sudah dikatakan hidayah itu kadang-kadang perlu dicari...kita lah yang perlu mengejarnya kalau sudah ia lalu di depan mata kepala kita sendiri..masih mahu berlagak sombong...
usah begitu.....
jangan sekali-kali begitu kerana desakan egomu.. "ah, dia hanya mendatangi si pulan dan si pulan bukannya aku. ye la aku ini tak sebaik dia dan dia dan dia"..."malas la.."
mahu merajuk bunyinya.......ah tidak mengapa tiada siapa yang rugi melainkan diri sendiri.
kadang-kadang orang kata hidayah itu tahu erti merajuk...bukan kau seorang sahaja. kalau kau merajuk hidayah tak rugi apa....dia langsung tak perlukan engkau mendakapnya...banyak lagi yang berlari mendapatkannya.. namun kalau hidayah merajuk..nauzubillah jauh la engkau dunia dan akhirat dari petunjuk-Nya..
kadang-kadang engkau yang mencipta tembok-tembok menghalang.... rimas katamu bila hidayah selalu menjenguk mu.... "ah, aku tak mahu diganggu"
pernah kau dengar kisah salman......pencari kebenaran....dia tak menunggu rembulan itu jatuh ke riba malah dia sendiri yang mengaitnya... dan Allah tak menyiakan perjalanannya kerna Allah meberi kepada siapa yang berusaha memilikinya...
beruntunglah salman...kalau cahaya kebenaran itu berada di bintang sekali pun dia pasti akan pergi mendapatkannya...
kerna iman itu adalah usaha bukan warisan zaman berzaman
dari kisah salman al-farisi...mungkin perlu kau selongkari
No comments:
Post a Comment