بِسْمِ اللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه
biasa sahaja kita menyebut doa ini...biasa sahaja kita mengulang-ulangnya....namun mungkin jarang yang mengimaninya..bahkan susah sekali hatta bagi yang menyedari maksud tawakkal yang sebenarnya pun masih merasakan beratnya praktikal tawakkal itu sendiri.
total penyerahan kepada Allah....mungkin semua mampu berkata:
"insyaAllah kita usaha sahaja kemudian tawakkallah kepada-Nya. Dia yang menentukannya"
namun apabila hasilnya tak seperti yang diharapkan..bisa sahaja hilang "tawakal" itu dalam diri kita. mula hati membengkak dengan pelbagai prasangka....boleh jadi juga kita berprasangka terhadap Allah dan ketentuan-Nya sedangkan Dia yang lebih mengetahui...nauzubillah.
pernah merasa indahnya tawakkal kepada-Nya? Subhanallah hanya hamba-Nya yang terpilih yang diberikan hadiah tawakkal sahaja yang mampu untuk menjawabnya.
tidakkah terfikir betapa Allah mendidik kita menjadi manusia yang sentiasa "cool" dengan adanya tawakal kepada-Nya. masakan tidak bila sahaja tawakkal itu bertapak dalam hati-hati kita, apa sahaja kemungkinan, apa sahaja kesukaran dan kegelisahan tidak menjadikan kita cepat berputus asa....
lihat sahaja sahabat-sahabat r.a. bagaimana siksaan, kesengsaraan ketika zaman Makkah dulu dapat mereka atasi walaupun kalau difikir-fikirkan manusia mana yang sanggup menghadapinya.
kulit disiat-siat
dibakar atas bara
dipukul... diletakkan di bawah terik matahari
dihimpap dengan batu yang menyesakkan dada
di sula..sehingga syahid
dikurung... dibuang
diludah..... dibelasah.... diboikot..... semua mereka merasa..
namun semua itu tidak menjadikan mereka lemah malah lebih kuat menggigit Islam ini sekuat-kuatnya
kerana apa? kerana mereka sudah meletakkan total tawakal hanya kepada Allah
sehingga semua penyiksaan itu tiada apa-apa malah merupakan satu "hadiah"
kepada keimanan.
kerana mereka tahu bahawa mereka sekali-kali tidak akan disia-siakan.
hadapi dengan tenang...dan sentiasa berhusnuzhon dengan Allah..bukankah Dia yang lebih mengetahui...yang tidak menzalimi...yang sentiasa berlaku adil terhadap hamba-hamba-Nya dan Dia menjanjikan kesenangan dalam setiap kesusahan tidak cukupkah janji-janji-Nya untuk kita bertawakal kepada-Nya??
Allah, moga Kau jadikan kami hamba yang sentiasa bertawakal kepada-Mu
"dan barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya) [ath-thalaq:3]
wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment