah kita lalui itu menjadi suatu pelajaran yang bermakna dalam merencana hari-hari yang mendatang.
Dalam masa kurang 48 jam lagi kita akan memulakan sesi semester 1 bagi tahun 2009 dan diharapkan dengan bermulanya lembaran baru ini akan menjadi medium untuk memperbaiki kelemahan yang lepas.Manusia belajar dari kesilapan dan segala kesilapan yang telah kita lakukan bukanlah untuk ditangisi sebaliknya untuk diambil iktibar dan pengajaran daripadanya.
Semoga hari yang mendatang membawa bersama sinar-sinar kegemilangan.
Wassalam,
el-biruni
No comments:
Post a Comment