
bismillahirrahmaanirraheem..
alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah 'ala kulli hal
sekejap je kan masa berlalu? tinggal few days je nak ramadhan =)
allahumma ballighna Ramadhan.. ameen!
teringat dulu-dulu..(dan juga sekarang, inshaAllah)
ramadhan la bulan yang ditunggu.. ps: dulu-dulu, bukan tunggu ramadhan, tapi tunggu raya..aihh T__T
allah, syukur kerana diberi peluang merasai nikmat berpuasa dan menyambut ramadhan di negara omputih ni.. di sini la kami belajar menghargai Ramadhan.. di negeri yang time kami nak berjemaah nk gi solat terawih, mereka-mereka berjemaah nak pergi Friday night (party). time kami tengah berterawih, mereka baling2 tissue paper dari atas... kat kelas, muncul la soalan2 yang agak kelakar.."you gonna fastiing for a MONTH??!!!".."i'm gonna die if i do that.."
ahaha.. lawak sungguh.. kami masih hidup sampai hari ini, alhamdulillah!
kalau dulu-dulu.. berterawih di masjid ngan family.. tapi, di sini, kawan-kawan disekeliling ini lah family kami.. allah.. betapa bestnya nikmat ukhuwwah yang Engkau kurniakan..
walaupun bersolat bukan berimamkan suara2 imam muda yang best, hoho! tapi berimamahkan sisters/akhwat di sini pun sudah cukup best!
bukan takde imam kat sni, ada je surau berhampiran yang diimami syeikh, tapi tempat sangat limited.
mungkin inilah tarbiyyah yang Allah nak ajarkan.. melatih dan mendidik diri kami menjadi imam, bilal di kalangan kami sendiri.. di selit pula dengan tazkirah pendek..Allah, bestnyaaaa time tuuu. ^___^. rindu rindu rinduuu.. perkumpulan yang dinaungi dan dirahmati, inshaAllah!. sisters/akhwat kita pun bleh tahan gak imamahnya! :P
malam-malam pula, masing2 mengingatkan tuk bangun Qiam..sama-sama berusaha tuk menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan.. masing-masing bertebaran di rumah sahabat, tidur ramai-ramai di ruang tamu..kalau kita tak sedar alarm clock sendiri, inshaAllah alarm clock sahabat2 yang mengejutkan kita :P . kalau kat rumah, bukannya mak ayah tak kejut.. kejut je tuk qiam.. tapi, perasaan nak qiam tu cam..hummm..ntah, mebi time tu tak faham lagi.. kalau ikut mak ayah gi qiam kat masjid-masjid pun, end up.. sandar2 kat blakang yang kononnya nak rehat jap dan Zzzzzzzzzzzzzzzzzz... (-___-)"
obvious thing yang takde kat negeri omputih ni adalah takde pasar malam! or dalam perkataan laen BAZAR RAMADHAN! hoho.. kalau kat rumah, mesti ada la abang/kakak/adik beli ayam percik ke, cendol ke, air tebu ke, murtabak ke.. dan bla bla bla (meleleh air liur).. huh! ingat lagi, kalau dulu time berbuka, tersadai2 dek makan banyak. mana taknya, lauk pauk penuh meja kan? huhuhu.. nk berterawih, tunduk bangun solat pun dah tak selesa sebab perut penuh sangat..huhu
tapi disini, alhamdulillah, kami terdidik makan bersederhana.. kalau berbuka, takde la sedasat berbuka di rumah.. lauk tuk berbuka ala kadar je.. ye la, hari-hari ada kelas.. tak sempat kot nak masak special2.. kalau ada sahabat yang ada kelapangan, maka akan diinfaqkan masa beliau tuk buatkan kuih muih yang takde di jual dikedai..semua homemade :) time ni, bakat-bakat kuih tradisional mula terserlah.. yang tak penah dibuat, smua di cuba jaya.. weeeee... :)
alhamdulillah wa syukurillah
di tanah asing ini, kami mula mempraktiskan apa yg islam ajar pada kami.. ntah, seolah-olah baru menjadi muslim di sini..T__T.
mungkin hidup di lingkungan jahiliyyah kiri kanan depan belakang ni membuatkan kami lebih menghargai nikmat islam dan tarbiyyah itu sendiri..
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. .... (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." (al-baqarah, 2:183-185)sweetkan Allah ni, awal-awal dah panggil kita dengan panggilan best, "orang-orang beriman". kalau kita rasa Allah panggil kita, mesti kita sahut apa yang Allah nak suh kita buatkan? :) lepas dah panggil kita dengan panggilan best tu, baru Allah gtau yang kita ni diwajibkan puasa. tapi, tak stop kat stu.. Allah sambung lagi, seolah-olahnya nak cakap, puasa tu bukan benda susah... orang-orang sebelum kita pun dah buat jugak... supaya kamu bertaqwa :) sweet lagiii!!! kalau ada keuzuran, takpe.. ada rukhsoh yang disediakan.. Maha Penyayangnya Allah pada hambanya...
"Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang bathil). " (al-baqarah,2:185).akhwat fillah :)
dimana pun antunaa berada.. kita masih lagi bernaungkan langit yang sama.. masih lagi bersaksikan Allah yang satu sebagai Ilah, dan Muhammad sebagai utusanNYA.. moga ramadhan kali ini lebih baek dari tahun sebelumnya.. moga keluarnya kita dari sekolah tarbiyyah ramadhan, kita menjadi insan yang lebih baek di sisi Allah, inshaAllah. dari muslim menjadi mukmin dan seterusnya muttaqin, inshaAllah! :)
ahlan wa sahlan ya ramadhan, wa da'a likaya jahiliyyah.allahumma ballighna ramadhan... hamba ini rindu! sungguh.