Sunday, June 6, 2010

gagal tujuan gagal penciptaan

buku ini tiap kali mengejarkan erti Islamku sebab itu ia diberi nama dasar-dasar Islam. Menyentuh prinsip-prinsip asas yang mungkin selama ini tersasar dari maksudnya yang sebenar.

namun tidak mampu rasanya ingin berkongsi kesemuanya

ibadat
alhamdulillah kita menjadi hamba-hamba-Nya yang terpilih untuk memahami deen ini. kerna bisa sahaja Allah memilih yang lain dari berjuta-juta yang ada. Namun atas kasih dan cinta-Nya, Dia memberikan" kebaikkan" yang tiada tukaran mahupun gantiannya.

kita sedar bahawa tujuan penciptaan makhluk yang bergelar manusia ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri pada Yang Esa. Hanya akan tunduk pada perintahnya dan tidak akan sekali-kali menghinakan dan menghambakan diri pada yang lain selain Dia. dalam erti kata yang lain tujuan penciptaan kita adalah semata-mata untuk beribadat kepada Allah.

"dan aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-ku" 51:56

namun adakah kita benar-benar merealisasikan misi penciptaan ini?

sesuatu yang tidak dapat mencapai tujuannya berarti gagal. Apabila seorang doktor tidak bisa menyembuhkan penyakit pesakitnya, ia dikatakan gagal dalam profesinya. Bila seorang petani tidak bisa menanam tanaman yang baik, ia dikatakan gagal sebagai petani. Sama halnya bila anda tidak berhasil mencapai tujuan hidup anda yang sebenarnya, yakni ibadat maka berarti seluruh hidup anda telah gagal

ada yang keliru tentang maksud ibadat.
abid bermaksud hamba, budak suruhan atau pelayan. dan jiwailah peranan kita sebagai hamba yang Esa itu sedalam-dalamnya kerana penghambaan itu sebenarnya adalah ibadah. jadi bagaimana seharusnya kita berkelakuan sebagai seorang hamba?
apa kewajipan seorang budak suruhan atau hamba?

1. memandang tuannya sebagai penguasa
dan merasa berkewajipan untuk setia hanya kepada tuannya yang merupakan penunjang hidupnya, pelindung dan penjaga

2. patuh pada tuannya
melaksanakan perintah-perintahnya dengan cermat
tiada kuasa untuk membantah mahupun memilih untuk menjadi hamba untuk waktu-waktu tertentu dan bebas dalam waktu2 yang lain. kerana "penghambaannya itu adalah seluruh hayatnya.

3. menghormati dan menghargai tuannya
hamba tersebut harus mengikut cara kerja yang telah ditetapkan oleh tuannya sebagai sikap hormat kepada tuannya. dan hadir memberi hormat pada waktu yg telah ditetapkan


Maka ciri-ciri inilah yang harus dipenuhi oleh hamba tersebut.

contoh kekeliruan


Jagalah makna 'ibadat tersebut di atas dalam fikiran anda dan jawablah pertanyaanpertanyaan saya yang berikut ini.
Apakah yang akan anda katakan mengenai seorang pelayan yang melaksanakan tugas tugas yang diberikan oleh tuannya, apabila ia hanya berdiri sahaja di sepanjang waktu di hadapan tuannya dengan tangan memeluk tubuh dan terus-menerus menyebut nama tuannya? Tuannya menyuruh agar ia pergi untuk mengambil suatu barang yang dirampas oleh si Anu dan si Anu, tetapi ia sama sekali tidak bergerak dari tempatnya, malah membongkok-bongkok di hadapan tuannya itu dan memberi hormat kepadanya sepuluh kali, kemudian berdiri lagi dengan tangan memeluk tubuh. Tuannya menyuruh membetulkan masalah-masalah dan membanteras kejahatan-kejahatan, tetapi ia sama sekali tidak bergerak sejengkal pun dari tempatnya, malah bersujud di hadapannya. Tuannya menyuruh: "Potonglah tangan pencuri-pencuri". Mendengar perintah ini, dengan masih tetap berdiri di tempatnya, pelayan itu mengulangi perintah tuannya beberapa kali dengan suara yang sangat merdu: "Potonglah tangan pencuri-pencuri, potonglah tangan pencuri-pencuri", tetapi tidak sekalipun ia berusaha untuk mendirikan suatu sistem pemerintahan di mana orang-orang yang mencuri dihukum dengan hukuman potongtangan. Dapatkah anda mengatakan bahawa pelayan yang seperti ini benar-benar menjalankan tugasnya sebagai pelayan? Apabila pelayan-pelayan anda bersikap seperti ini, saya tidak tahu apa yang anda katakan. Tetapi saya betul-betul merasa hairan bahawa, pelayan-pelayan Allah yang bersikap seperti ini, anda anggap sebagai hamba Allah yang soleh! Orang yang tidak mempunyai perasaan seperti ini, membaca perintahperintah Allah dalam al-Qur'an entah beberapa kali sejak pagi hingga petang, tetapi tidak pernah beranjak untuk melaksanakan perintah-perintah tersebut. Sebaliknya ia terusmenerus melakukan 'ibadat sunat demi 'ibadat sunat, menyebut-nyebut nama Allah dengan menghitung-hitung tasbih dan membaca al-Qur'an dengan suara yang merdu. Apabila anda melihat orang seperti ini, anda berkata: "Alangkah solehnya orang itu!" Kebodohan seperti ini timbul kerana anda tidak tahu erti yang sebenarnya dari 'ibadat.


Ada lagi seorang pelayan yang lain, yang siang malamnya sibuk melaksanakan tugas tugas
yang diperintahkan oleh orang-orang lain kepadanya. Ia mentaati perintah-perintah mereka, dan melaksanakan hukum yang mereka buat, sementara itu ia terus-menerus mengabaikan perintah-perintah dari tuan yang sebenarnya, dan hanya hadir di hadapannya pada waktu penghormatan sahaja dan hanya suka menggoyang-goyangkan lidah menyebut-nyebut nama tuannya sahaja. Apabila pelayan anda berbuat seperti ini, apa yang akan anda lakukan terhadapnya? Tidakkah anda akan melemparkan kembali penghormatan yang diberikannya kepada anda ke mukanya sendiri? Apabila ia menyebut anda sebagai tuan dan paduka, tidakkah anda mengejek dan mencaci makinya dengan kata-kata: "Kamu bohong dan penipu; kamu makan gaji dari saya tetapi perintah orang lain yang kamu kerjakan. Di mulut, kamu mengakui saya sebagai tuanmu, tetapi kenyataannya kamu mengerjakan perintah orang lain dan tidak pemah mengerjakan perintah saya". Ini adalah suatu hal yang jelas dan terang, yang anda semua biasa memahaminya. Akan tetapi alangkah menghairankan bahawa anda menganggap sebagai
'ibadat perbuatan-perbuatan seperti solat, puasa, zikir, membaca al-Qur'an, haji dan zakat yang dilakukan oleh orang-orang yang siang malamnya melanggar aturan dan hukum Allah, yang mengerjakan perintah-perintah oran-orang kafir dan musyrik, dan tidak pernah mempedulikan perintah-perintah Allah dalam urusan-urusan hidup mereka. Kebodohan ini juga terjadi kerana anda tidak mengerti erti yang sebenarnya dari 'ibadat.


al maududi: dasar-dasar Islam
terlalu banyak yang ingin dikongsi kerana buku itu terlalu "best". Di"best"kan dengan pelbagai analogi yang sangat comel dan sangat "mengena"..ada lagi..tapi mungkin lebih "feel" kalau baca sendiri.

wallahu 'alam


No comments: