Terlalu mencintai sahabat kite juga adalah salah satu dari Virus-virus ukhuwah?
Hmm….saya sangat terkejut bila terbaca point terakhir dalam buku Virus-virus Ukhuwah yang dikarang oleh Abu ‘Ashim Hisyam bin Abdul Qadir ‘Uqdah.
Rupa-rupanya, terlalu cintakan sahabat kita pun merbahaya !
Bilakah dikatakan terlalu cinta tu?
Maksud terlalu cinta itu adalah menghindari hal-hal yang berlebihan, seperti ketergantungan atau rasa suka terhadap sahabat, membebani diri dengan beban yang terlalu berat dalam upaya melayani atau mendekatinya.Cinta yang berlebihan bukan bererti memberi yang terbaik untuk memenuhi hak ukhuwah . Hak-hak ukhuwah seperti memberi nasihat mesti ditunaikan. Upaya seperti itu tidak dikategorikan berlebihan atau melampaui batas walaupaun dilakukan dengan sekuat tenaga.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“ Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti”[ HR Tirmidzi]
antara sahabat yang saya sangat kagumi, Umar Al-Khattab juga pernah berkata:
“ Janganlah cinta membuatmu terbelenggu oleh beban yang berat, dan janganlah rasa bencimu membuatmu hancur lebur”[ diriwayatkan oleh Bukhari]
Dalam riwayat itu lagi, Aslam bertanya “ Bagaimana hal itu boleh terjadi?”
Umar pun menjawab, ” Jika kamu cinta, maka kamu berusaha mencintainya secara belebihan seperti bayi. Dan jika kamu membenci sahabatmu, maka kamu menginginkan dia hancur”
‘Adi bin Zaid berkata:
Jangan berpikir kamu tidak akan dimusuhi oleh orang yang tinggal dekat denganmu
Dan jangan berfikir seorang sahabat takkan bosan lalu pergi menjauhi dirimu
Maka…. kita tidak boleh berlebihan dalam mencintai seseorang, kerana ia akan melemahkan persahabatan. Seharusnya, sahabat kita menjadi lebih dekat dengan Allah, apabila dia bersama kita. Jangan sesekali kita menjadi penyebab sahabat kita lebih jauh dari Allah.
Akhirul kalam…
“ Tidaklah dua orang yang saling mencintai kerana Allah kecuali orang yang lebih besar cintanya adalah yang lebih utama di antara keduanya”[HR Imam Bukhari]
Oleh itu, jadikanlah cintamu kepada sahabat lebih besar dari cintanya kepadamu. Tapi ,
cinta kepada Allah mestilah lebih besar dari segalanya!
p/s: kawan-kawan pernah dengar tak cerita bagaimana Allah boleh jeles dengan kita?
4 comments:
takk...
citer2.. excited ni nak tahu.. hehehhe
ps: elbiruni dah makin active skrang.. alhamdulillah =)
tak pernah dgr juga...
sang penulis entry ni sila buat entry baru utk jawab soalan terakhir tu ye....
jzkk.
nice entry... kadang-kadang dlm berukhawah kita terlepas pandang ttg byk perkara.. cth: adab-adabnya, perhubungannya..
ada perlunya kita bermuhasabah kembali... mana tahu mungkin perlakuan kita mengundang kecil-hati atau masalah hati yg lain dlm berukhwah. [mengingatkn diri sendiri juga yg punya byk kelemahan].
sebab ukhuwah bukan masalah remeh. ukhwah adlh salah satu antara kekuatan umat Islam
1. Iman
2. Ukhuwah
3. Material
Siapa yg tidak pernah inginkan kasih sayangnya di balas?
Apabila kita merasakan mahunya dibalas kasih sayang yang kita berikan itu, itu yang memenatkan diri kita.
Tetapi kita perlu berkorban.
Kasih sayang.. sama halnya seperti nak buat kebaikan.
Apabila kita memberi, jangan mengharap akan dibalas.
Tapi apabila berserah kepada yang Maha Penyayang, Dia akan memberikan kembali apa yang terbaik kepada kita.
& kasih sayang dan pengorbanan yang diberi itu tak rugi sedikit pun kerana niat berkasih sayang itu pun adalah keranaNya.
Malah kau akan merasakan kebahagiaan itu yang teramat. Seperti pertama kali kau merasakan kemanisan ukhuwwah itu...
Kau akan merasainya selagi mana kau ikhlas memberi.. =) *tersenyum, bahagianya.*
Semoga kemanisan ukhuwwah itu sentiasa hadir, agar hati kita sentiasa terpaut keranaNya.
~*Buah ukhwah*~
Taawun(saling menolong), Tanaashur(saling mendokong), Taraahum(saling berkasih - sayang)
"hanya kerana Allah perintahkan untuk kita saling mengasihi..
hanya kerana Rasulullah suka umatnya saling menyayangi...
Sayang kalian kerana Allah :)"
Post a Comment