
aku melihat wajah-wajahmu
....sungguh tiap kali itu aku berterima kasih pada-Mu, Allah
dan aku sedar ini adalah anugerah dari-Mu yang paling bernilai buat diriku..
di saat aku mengharungi ketandusan jiwa.....bertarung dengan kelemahan
maka Allah hadirkan aku kekuatan..
kekuatan..... bahawa adanya diri-dirimu buatku
lantas aku diperingatkan akan amanah yang maha berat ini...
aku ini tidak sempurna..kadang-kadang masih dihimpit perasaan kebudakkanku
namun bila mana wajah-wajahmu ku lihat , aku sedar janji-janji pada-Nya
janji yang selama ini aku tanam sedalam-dalamnya
yang aku semat dengan air mata
bahawa aku akan genggam dan ku dakap sekuat-kuatnya hingga hujung nafasku
wahai adik-adikku...kau adalah anugerah
walau kau mungkin tak merasa
wahai adikku...
perjalanan ini masih panjang...buat dirimu,,buat diriku
namun gagahilah langkahmu....sungguh-sungguhkan jiwamu...peluk dan dakaplah
sedarlah bahawa Dia telah memilihmu atas cinta-Nya..
Allah sungguh cahaya-Mu itu sudah cukup buat ku lupa segala kepayahan
kerna sesukar mana pun perjalanan
itu semua takkan mampu menandingi keindahan kasih-sayang-Mu
dan anugerah ini...anugerah atas suatu kefahaman
@)______(@
1 comment:
if and only if they know how much we love them....
Post a Comment