ini adalah pertemuan terakhir kami sebelum semua berangkat ke daerah masing-masing. moga 3 minggu ini bisa jadi 3 minggu waktu memujuk diri, menguatkan tzatiyah diri, membetulkan niat-niat hati dan memurnikan setiap langkah yang bakal kita ambil selepas ini.

saya kira pengisian ini sangat comel...dan sangat best.... sebelum ni pernah je dengar tapi tak "feel" seperti hari ini. Alhamdulillah... tak tahu kan bila Allah nak beri kefahaman? So janganlah rasa rugi kalau kena dengar benda yang sama berulang kali... saya yakin kandungan dan kefahamannya pasti berbeza..
Hathib bin Bataah... familiar tak dengan nama nie?? anda kena familiar dengannya selepas ini kerna beliau merupakan salah seorang sahabat yang istimewa pada pandangan Allah. kenapa agaknya?
sebab Hatib adalah salah seorang sahabat badar..
apa yang hebat sangat dengan sahabat badar nie???? Allah sentiasa memaafkan kesalahan mereka dan seakan-akan syurga telah terjamin buat mereka. mereka adalah sahabat-sahabat yang berjuang dan berperang dalam peperangan yang pertama dalam Islam. dan disebabkan pengorbanan dan kerelaan mereka mempertahankan Islam pada peringkat awal, sehingga selepas perang itu..kedudukan Islam menjadi semakin kukuh.
pada peristiwa ini Allah ingin mentarbiyyah Hathib bin Bataah dan para sahabat tentang keterikatan kepada keluarga atau kaum kerabat.
ini antara jahiliyah yang ingin Allah bersihkan dalam diri para sahabat sebab untuk Orang Arab Quraisy (kan mereka nie sgt kuat dgn asabiyyah kpd keluarga dan kaum kerabat) ujian keluarga adalah perkara yang susah sebenarnya. So Allah nak uji..siapa fisrt rank dalam hati kite? mak? ayah? family? adik-beradik? mak cik pakcik? anak-anak sedara yang comel n cute? or Allah dan Rasulullah?
hmmm.... teringat sahabat-sahabat yang menghadapi ujian keluarga.. diharapkan kisah hathib menjadi penguat antunna. Selamat menerima tarbiyyah dr Allah
tindakan Hathib bukan kerna ingin membelot kepada Islam apatah lagi kepada Allah dan rasul-Nya. Tindakannya itu hanya didorong perasaan ingin menyelamatkan ahli keluarganya di Makkah. berbanding sahabat-sahabat yang lain, ahli keluarga mereka ada yang ikut berhijrah ke madinah, ada yang tidak berhijrah tapi mereka ada pelindung di Makkah sedangkan ahli keluarga Hatib mereka tiada sesiapa dan mereka bukan berasal dari Makkah dan hanya menetap di sana.
kerna kerisauannya...hathib merasakan dia perlu melakukan sesuatu. Bukannya Hathib tidak yakin dengan perlindungan dan jagaan dari Allah. tidak! tidak sekali-kali...bahkan tindakannya itu dianggap satu usaha bagi Allah memberi pertolongan kepada kaum kerabatnya di Makkah. Dia mahu dengan utusan suratnya itu ke pembesar Quraisy mereka akan membalas pertolongannya dengan memberi perlindungan kepada ahli kelaurganya.
lantas turun wahyu dari Allah memberitakan tindakan Hatib. Rasulullah menghantar ali r.a. dan zubair untuk mengejar perempuan yg menjadi pengutus surat tersebut agar tidak smp ke pembesar Quraisy.
Baginda s.a.w bertanya " Wahai Hathib, apakah ini?"
Hathib menjawab "Wahai Rasulullah janganlah tuan cepat-cepat menghukumku. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang bersekutu dengan Quraisy padahal aku bukanlah daripada keturunan mereka. Kaum muhajirin yang ada bersama tuan pula mempunyai kaum kerabat yang dapat memelihara kaum keluarga dan harta benda mereka. Oleh kerana aku tidak mempunyai kelebihan keturunan seperti itu, maka aku ingin membuat kebaikan kepada mereka, semoga dengan kebaikan itu mereka akan memelihara kaum kerabatku. Aku tidak berbuat demikian kerana keluar dari agamaku ini atau kerana meredhai kekufuran selepas memeluk Islam"
lalu Rasulullah s.a.w bersaba "ketahuilah semua sesungguhnya dia telah bercakap benar kepada kamu"
Umar yang marah dengan tindakan Hathib berkata " Wahai Rasulullah, Biarkan sahaja aku penggal kepala si munafiq ini"
Rasulullah s.a.w. membalas "Sesungguhnya dia telah menyertai Perang Badar. Mana tahu, semoga Allah telah memandang kepada sesiapa yang menyertai Perang Badar lalu berfirman "Lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu. Aku telah ampunkan dosa kamu"
saya sangat tertarik dengan kata-kata seorang ukhti tatkala kami membincangkan ttg kisah ini..
"Setiap orang ada masalah tersendiri...ada ujian yang dia kena hadapi. Namun kadang-kadang sahabat kita tidak berkongsikan masalahnya seperti mana Hathib. Dalam hal ini Hathib merasakan die sorang je menghadapi perkara ni...sahabt2 takde mslh spt mana yg die hadapi."
Lantas die mengambil tindakan sendiri yang die fikir mampu untuk menyelesaikan mslhnye. Jadi bila ada sahabat-sahabat kita melakukan kesilapan pernah tak kita mengambil tahu ttg masalahnya sebelum tu? don't jump into conclusion. Sahabat kita hanya manusia biasa... dan setiap dari kita punya kelemahan yang tersendiri...dan pastinya Allah akan uji pd titik lemah itu. Hathib yang hebat itu pun membuat kesilapan inikan pula kita...dan sahabat2 kita...
janganlah kita cepat melatah dan berprasangka kerna perbuatannya. Malah kita sepatutnya menyelami dan memahami terdahulu keadaan yang sedang sahabat kita hadapi seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah.
saya teringat satu peristiwa dalam kisah Sultan Muhammad Al- Fateh. Apabila Muhammad al-fateh melihat pembuat meriamnya menogok arak, lantas beliau sangat marah. Namun dalam keadaan itu beliau masih bertanyakan sebab perbuatan pembuat meriam tersebut. Malah beliau sendiri mengarahkan beberapa orang tentera untuk mengiringi pembuat meriam tersebut pulang ke kampung kerna sangat merindui keluarganya.
dalam peristiwa ini, dengan hanya mendengar penjelasan lisan dari Hathib, Rasulullah membenarkan kata-katanya.
mesti ada yang berkata...macam mana kita nak tahu sama ada Hathib cakap betul ke atau dia menipu?...
dalam hal ini bukan kita yang menjadi hakim kepada hati manusia. Hanya ALLAH yang berhak menilai setiap hati-hati hamba-Nya. kita hanya mampu menilai di luarnya sahaja.
kerana Allah sama sekali tidak memberi kita "authority" untuk menilai apa yang ada dalam hati manusia... dengan sebab itu, adalah sangat tak boleh untuk kita berprasangka terhadap sesiapa pun.
kata kak S, bila kita start berprasangka terhadap seseorang bermaksud kita sudah mula menghakimi hati manusia... eh..eh.. kita pulak yang pandai-pandai nak nilai niat manusia! no way!
wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment