Monday, July 13, 2009

kerana cinta...


Semua orang apabila membaca entry ini cuba lihat housemates or roomate anda or bayangkan sahabat-sahabat yang selama ini berjuang bersama anda (walau pun dah tak larat nak tengok..tengok juga). sayang tak pada mereka? mesti sayangkan....

Subhanallah betapa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang menganugerahkan rasa cinta dalam hati kita sehingga kita dapat merasa betapa manisnya ukhwah yang terjalin ini.

ukhwah kita berlandaskan satu matlamat, ukhwah kita bukan kerana suka-suki, paras rupa, harta, kepandaian dan kebijaksanaan. Tapi ukhwah kita adalah kerana Yang Maha Esa, ukhwah kita adalah kerana aqidah Islam yang dibawa.

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang,
maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebih
dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang lain
dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan karena Allah, dan jikalau seseorang itu
membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran
itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka." (Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat: "Manakah orang-orang yang
saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri
naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri." (Riwayat Muslim)



Dari Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang Ielaki berziarah
kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang
malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan," kemudian dihuraikannya Hadis itu
sampai kepada sabdanya: "Sesungguhnya Allah itu mencitntaimu sebagaimana engkau
mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)

waahh... bestnye Allah bagi "special reward" kepada hamba-hamba-Nya yang mengasihi hanya kerana-Nya.

Mungkin kata-kata itu sukar untuk diluahkan bagi sesetengah daripada kita, namun senyuman yang terukir tiap kali bersua sudah cukup untuk melambangkan kasih yang terpahat di hati.
Tapi Nabi s.a.w menganjurkan kita mengucapkannya kepada orang yang kita kasih (malu lah... hehe)

Dari Mu'az r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengambil tangannya dan
bersabda:
"Hai Mu'az, demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu. Kemudian saya hendak
berwasiat padamu hai Mu'az, iaitu: Janganlah setiap selesai shalat meninggalkan bacaan -
yang ertinya:
Ya Allah, berilah saya pertolongan untuk tetap mengingatMu serta bersyukur padaMu,
juga berilah saya pertolongan untuk Beribadat yang sebaik-baiknya padaMu."

Ku doakan kalian moga akhirnya nanti kita bertemu di syurga Allah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Mungkin ada kesilapan dan kelemahan sahabat-sahabat kita, maka terimalah dia seadanya kerana Allah, tegur menegurlah lah untuk kebaikan. Dan mereka yang ditegur terimalah teguran itu jua kerana Allah.

Semoga perjalanan Ski-Trip mendapat keredhaan Allah dan dipermudahkan segalanya. InsyaAllah.

Sebagai peringatan terutama buat diri ini jua.
Uhibbuki fillah, salam sayang dari el-Biruni untuk semua.
wassalam.

8 comments:

umm abiha said...

sayang kamu juga!!!
bru jer teringt nk wat entry pasal ni.. dah ade yg mendahului nmpknye..hehehe

Anonymous said...

huhu.....
saya pun nak tulis perkara yang sama sebenarnye =)
tak sangka sungguh!
-RA-

umm abiha said...

sehati sejiwa la kte nih
hehehehhe
pape pun,
jazakillah

Anonymous said...

ala tambah la lg... kite buat tu tak best sgt.. korg bestkan lah lg entry ni

Anonymous said...

menarik! jazakillah khair katsira

mengharapkan pertemuan dengan kalian di syurga firdausNya nanti. InsyaAllah.

~kak hadid~

umm abiha said...

nak aku taruk video clip kte wat smlam ke...
heheheh

umm abiha said...

insyaAllah.. kita jumpa kat Syurga sna ye kak hadid!
sama2 doa ^.^

iynas said...

salam ziarah..

seronoknya baca entry ini..lagu di blog anda juga best..

jazakillah :-)