Monday, January 11, 2010

andai akulah sahabat di syurga


Bila mana nama Thalhah Ubaidillah di sebut pastinya nama Zubair Al-Awwam turut tidak ketinggalan. Mereka ini dipersaudarakan oleh Rasulullah semasa hijrah ke Madinah. Malah yang paling istimewanya persahabatan yang dibina atas dasar akidah ini tidak hanya terhenti di dunia kerana Nabi sendiri pernah berkata "Thalhah dan Zubair r.a. adalah jiran tetanggaku di dalam syurga. Subhanallah... beruntungnya sahabat-sahabat Nabi ini. (Thalhah dan Zubair adalah antara 10 sahabat yang dijanji syurga oleh Nabi s.a.w)

Mereka ini terlalu banyak persamaannya bahkan kedua-duanya ada bertemu asal-usul keturunannya dengan Rasulullah.

benarlah bait-bait lagu nyanyian UNIC

"indahnya jika kita dapat bersama hidup di dalam gembira di dunia ini...
lagi indahnya jika kita dapat bersama hidup di dalam gembira di akhirat sana.......

Memang syurga idaman setiap insan...... tentu seronok jika teman-teman yang sama-sama berjuang di jalan ini dapat kita temui di syurga nanti

teringat kata-kata Abdurrahman Auf ketika ruhnya mula bersiap-siap meninggalkan jasadnya
Air matanya menitis sedang lidahnya bergerak-gerak mengucapkan kata
"Sesungguhnya aku khuatir dipisahkan dari sahabat-sahabatku kerana kekayaanku yang melimpah ruah ini"


Moga bertemu di syurga yang sama.......

Tuesday, January 5, 2010

berKIBARan yuk!

kehangatan makin terasa



debaran kini bermula



let's join the COOLest gathering ever!!!!




it's time to show how much you C A R E

KIBAR as!(wujud ke perkataan ini?hoho)

Thursday, December 31, 2009

inikah namanya R.I.N.D.U ?



perasaan itu datang lagi.....
perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata2....
persis perasaan yang pernah ku alami
ketika meninggalkan bumi oz....welly.... bru....chc....
wajah mereka seperti berada di mana-mana
dan kenangan indah yg diukir selama bersama

dan ku harap perasaan ini adalah anugerah dari Allah buat kita....
hati-hati yang bertemu dan berpisah keranaNya

moga berjumpa di syurga kelak ^__^

uhibbukunna fillah

"jauh rasa kuat...dekat makin kuat"

catatan 30dec09


Sunday, December 6, 2009

Hanya janji Rasul-Nya.....



menilai erti sebuah hijrah.....
Kisah hijrah, dah banyak kali dengar, dah banyak kali baca..... dari kecil sampai besar..

siap ada lagu...
"satu muharam detik permulaan, perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Makkah ke kota Madinah.
Atas keyakinan dan iman yang teguh, kaum muhajirin dan Ansar bersatu,
rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta.....

bukan mudah.... memang ini adalah ujian Allah yang berat terhadap kaum muhajirin iaitu meninggalkan tanah air mereka dimana di situlah kehidupan mereka sejak sekian lama. Ada yang terpaksa meninggalkan harta benda, rumah, keluarga, sanak saudara malah ada yang terpaksa meninggalkan isteri dan anak tercinta. Sehelai sepinggang bak kata orang melayu :). Semuanya kerana kepatuhan pada perintah Allah dan Rasul-Nya. Menuju ke Madinah yang jauh berbatu... yang tidak pernah mereka tahu keadaannya.

Namun kerana keimanan atas didikan Rasulullah.. nah inilah hasilnya manusia hebat yang menjadi batu-batu asas dalam perkembangan Islam. Manusia yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi deenullah.

Bagaimana dengan kita? sejauh mana pengorbanan saya dan kalian dikala ini?




Malu rasanya bila ditanya...
"awak pernah berkorban?".......
"hmmm... entah. tak tahu la itu boleh dikatakan pengorbanan atau tidak"..... Dalam hati aku cuba menilai kembali apa makna pengorbanan yang sebenarnya....

Mungkin kisah mereka perlu ditinjau dengan hati....

Kebiadaban Abu Jahal menceroboh rumahnya akhirnya sampai kepengetahuannya.... Abdullah sungguh marah. Rumah mewahnya yang ditinggalkan di Makkah kini milik Abu Jahal. Lantas hal ini diadukan kepada Rasulullah

"Abdullah, tidakkah kamu redha Allah akan menganugerahkan kamu rumah di syurga?"

"Bahkan saya lebih redha wahai Rasulullah,"

"Oleh itu anugerah tersebut adalah milikmu."

Hati Abdullah menjadi tenang dan gembira dengan janji Rasulullah s.a.w



Siapa yang tidak kenal dengan Shuhaib ar-Rumi, kehandalannya melepaskan anak panah tepat mengenai musuh yang pasti membunuh mereka satu persatu.

"Demi Allah kamu tidak akan sampai kepadaku sehinggalah kesemua anak panah ini habis. Setiap batang anak panah ini pasti membunuh seorang daripada kamu"

sambungnya lagi.."Setelah itu aku akan memerangi kamu dengan pedang yang ada di tanganku ini."

"Demi Allah, kami tidak akan membenarkan kamu menewaskan kami dengan membawa diri dan harta kamu... Kamu telah datang ke Makkah dalam keadaan lemah dan fakir. Kemudian setelah kamu memperolehi kekayaan dan semua yang kamu kecapi ini"...balas si Quraisy

"Jika aku meninggalkan hartaku kepada kamu, adakah kamu akan melepaskanku?"
"Ya," Jawab kumpulan Quraisy yang memburunya

Mendengarkan persetujuan mereka, Shuhaib terus menceritakan tempat letaknya harta di dalam rumahnya


Sabda Rasulullah.. " untunglah jualanmu wahai Abu Yahya.. untunglah jualanmu" Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali apabila mendapat tahu pengorbanan Shuhaib menerusi Jibril.



Beliau merupakan orang pertama yang berhijrah ke Yathrib, namun penghijrahannya turut diuji Allah..

"Diri kau sudahlah, tetapi apa halnya dengan anak kami ini? Tak mungkin kami boleh membiarkan kau membawanya hanyut ke negeri orang." keluarga mertuanya menghalang, dan mereka mengambil isterinya pergi.

Mendengarkan hal ini, keluarga Abu Salamah berang dengan tindakan mertuanya..

"Kami tidak boleh membiarkan kamu merampas si anak Salamah dengan semudah itu?. Maka jadilah perebutan ke atas anak Salamah di antara dua keluarga itu. Akhirnya Abu Salamah terpaksa berhijrah seorang diri meninggalkan anak dan juga isterinya."




HIJRAH

Dingin malam
Menusuk tulang insan
Nan kesejukan dan ketakutan
Resah yang dibalut kegelisahan
Mengiringi suatu perjalanan
Meninggalkan kota penuh kegelapan
Menuju ke kota cahaya Kebenaran

Bermulalah hijrah yang agung
Pengorbanan insan tak ternilai
Harga kepayahan kesusahan
Menempuh dugaan dan rintangan
Dalam kehidupan

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara
Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya
Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta

Inilah sebuah hijrah yang agung

Debaran, debaran, debaran
Hijrah ke Kota Cahaya...

Gua Thur menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Merpati menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Lelabah menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah


Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata, dan Allah pula amat belas kasihan terhadap hamba-hamba-Nya." [2:207]


Siapa yang lebih benar janjinya melainkan Allah? ...Yakinlah dengan janji-janji Allah dan Rasul-Nya. Namun banyak dari kita yang masih berkira-kira seakan-akan tidak mengimani janji-janji Yang Maha Esa.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar. [9:111]
sekadar mengingatkan diri yang sering lupa..... wallahu 'alam

Wednesday, December 2, 2009

mencari bekalan buat menampung diperjalanan......




di jalan ini..... andai tiada bekal mungkin akan rebah jatuh tak berdaya...
kerna jalan ini jalan yang sukar, jalan ini jalan yang panjang....

banyak yang perlu kau tahan, walau hingga langkah tidak lagi mampu menahan
banyak yang perlu kau korbankan, walau hingga dirimu turut terkorban...

maka carilah bekal buat menampung diperjalanan, agar dirimu sentiasa kuat walau ribut taufan yang menghalang.

Jalan ini... adalah merupakan satu jalan kehidupan yang menyeru manusia kepada Allah dan ke jalanNya. Oleh itu dia mestilah menyediakan segala bekalan yang mampu melindungi dirinya dari segala bentuk penyelewengan yang boleh memesongkannya dari jalanNya, supaya tidak berhenti, tidak tergelincir dan tidak tersekat. Kesan-kesan negatif ini kalau berterusan akan merugikan dan menghapuskan segala yang haq dan kejayaan yang agung tidak mungkin tercapai.

Bekalan yang sangat diperlukan dalam perjalanan ini adalah iman yang mantap
serta taqwa kepada Allah. Di samping itu kita memerlukan sahabat-sahabat yang baik,
sahabat yang memberi tunjuk ajar dan menghidangkan segala pengalaman-pengalaman
dan percubaan-percubaan di mana dengan ini kita memperbaharui tenaga dan kekuatan
iltizam serta menjauhkan kita dari penyelewengan dan kesilapan.


Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang musafir akan berhenti dan tidak akan bergerak malah ia hanya merupakan sepotong besi di pertengahan jalan kalau ia kehabisan minyak atau tidak diberi minyak yang cukup. Demikianlah juga orang-orang yang mengikuti jalan ini. Apabila bekalan iman dan taqwanya kurang ataupun kehabisan tanpa ada sebarang usaha untuk menambahnya atau memperbaharuinya
maka sudah tentulah da’i itu menjadi bangkai yang kaku atau sekurang-kurangnya sakit, tidak bermaya malah tidak mampu untuk bergerak. Maka benarlah firman Allah:

“Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia,
(adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman),diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang
mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).” Al-An’am: 122


Mustafa Masyhur ....

Wednesday, November 18, 2009

sayanggg awak!


Bismillahirrahmaanirraheem

dah lama tak menaip diruangan el-biruni ni..maaf ye kawan2, inshaAllah.. cuti summer 3 bulan ni akan dimanfaatkn dengan yg sebaek-baeknya, dan akan dikongsikan di sini..inshaAllah

pejam mata buka mata, dah habes tahun ke-dua belajar di Auckland Univerisity ni... tahun depan dah masuk third year dahhh!!! sekejapnye la hai masa berlalu..huhu

dan saat ni, dah ramai pelajar Auckland uni mula balik ke tanah air masing2, dah ada yang sampai mesia, ada yg dalam perjalanan, ada lagi yang masih kemas2 barang utk pindah rumah.. dan ada juga yang stay *tabah ye yang tak balik tuuu*

dan kami juga juga tak lama lagi bakal pulang ke tanah air... tak sabarnyee!!!.. tak sabar nak jumpa ayah ngan mak, abang ngan kakak, adik... bla bla bla.. rinduuuuuu

kat sni, nak share hadis dari sahih muslim

Hadis Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah
1. pemimpin yang adil,
2. pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya,
3. seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah,
4. dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,
5. seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!,
6. seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya
7. dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya

[hadis sahih muslim] moga kita termasuk dalam golongan yg mendapat naugan allah..mudah2an .. biiznillah

~ukhuwwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah, inshaAllah
macam2 bley terjadi dalam tempoh 3 bulan ni... adakah sy akan berjumpa kalian lagi nanti, atau sudah terlebih dahulu pergi menemui Yang Maha Pencipta?? tiada siapa yang tahu, bilakah waktu nya.. bersiap-sedialah dengan panggilan itu.. panggilan itu tidak bernotis, datangnya tanpa di jangka..

jesteru.. di sini, saya memohon maaf dengan semua kawan2 dan kenalan andai ada salah dan silap, sengaja mahupun tidak.. maaf saya hulurkan.. halalkan segala ilmu yang dikongsi, halalkn segala makan minum yang disuap, halalkn segala-galanya.. no worries.. antunna takde silap ngn akak, akak pun halalkn segala2 nya..

utk teman2ku sekalian dan utk diri ini juga, moga terus thabat dan istiqamah.. moga tabah hati tak berbelah bagi..

sekian..sayang antunna semuaa (^.^) ..ilal liqa' , inshaAllah

Friday, November 13, 2009

Hanya sisa-sisa dunia


Mereka berasa sedih..... takkan lah kepayahan mereka bertarung di jalan Allah tidak diganjar apa-apa oleh Rasulullah. Sebaliknya Baginda memberi bahagian yang banyak kepada pemuka-pemuka Quraisy. Tiada sedikit pun untuk mereka....

"Rasulullah s.a.w telah bertemu kembali dengan kaum Baginda"
Berkata sebahagian daripada mereka, kerana Rasulullah seakan-akan telah melupakan mereka setelah fahtul Makkah dan setelah Quraisy memeluk Islam.


"Wahai kaum Ansor! Aku telah mendengar kata-katamu. Ia mengandungi celaan kepadaku. Bukankah kamu sebelumnya sesat, lalu Allah memberi petunjuk kepada kamu? Miskin, lalu Allah menjadikan kamu kaya? Saling bermusuhan lalu Allah mempertautkan hati-hati kamu?"

"Benar!" Mereka membalas... "Allah dan Rasul-Nya lebih berjasa dan berbakti"

"Wahai kaum Ansor! Kenapa kamu tidak menjawab kata-kataku?" Rasulullah tahu bukan jawapan itu yang terpendam dalam hati-hati mereka

"Wahai Rasulullah apa lagi yang patut kami katakan?.. Allah dan Rasul-Nya mempunyai jasa dan bakti."

Lantas Baginda bersabda... "Demi Allah, kalau kamu mahu, kamu boleh menjawab: Kamu (wahai Rasulullah) datang kepada kami dalam keadaan kamu didustai (kaummu) lalu kami yang mempercayai kamu. Terbiar tanpa pertolongan, lalu kami yang menolongmu. Diusir, lalu kami membelamu. Serba kekurangan lalu kami kongsikan harta denganmu"

"Wahai kaum Ansor! Adakah diri kamu tidak puas hati terhadap sisa-sisa dunia yang aku gunakan untuk menarik minat kaum tersebut agar memeluk Islam. Sedangkan aku serahkan kamu kepada keislaman kamu. Wahai kaum Ansor, tidakkah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dna unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah?"

"Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggaman-Nya, jika bukan kerana Hijrah, nescaya aku seorang Ansor. Sekiranya orang ramai melalui satu lorong bukit, sedangkan Ansor melalui lorong yang lain nescaya aku melalui lorong yang dilalui Ansor. Ya Allah rahmatilah Ansor, anak-anak dan cucu-cucu Ansor."

Mereka menangis sehingga janggut-janggut mereka basah......
" Kami redha dengan pembahagian dan habuan yang dilakukan oleh Rasulullah"


Baginda tidak pernah melupakan kebaikan mereka membela deen ini. Mereka telah mengorbankan darah dan harta di jalan ini. Baginda menyebut segala jasa-jasa mereka kepada dakwah Islam, bantuan mereka kepada Baginda sedangkan kaum baginda sendiri mendustai dan mengusir malah mahu membunuh Baginda. Namun baginda memperingatkan mereka terlebih dahulu akan jasa Allah dan Rasul-Nya yang takkan ada tolok bandingnya. Semua ini Rasulullah sebut agar mereka menerima kehilangan semua keuntungan dunia yang jauh tiada nilainya dengan petunjuk dan kelebihan yang mereka perolehi. Allah telah memilih mereka membantu deen ini....... dan apa lagi kelebihan yang lebih besar daripada itu?


Dan Rasulullah memilih untuk menyekat mereka daripada menerima rampasan perang adalah kerana kekuatan agama, kehebatan iman dan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.


"Iaitu dikalangan mereka yang beriman dengannya, ikhlas dan jujur serta tidak mengharapkan balasan mahupun terima kasih. Kerana jalan ini jalan yang tiada ganjaran, dan tidak memerlukan ganjaran melainkan daripada Allah semata"




"Dunia lebih hina daripada bangkai keldai yang busuk"

Moga Allah kurniakan keikhlasan dalam hati.....

wallahu a'lam

sumber: sirah Nabawiyah Mustafa Sibaie







Monday, November 9, 2009

storage + transportation services

...Salam...

  1. Sempena summer holiday yg panjang ni, kami juga ada menyediakan "storage services" bg meringankan beban kawan-kawan yg masih tidak mempunyai rumah untuk tahun depan:)...maklumat lanjut adalah seperti dibawah:
  • Bayaran: $70 seorang ( tuk 3 bulan)
  • Venue: Forte Apartment.
Tiada limit kotak dikenakan dan keselamatan barang-barang anda akan dijamin serta transport untuk mengangkut barang2 ke tempat storage akan disediakan jika ada permintaan.
2. Transportation services juge akan disediakan dgn charge bayaran yg berpatutan (lagi murah dari airbus and shuttle). Rate bayaran akan ditentukan mengikut bilangan penumpang per trip.

Kepada yg berminat, bolehlah menghubungi mana-mana ahli el-biruni ataupun Suzila Hanafi dengan kadar segera.........."cepat2 sebelum terlambat and all the best to aucklanders yg masih berperang di medan peperiksaan :)




Sunday, November 8, 2009

yummy2!!!

السلام عليكم

tertekan?? Pressure??
makkkk
nak nasik sedapppp!!!
tak nak sardinnnnn
tak mo megiiii
tak larat dah asyek goreng telur...

mahu makanan sedap di musim peperiksaan??
tapi, tiada kecukupan masa nk bermasak-masakan??
wallahhhh
kami menyediakan solution to the equation above..
(^.^)


Tarikh: 10/11 Nov 09 (2-days!!)

Masa: 5.30 p.m. (9B Quest on Mount)
6.00 (Huia Ground Floor)

MENU 10 NOV.
Nasi Hujan Panas + ayam masak merah + acar timun


MENU 11 NOV.
Nasi Minyak + ayam kurma + acar timun


HARGA: NZD 4.00 (murah kan..??)
POLICY: CASH AND CARRY
hurry while stock last!!! hehe....
Applicable to All... forward kan kepada sahabat2 anda yang lain.
Jazakunallahu khair


ORDER can be made through HUDA Abd. AZIZ
email: sacred_nailofar@yahoo.com
phone: +642102235297

or, boleh hubungi mana2 wakil el-biruni =)

"isi jasadi jangan lupa isi rohanimu...."


-gambar diatas, hiasan semata2..-

Sunday, November 1, 2009

summer accomodation 2 (1406, 33 Mt Street)


assalamualaikum semua!!
dah jumpa rumah bulan depan?? or tahun depan?? leceh kan cari rumah ni (@_$)
ni, akak ada another promo untuk rumah tahun depan..
lokasi memang cun! klu kaksuzi cakap umah die 5 minit dengan uni, umah akak 4 minit, sebab kurang satu level.. hahaha
umah akak ada tV yg besar BESAR! kalah semua tV yang ada di forte mahupun di Quest on Mount, (*tapi kalah ngan tV mimi 1302 forte, kira akak no2 la) siap ada DVD player lagi haaaa... senang la nanti kalau nak tengok movie pape ke, sang murabbi ke...hehe *tapi akak tak tengok pun, byk negatif dr positif*

paling best umah ni, OWNER yang baekk punya!! kalau duit kering ke, penaja masukkan lambat ke.. bagi tau je.."uncle, bulan ni kami bayar lambat sket".. uncle tu ok jer.. kalau korang malas2 nak belajar, terasa nak gi tengok view auckland yang best, bleh jer txt uncle n cakap, "uncle, terasa g mount eden la"

one more thing yg best: kalau beli barang dari trade me.. or parents pos barang seberat 10kg or +++ .. jangan bimbang, tak yah jalan jauh2 g post office sbb nak tuntut barang, parcel akan dihantar ke receptionist kat bawah ni... best kan?? kawan2 kat Quest on Mount pun guna alamat umah kami , anda camana??? hehehe

BEST kan???

Details:
Address: 1406, 33 Mount Street, 1010 Auckland
Level 11
Kemudahan yg ada: peti ais yg BESAR, oven, microwave, washing machine (dryer ada kat bwh bgunan ni), hot water yg free, ada 2 study table, meja makan n kerusi, sofa, balcony, rak buku, tall boy, penyidai n +++ ..(*kalau terasa tak cukup kemudahan dalam rumah, bleh jer mintak ngan uncle tu.. hehehe)
rent: 400 perweek

rumah ni sesuai tok 3 mahupun 4 orang, depend.. akak duduk ber3, kalau nak duduk berempat, nnt bleh exchange single bed to double bed.. bleh dirunding.. no worries!

rumah ni mula kosong 21 November 09, so, kalau nak stay for summer school, or nak duduk terus for the whole year pun takde masalah..
"nanti banyak la kami nak bayar, kalau masuk awal sangat.. kami tak buat summer school..huhu"
>> owhh, takpe.. bleh dirunding, kami bayar until 27dec, n korang sambung... amacam?? papehal.. boleh nego..hehehe

berkenan??
bleh contact ksal n geng el-biruni, or kak ain dan jugak kak aisyah
minta jasa baek kawan2 utk sebar2 kan...
jazakillah khairan katheera =)

wassalam.