Tuesday, October 6, 2009

berkorban itu ertinya terkorban

sejauh mana pengorbanan kita di kala ini? adakah kita sudah mencapai tahap pengorbanan yang paling tinggi iaitu sehingga merasa kita juga turut terkorban seperti mana sahabat-sahabat dahulu yang bermatian-matian demi menegakkan kalimah suci "tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"

Ingatkah lagi akan kata-kata yang selalu kita sebut-sebutkan, yang selalu kita laung-laungkan "Berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dijiwamu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [9:41]

tatkala kita diuji untuk itu... maka buktikan lah bahawa kita mengimani seruan-Nya dengan sepenuh hati.... walau mungkin ia sesuatu yang berat dan menyakitkan, Ingatlah bahawa itulah yang terbaik untuk kita....

--------------------------------------------------------------
sebenarnya kisah yang ingin disampaikan kali ini adalah kisah Saidatina Khadijah. Sejak semalam lagi lagu Zamilooni asyik kedengaran selepas perkongsian pada hari Ahad lepas. Memang istimewa lagu nyanyian Zain Bhika dan Native Deen. Nak tahu apa yang istimewanya? hmm... sebab lagu ini tentang seorang yang paling istimewa. Siapa agak-agaknya?????

Khadijah Khuwailid
Umm Mukminin... wanita paling istimewa di hati Nabi s.a.w. dan istimewa kedudukan-Nya di sisi Allah. Subhanallah! Jika kita mengikuti sirah wanita agung ini sudah pasti kita merasa kerdil jika dibandingkan dengan pengorbanan Khadijah. Hebatnya pengorbanan Khadijah.... wanita pertama yang menyahut seruan ketundukkan kepada Yang Maha Satu.

Khadijah wanita hebat yang sangat Rasulullah s.a.w kasihi sehingga disebut-sebut namanya walaupun Khadijah tiada lagi. Manakan tidak wanita mulia ini lah tulang belakang kekuatan Nabi s.a.w sewaktu penyebaran Islam di makkah dulu.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa.

lebih lagi dari itu Allah memuliakan Khadijah menerusi Jibril

Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata :”Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan.” [HR. Bukhari dalam "Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata :"Keshahihannya telah disepakati."]


Maka sekiranya kita mengimpikan mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah dan Rasulullah s.a.w, maka kita kenalah bersedia berkorban seperti mana Khadijah... walaupun kita takkan mampu mencapai tahap pengorbanannya, Namun Allah memandang setiap usaha yang kita lakukan. Segala yang kita lakukan untuk Allah tidak pernah akan disia-siakan.

wallahu 'alam.


Sekadar berkongsi dan memperingatkan diri.




3 comments:

umm abiha said...

alhamdulillah.. bru jer terlintas nk wat pasal 'tadhiyah' dan khadijah.. bukak2 blog, dah ade yg sudi hupdate.. jazakillah ye.. =)

PENGORBANAN.
bunyi cam senang jer.. tp, bila berada di situasi tu, bila berada dalam proses pratikal tadhiyah, bru diri ini sedar.. pengorbanan tak semudah yg kita fikirkan..
rasa berat sangat..
rasa payah sangat...
rasa sakit sangat..
rasa perit sebab kena berperang dengan perasaan sendiri..
itu lah mujahadah kan?? =)
namanya pun berkorban..
so, dengan rela hati kna biarkan diri terkorban..
moga setiap perngorbanan kita (harta, masa, tenaga +++ ) semua nya menjadi saksi kita di hadapanNYA kelak..
moga segala keperitan utk agama ini diterima oleh Yang Maha Esa.. nak jadi sehebat Khadijah jugak!

umm saffiya said...

InsyaAllah... nak jd mcm Khadijah jugak!!!... perjalanan yg masih jauh... dakiannya makin curam dan tajam, pengorbanan yg lebih besar menanti di hadapan. Berusaha sahabat2 sekalian :)

umm abiha said...

btol.. makin lama makin curam..
moga terus diberi kekuatan.. insyaAllah