Monday, July 20, 2009

kekuatan itu bukan untuk dinanti tapi untuk dicari

بسم الله الرحمن الرحيم
Angin kuat ketika itu...Kami duduk menghadap laut. Subhanallah indahnya ciptaan-Mu. Tiap kali aku memandangnya hati ini sentiasa tenang mengingati kebesaran Ilahi. Sungguh aku sangat sukakan laut-Mu ini Ya Allah.

رَبَّنَآ مَا خَلَقْتَ هَذا بَـطِلاً سُبْحَـنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Our Lord! You have not created this without purpose, glory to You! Give us salvation from the torment of the Fire. (3:191)

Kesempatan yang ada diisi dengan pengisian oleh akhawat yang datang jauh dari melbourne. Orangnya comel dan penuh bersemangat. Kisah pemuda-pemuda kahfi (Ashabul Kahfi) menjadi pilihannya untuk dikongsikan bersama-sama kami.


وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ لَن نَّدْعُوَاْ مِن دُونِهِ إِلـهاً لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا
Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri (bangun dan menghadap raja yang zalim dan sombong) lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucap perkataan yang sangat jauh dari kebenaran" (al-kahfi:14)

Sungguh aku sangat tertarik dengan kata-katanya, dan baru aku tersedar sesuatu yang telah Allah nyatakan sejak sekian lama, yang selama ini mungkin ramai dari kita sedang mencari-carinya. Jauh mencari rupanya ia berada di depan mata iaitu

Kekuatan ....

Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri... itulah jawapannya. Bahawa sesungguhnya Allah memberikan kekuatan (kekuatan hati) untuk menyatakan kebenaran tatkala kita bangkit untuk menyatakannya. Dalam konteks dakwah ini, kekuatan untuk menyatakan kebenaran itu bukan untuk dinanti kerna mungkin sampai sudah penantian itu hanya tinggal penantian sedangkan Allah telah menyatakan bahawa kekuatan itu akan datang bila masa kita "bergerak" (melakukannya).

رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّىءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
"Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" (al-Kahfi:10)


Teringat pesanan dari seseorang...

"bergeraklah wahai adikku, kerana air yang bertakung itu pasti akan rosak jua akhirnya"

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus tsabat di jalan-mu.
sekadar menyampaikan buat peringatan terutama buat diri ni jua.

الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالـتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَداً إِلاَّ اللَّهَ وَكَفَى بِاللَّهِ حَسِيباً
(iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan tidak merasa takut kepada siapa pun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat perhitungan. (33:39)



3 comments:

Anonymous said...

kenangan indah...
di pinggir laut itu....
watan berbeza...misi yang sama....
mengambil ibrah dari air...
lembut tapi mengubah...

~ayuh bergerak!

umm abiha said...

pemuda kahfi itu ade disni..hehe

memandang laut yg sama.. dengan misi yang berbeza.. tapi, insyaAllah dengan tujuan yg sama, mengharapkn redhaNYA dan mengidamkn syurgaNYA...

~jom! ayuh bergerak sama2..=)

umm saffiya said...

heheh dah agak dah mesti ada bdk2 rmh kahfi yg terperasan. insyaAllah moga kite jd seperti pemuda-pemuda kahfi yg berani menyatakn kebenarah