Friday, November 13, 2009

Hanya sisa-sisa dunia


Mereka berasa sedih..... takkan lah kepayahan mereka bertarung di jalan Allah tidak diganjar apa-apa oleh Rasulullah. Sebaliknya Baginda memberi bahagian yang banyak kepada pemuka-pemuka Quraisy. Tiada sedikit pun untuk mereka....

"Rasulullah s.a.w telah bertemu kembali dengan kaum Baginda"
Berkata sebahagian daripada mereka, kerana Rasulullah seakan-akan telah melupakan mereka setelah fahtul Makkah dan setelah Quraisy memeluk Islam.


"Wahai kaum Ansor! Aku telah mendengar kata-katamu. Ia mengandungi celaan kepadaku. Bukankah kamu sebelumnya sesat, lalu Allah memberi petunjuk kepada kamu? Miskin, lalu Allah menjadikan kamu kaya? Saling bermusuhan lalu Allah mempertautkan hati-hati kamu?"

"Benar!" Mereka membalas... "Allah dan Rasul-Nya lebih berjasa dan berbakti"

"Wahai kaum Ansor! Kenapa kamu tidak menjawab kata-kataku?" Rasulullah tahu bukan jawapan itu yang terpendam dalam hati-hati mereka

"Wahai Rasulullah apa lagi yang patut kami katakan?.. Allah dan Rasul-Nya mempunyai jasa dan bakti."

Lantas Baginda bersabda... "Demi Allah, kalau kamu mahu, kamu boleh menjawab: Kamu (wahai Rasulullah) datang kepada kami dalam keadaan kamu didustai (kaummu) lalu kami yang mempercayai kamu. Terbiar tanpa pertolongan, lalu kami yang menolongmu. Diusir, lalu kami membelamu. Serba kekurangan lalu kami kongsikan harta denganmu"

"Wahai kaum Ansor! Adakah diri kamu tidak puas hati terhadap sisa-sisa dunia yang aku gunakan untuk menarik minat kaum tersebut agar memeluk Islam. Sedangkan aku serahkan kamu kepada keislaman kamu. Wahai kaum Ansor, tidakkah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dna unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah?"

"Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggaman-Nya, jika bukan kerana Hijrah, nescaya aku seorang Ansor. Sekiranya orang ramai melalui satu lorong bukit, sedangkan Ansor melalui lorong yang lain nescaya aku melalui lorong yang dilalui Ansor. Ya Allah rahmatilah Ansor, anak-anak dan cucu-cucu Ansor."

Mereka menangis sehingga janggut-janggut mereka basah......
" Kami redha dengan pembahagian dan habuan yang dilakukan oleh Rasulullah"


Baginda tidak pernah melupakan kebaikan mereka membela deen ini. Mereka telah mengorbankan darah dan harta di jalan ini. Baginda menyebut segala jasa-jasa mereka kepada dakwah Islam, bantuan mereka kepada Baginda sedangkan kaum baginda sendiri mendustai dan mengusir malah mahu membunuh Baginda. Namun baginda memperingatkan mereka terlebih dahulu akan jasa Allah dan Rasul-Nya yang takkan ada tolok bandingnya. Semua ini Rasulullah sebut agar mereka menerima kehilangan semua keuntungan dunia yang jauh tiada nilainya dengan petunjuk dan kelebihan yang mereka perolehi. Allah telah memilih mereka membantu deen ini....... dan apa lagi kelebihan yang lebih besar daripada itu?


Dan Rasulullah memilih untuk menyekat mereka daripada menerima rampasan perang adalah kerana kekuatan agama, kehebatan iman dan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.


"Iaitu dikalangan mereka yang beriman dengannya, ikhlas dan jujur serta tidak mengharapkan balasan mahupun terima kasih. Kerana jalan ini jalan yang tiada ganjaran, dan tidak memerlukan ganjaran melainkan daripada Allah semata"




"Dunia lebih hina daripada bangkai keldai yang busuk"

Moga Allah kurniakan keikhlasan dalam hati.....

wallahu a'lam

sumber: sirah Nabawiyah Mustafa Sibaie







1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.