
saya suke buah-buahan!
dan pastinya, anda juga.
Maha creative nye Allah ni...apabila Dia menciptakan buah-buahan yang berlainan rasa dan rupa, walaupun tumbuh dari tanah yang sama.
Semua buah di atas bumi ini mempunyai rasa yang berbeza.walaupun kadangkala dari species dan pohon yang sama.
Dua buah anggur pada gugusan yang sama juga mungkin mempunyai rasa yang berbeza.
subhanallah!
Saya suke buah-buahan!
ya!buah ape sahaja.
apple,kiwi,ciku,langsat, durian, tebu, kurma,tin,pulasan, betik,pear,limau,strawberry,laici,cerry,tembikai, manggis, pisang, plum, apricot-kering pun sedap=)
ya!apa sahaja!
kerana setiap buah itu mempunyai rasa yang enak, tersendiri dan unik.
tidak ada dua buah dari jenis yang berlainan, mempunyai rasa yang sama.
apple dan pear berbeza.
rambutan dan pulasan berbeza.
limau tangarine dan limau mandarin juga berbeza!
ada yang masam,
ada yang manis,
ada yang kelat,
ada yang mempunyai kombinasi rasa.
tetapi, semmmmuuuuaaaanya ada keunikan dan keenakan masing-masing.
namun.....
walaupun saya suka semua jenis buah-buahan,
kadangkala saya lebih menggemari sesuatu buah, melebihi buah yang lain.
tidak bermakna saya membenci atau menolak buah yang lain.
tetapi, saya juga harus ingat bahawa, kalau makan buah yang sama terlalu banyak pun akan menyebabkan penyakit juga!
jadi....harus letakkan limit ye!
saya suke buah-buahan!
wallahualam.
note:terpulang kepada konteks masing-masing
2 comments:
kepada pembaca entry ini,
apa agaknya ibrah yg korang dapat dari entry ini ye...
mari kongsikan bersama...
yellow selipar??? huahuahua.. mcm pernah ku dgr nama itu...
Post a Comment