Thursday, November 24, 2011

antara cikgu dan ikhlas

kecoh suasana bilik guru dengan gelak ketawa dan kata-kata berbaur kutukan tatkala menanda kertas peperiksaan akhir tahun pelajar-pelajar. mungkin sesetengahnya tidak mampu lagi menahan kesabaran bila apa yang diajar selama ini langsung tidak mengambar pemahaman seakan apa yang dikatakan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"nak tergelak baca jawapan budak2 nie...merapu..bengong!" kata salah seorang guru. aku hanya tersenyum membaca teks dari peti masuk pesanan ringkas (sms).

"ni ada budak ni kelas 4..(rahsia).. dia jawab nak test gas carbon dioxide guna lime water dalam kurungan air limau.." tersembur gelak ketawa kami...selama mengajar tak pernah pulak kami translate limewater sebagai air limau.

"patut kite letak belakang jawapan die "beng"...air limau beng!" lagilah bertambah kuat kami tergelak mendengar kata-kata seorang guru ni.

anak-anak....inilah anak-anak didik kami...

jangan silap faham dengan dialog di atas...atau bersangka buruk. satu perkara yang aku sangat pasti... semua cikgu syg dengan ank2 murid mereka...mcm ibu bapa syg anak-anak mereka..cuma cara mereka kdg2 kena..kdg2 tak kena....walau apa pun cara mereka niat mereka hanya satu...mahu anak-anak didik mereka berjaya... itu setakat pemerhatianku.

namun kadang-kadang aku pun seperti hilang sabar...yang paling teruk seakan hilang keikhlasan dalam mendidik anak-anak nie... sedangkan orang yg mengaku dididik dengan tarbiyyah sepatutnya lebih besar kesabarannya.
namun seperti itu semua tidak dipraktikkan secara menyeluruh, hanya pada tempat-tempat tertentu sahaja.

Bila difikir-fikir kembali amanah seorang guru ini terlalu berat kerna kita bukan sahaja mengajar tapi peranan yang lebih besar lagi adalah mendidik anak-anak ini...mendidik mereka dengan Islam..sehingga mereka mampu menjadi individu-individu muslim yang sebenarnya.

Bila ada sahaja pelajar-pelajar yang bermasalah, umpatan dan rungutan menabur dilemparkan namun ada juga sesetengahnya berusaha memahami diri remaja ini dan mahu membetulkan keadaan.

nah....di sini aku banyak belajar, memang benar seperti hadith nabi s.a.w., anak-anak ibarat kain putih. mereka memang "innocent".. jiwa mereka terlalu bersih....namun suasana dan persekiaran hidup yang telah mengotorkan mereka sehingga mereka seperti hilang timbangan. mereka terkapai-kapai mencari makna kehidupan..menunggu-nunggu kalau-kalau ada tangan yang mahu membimbing.

namun tak ramai yang mahu mengorbankan masa untuk melihat mereka...menyelami..dan memandu kedewasaan mereka. mereka dibiarkan mencari sendiri dalam kegelapan.

lebih mengecewakan...realitinya ibu-bapa menghantar anak ke sekolah asrama kerana "mahu lepas tangan" dalam mendidik anak-anak.

"cikgu, kalau anak saya ni kena buang saya sendiri tak sanggup nak jaga dia ...cikgu" aku merintih dalam hati tatkala pengetua meluahkan kata-kata seorang ibu di depan guru-guru. bagaiman tegarnya seorang ibu mengelat dari tanggung jawabnya sendiri.

dan akhirnya pengetua mengambil keputusan untuk membiarkan anak ini terus bersekolah kerana risaukan masa depannya walau hakikatnya kesalahannya tidak lagi melayakkannya untuk bersekolah lagi. walau anak ini seperti telah memusnahkan kehidupannya sendiri tapi satu perkara yang membanggakan adalah pelajar ini sangat rajin dan concern dengan pelajarannya. Dia seorang pelajar yang pandai...lembut kata-kata..

namun disebabkan membesar dalam keadaan keluarga yang bermasalah akhirnya remaja ini memilih jalan yang salah....

ini baru seorang pelajar..... sedang hakikatnya kita berdepan hampir 1000 pelajar yang pelbagai karakter, latar belakang dan keperluan.

aku terduduk.....

kalau boleh semuanya kita mahu "celupkan" dengan Islam..... "Ya Allah kalaulah mereka ni dapat kenal Islam...kenal tarbiyyah..."

besarnya tanggungjawab...ramai lagi yang dahagakan Islam....ramai lagi tak kenal-Mu ...ramai lagi yang buntu....ramai lagi yang memburu....mencari makna kehidupan sendiri...

dan disebabkan hal ini kadang-kadang kita jadi lemah...lemah memikirkan betapa tak terdayanya kita..... "dari mana harus aku mulakan?"..."macam mana nak betulkan keadaan yang sungguh tak betul ni!!!"

kadang-kadang ia mampu buat kita berhenti dari berfikir....


memang benar sangat sukar untuk mengikhlaskan diri.....rungutan demi rungutan kadang-kadang aku hamburkan. lagi-agi bila dibebankan dengan kerja-kerja "pengkeranian"...lagilah aku "berbulu"... kadang-kadang memang tekad untuk berhenti kerja!

namun bila mengenangkan betapa Allah telah menganugerahkan aku amanah yang sangat besar dan mulia ini.... aku menginsafi diri. Allah dah bagi peluang.... peluang untuk membentuk anak-anak sebelum mereka dewasa...seperti tanggung jawab seorang ibu/bapa. bukankah itu yang aku inginkan???


antara cikgu dan ikhlas..... aku mahu kedua-duanya.



No comments: