Semua orang apabila membaca entry ini cuba lihat housemates or roomate anda or bayangkan sahabat-sahabat yang selama ini berjuang bersama anda (walau pun dah tak larat nak tengok..tengok juga). sayang tak pada mereka? mesti sayangkan....
Subhanallah betapa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang menganugerahkan rasa cinta dalam hati kita sehingga kita dapat merasa betapa manisnya ukhwah yang terjalin ini.
ukhwah kita berlandaskan satu matlamat, ukhwah kita bukan kerana suka-suki, paras rupa, harta, kepandaian dan kebijaksanaan. Tapi ukhwah kita adalah kerana Yang Maha Esa, ukhwah kita adalah kerana aqidah Islam yang dibawa.
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:"Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang,maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebihdicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang laindan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan karena Allah, dan jikalau seseorang itumembenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiranitu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka." (Muttafaq 'alaih)
Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat: "Manakah orang-orang yangsaling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan Aku berinaungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri." (Riwayat Muslim)Dari Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang Ielaki berziarahkepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorangmalaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan," kemudian dihuraikannya Hadis itusampai kepada sabdanya: "Sesungguhnya Allah itu mencitntaimu sebagaimana engkaumencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)
waahh... bestnye Allah bagi "special reward" kepada hamba-hamba-Nya yang mengasihi hanya kerana-Nya.
Mungkin kata-kata itu sukar untuk diluahkan bagi sesetengah daripada kita, namun senyuman yang terukir tiap kali bersua sudah cukup untuk melambangkan kasih yang terpahat di hati.
Tapi Nabi s.a.w menganjurkan kita mengucapkannya kepada orang yang kita kasih (malu lah... hehe)
Dari Mu'az r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengambil tangannya danbersabda:"Hai Mu'az, demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu. Kemudian saya hendakberwasiat padamu hai Mu'az, iaitu: Janganlah setiap selesai shalat meninggalkan bacaan -yang ertinya:Ya Allah, berilah saya pertolongan untuk tetap mengingatMu serta bersyukur padaMu,juga berilah saya pertolongan untuk Beribadat yang sebaik-baiknya padaMu."
Ku doakan kalian moga akhirnya nanti kita bertemu di syurga Allah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Mungkin ada kesilapan dan kelemahan sahabat-sahabat kita, maka terimalah dia seadanya kerana Allah, tegur menegurlah lah untuk kebaikan. Dan mereka yang ditegur terimalah teguran itu jua kerana Allah.
Semoga perjalanan Ski-Trip mendapat keredhaan Allah dan dipermudahkan segalanya. InsyaAllah.
Sebagai peringatan terutama buat diri ini jua.
Uhibbuki fillah, salam sayang dari el-Biruni untuk semua.
wassalam.
8 comments:
sayang kamu juga!!!
bru jer teringt nk wat entry pasal ni.. dah ade yg mendahului nmpknye..hehehe
huhu.....
saya pun nak tulis perkara yang sama sebenarnye =)
tak sangka sungguh!
-RA-
sehati sejiwa la kte nih
hehehehhe
pape pun,
jazakillah
ala tambah la lg... kite buat tu tak best sgt.. korg bestkan lah lg entry ni
menarik! jazakillah khair katsira
mengharapkan pertemuan dengan kalian di syurga firdausNya nanti. InsyaAllah.
~kak hadid~
nak aku taruk video clip kte wat smlam ke...
heheheh
insyaAllah.. kita jumpa kat Syurga sna ye kak hadid!
sama2 doa ^.^
salam ziarah..
seronoknya baca entry ini..lagu di blog anda juga best..
jazakillah :-)
Post a Comment