Orang-orang yang kering hatinya dan berkarat jiwanya, telah Allah nyatakan:"kemudian setelah itu hati kalian menjadi seperti batu , bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada sungai-sungai yang mengalir darinya, dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air darinya, dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali kali tidak lengah dari yang kalian kerjakan" [al-Baqarah, 2:74]
ayat ini telah menjelaskan bahawa batu itu sensitif, bahkan ia meluncur jatuh kerana takutkan Allah. tetapi kita tidak memiliki peralatan yang dapat membuka rahsia, bagaimana batu ini dapat sensitif. namun kita yakin melalui ayat tersebut bahawa ia memang sensitif, takut, dan melekat kerana takutnya kepada Allah.
bila batu saja sensitif, gementaran dan melekat satu sama lain kerana takut kepada Allah, lalu bagaimana dengan manusia yang banyak diberikan oleh Allah kenikmatan yang besar, seperti akal, perasaan, dan hati sebagai tempat penitipan rahmat.
Allah berfirman:
"berkata Musa, Ya Tuhanku, lapangkn untukku dada, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepasknlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku" [Thaha,20: 25-28]
~petikan di atas diambil dari Ath Thari ila Al-Quluub oleh Syeikh Abbas Hassan As-Sisi~
batu pun boleh terbelah kerana takutkan Allah, dan hatiku?? sekeras itu kah?? atau lebih keras lagi? astaghfirullah... ampunilah diri ini Ya Ghaffar.. moga hati-hati kita masih lagi hidup... masih lagi subur... moga hati yang berdenyut itu, bernafas dalam helaan kalimah NYA.. peganglah hati ini Ya Allah, lenturkanlah hati ini.. hidup suburkan hati-hati ini dgn makrifat pengetahuan sebenar tentangMU ya Allah...
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan???" [ar-Rahman, 55:13]
No comments:
Post a Comment