
Beliau pergi dengan linangan air mata... hajatnya tidak kesampaian lantaran Rasulullah sendiri tidak memilihnya untuk bernaung di bawah panji pimpinan baginda. Namun bukan beliau sahaja malah beberapa sahabatnya yang lain yang turut digugurkan.........
Bukan kerana kelayakkan untuk turut sama berjuang tetapi usia yang terlalu muda untuk menggalas jihad fi sabilillah menyebabkan Rasulullah s.a.w keberatan untuk memilih mereka. Anak kecil ini memiliki cita-cita yang besar walaupun masih di usia muda.
Tatkala usianya baru muda remaja beliau mencuba lagi.....Semangatnya tidak pernah pudar, tak pernah berkurang.... Dijinjitnya kaki agar kelihatan tinggi supaya Rasulullah memilihnya untuk turut sama ke berjihad setelah keinginannya di tolak di medan Uhud. Kesungguhan nak muda ini akhirnya berjaya mendapat perhatian dan simpati Rasulullah s.a.w. Maka pada usianya baru 15 tahun, beliau telah membawa pedang jihad bertempur dalam peperangan Khandaq.
Berjuang di bawah panji ayahanda sendiri semasa Mu'tah datang menyeru. Malah beliau melihat sendiri tubuh ayahandanya yang tercinta rebah memegang panji Islam. Namun itu tidak sedikit pun membuatnya lemah untuk meneruskan perjuangan ayahandanya. Kemenangan akhirnya berpihak lantas kalimah "la ilaha illa Allah dijulang tinggi. Di dalam hati beliau mengharapkan ayahandanya mendapat ganjaran terbaik di sisi Allah. Lantas beliau pulang ke Madinah menunggang kuda di mana di atas kuda itulah ayahandanya syahid.
Namun semuanya tidak terhenti di situ... kali ini beliau dipilih sendiri oleh Rasulullah memimpin sahabat-sahabat hebat seperti Abu Bakar, Umar, Saad Bin Abi Waqqash dan Abu Ubaidah al-Jarrah untuk memecahkan tembok-tembok Rom agar syahadah ini turut menaungi manusia di sana.
Rasulullah wafat...... pada ketika itu peperangan belum lagi bermula. Usia beliau yang begitu muda menimbulkan kegusaran di hati sahabat-sahabat untuk berada di bawah kepimpinan beliau.
Abu Bakar membentak bila mendengar ada sahabat-sahabat yang meminta agar beliau digantikan dengan sahabat yang lebih senior kerana beliau hanya berumur 20 tahun ketika itu.
"Semoga ibumu kehilangan kamu wahai ibnu al-Khattab. Nabi s.a.w telah melantik beliau dan kamu memerintahkan aku memecatnya? Demi Allah sekali-kali ia tidak akan berlaku"
Apabila Umar kembali kepada sahabat-sahabat tadi, Umar berkata:
Pergilah kamu, semoga ibumu kehilangan kamu, saya telah menerima celaan daripada Khalifah Rasulullah kerana kamu"
Beliaulah pemuda hebat kesayangan Rasulullah, Usamah Bin Zaid yang di gelar "al-Hibb wa ibnu al-hibbi" iaitu orang yang dikasihi dan anak orang yang dikasihi lantaran ayahandanya adalah Zaid Bin Harithah dan bondanya Ummu Aiman, manusia istimewa dalam hati Rasulullah s. a.w.
No comments:
Post a Comment