Wednesday, June 23, 2010

Kisah Sambal Ayam

Bismillah,

Kisah di dapur

Seperti biasa, hari itu adalah turn saya untuk masak. Memandangkan sambal ayam yang saya buat minggu lepas agak menjadi (at least for me yg tak pandai masak ni) maka saya pun berkeputusan untuk buat sambal ayam lagi sekali minggu ini. Cuma kali ini, ayamnya adalah ayam goreng celup tepung dan tidak digaul bersama kuah sambal. Tapi kuah sambalnya masih mengekalkan bahan-bahan dan kaedah yang saya buat minggu lepas.

Ok. Entry saya kali ini bukanlah untuk ceritakan macam mana cara nak buat sambal ayam tu, tapi bagaimana kisah membuat sambal ayam itu yang membuatkan saya terfikir sesuatu yang boleh saya relatekan dengan dakwah dan tarbiyyah.

Begini kisahnya, kan saya cakap tadi yang saya gunakan bahan-bahan dan kaedah memasak yang sama macam saya masak minggu lepas, tapi dari segi sukatan tu adalah tambah tolak sikit yang rasanya takdelah banyak pun bezanya, so assume lah yang hasilnya kali ini akan jadi exactly macam minggu lepas punya. Punyalah confident! :p

Tiba-tiba housemate saya yang seorang ni datanglah kat dapur sambil meneliti hasil eksperimtasi saya, maka bertanyalah beliau kepada saya sesuatu.


"Erm, kenapa sambal yang kau buat ni tak sama yang macam minggu lepas punya eh?"


"Entahlah, maybe sebab tak siap lagi kot."


Dan memang betul pun apa yang housemate saya tu cakap tu, memang sambal tu hasilnya tidak seperti yang saya buat last week. Dah almost one hour masak, sambal masih tak pecah2 minyak lagi sedangkan last week saya masak kejap je, less than one hour dah settle semua. Itu satu hal.

Lagi satu, saya rasa warna dan rasanya pun agak berbeza dari yang pernah saya buat sebelum ini. Maka denga kuasa yang saya ada sebagai tukang masak pada hari itu, maka saya pun cubalah alter sket resipi tu, tambah gula, garam, tomato, minyak dan apa2 yang patut. Mulanya saya hampir putus asa mengenangkan sambal yang seperti kurang menjadi tu, dan ia hampir hangit sebab dah malas dah ank continously kacau. Tapi lepas tu saya sambung balik kacau la, dengan mengumpul sepenuh kesabaran dan akhirnya sambal itu pecah minyak yang menandakan ia sudah pun masak!


Boleh saya katakan hasil kali ini agak berlainan lah tapi still ok dari segi rasa dan warnanya (warna yang cantik penting ok!). Alhamdulillah.


Apa ibrahnya ye adik2?


Kalau kita perhatikan, saya pada mulanya memang cuba menjadikan ingredient yang saya gunakan untuk membuat sambal itu sebagai constant variable saya dengan harapan hasilnya akan menjadi seperti yang last week punya tapi Allah itu Maha Kuasa, harapan saya punah ranah. Saya menggunakan bahan-bahan yang sama dengan kaedah yang sama tapi hasilnya berbeza.


Anda agak2 kenapa ye? Saya rasa mungkin sebab Allah nak tunjuk bahawa setiap hasil itu bukan terletak kepada method atau bahan yang kita gunakan tapi semuanya berbalik kepada Allah jua yang menentukan segalanya.


Kisah di lab


Teringat saya kepada senario yang selalu berlaku di kalangan kami di dalam lab chemistry. Buat pengetahuan saudara saudari sekalian, untuk setiap practical lab yang kami kena buat, biasanya kami akan diberikan lab manual sebagai guideline. Segala bahan yang akan kami gunakan beserta sukatannya dan steps yang perlu kami ikuti ada diceritakan secara detail dalam lab manual. Jadi kami hanya perlu ikut je step by step.

Sepatutnya kan, mengikut logik akal manusia ni, kalau dah semua step, bahan dan sukatan pun sama, so hasilnya mestilah sama kan? Betul tak? Tapi anehnya hasilnya tak semestinya sama. Kalau buat proses crystallisation contohnya, hasil dua org student itu belum tentu lagi sama. Ada je perbezaannya, ada yg crystalnya cepat terbentuk, ada yang lambat, ada yang crystalnya cantik ada yang kurang cantik, dan ada juga yang experimental yield nya sangat banyak dan ada yang sikit dan macam-macam lagilah kepelikan dan keanehan yang berlaku.


Kenapa ye?


Saya rasa, kalau dalam kes sambal ayam tu, saya memanglah gunakan bahan yang exactly sama seperti yang saya guna sebelum ini, tapi dari segi sukatan memang saya akui ada sedikit beza, yelah kalau dulu guna sebiji bawang dan yang kali ini pun guna sebiji bawang, mestilah saiznya itu sedikit beza kan? Dan sedikit beza itu tak mustahil menjadi natijah untuk hasil yang sedikit berlainan kali ini.

Itu kes sambal ayam yang saya rasa sukatan bahan menadi faktor utama hasil yang berlainan. Tapi, bagaimana pula dengan kes di dalam lab chemistry yang mana setiap bahan yang digunakan itu ditimbang menggunakan analytical balance yang sangatlah precise sukatannya itu? Mudah saje, sebab orang yang buat eksperimen itu adalah orang yang berlainan, maka hasilnya tidak mustahil untuk tidak sama. Contoh, kalau ade step di dalam manual tu yg berbunyi begini, "Stir the solution vigorously", tentulah vigorously di antara student A dan student B itu tak sama dan bergantung kepada kefahaman, tekad dan kesungguhan individu itu sendiri.


Ibrah

Begitu jualah dakwah dan tarbiyyah ini. Kalau kita lihat para sahabat dahulu, persamaan di antara mereka adalah mereka mendapat tarbiyyah daripada murabbi yang sama iaitu Rasulullah s.a.w., tapi bagaimana mutarabbinya? Adakah sama? tidak, mereka tidak sama bahkan ada yang sangat berbeza antara satu sama lain. Contoh paling jelas, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Mereka sungguh berbeza perwatakannya walau mendapat tarbiyyah daripada insan yang sama, tapi mereka hebat dengan cara mereka sendiri.


Tarbiyyah tidak mengajar kita untuk menjadi orang lain sebaliknya tarbiyyah mengajar kita untuk menjadi diri kita yang lebih baik dan lebih hebat. Tidak semestinya kita perlu sama seperti ahli usrah kita yang lain andai bermurabbikan individu yang sama. Kita tidak mungkin sama dalam segala hal kerana kita kita adalah diri kita. Kita punya kisah kita sendiri, kita punya unsur logam kita sendiri yang perlu digilap dan karat jahiliyyah sendiri yang perlu dikikis. Jalan cerita yang Allah ciptakan buat kita jua tidak sama, jalan kau, aku dan dia tak sama, tapi perbezaan antara kita adalah kita menuju ke destinasi yang sama. Syurga yang abadi.


Tarbiyyah juga tidak mengajar kita untuk putus asa dan tidak sabar, kerana dari awal lagi sudah dikhabarkan bahawa jalan yang kita pilih ini jalan yang susah dan tidak ditaburi bunga bahkan dilontar batu. Sebabnya syurga itu mahal harganya dan hanya 'VVIP' sahaja yang layak mendiaminya. Kita boleh memilih untuk putus asa dan berhenti di separuh jalan, tapi tiada siapa yang rugi melainkan diri kita sendiri.
Walaupun sambal ayam kali ini mungkin hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan, namun bagi saya ia amat istimewa. Ia mengajar saya suatu pengajaran yang amat berharga tentang tarbiyyah. Walau ia tidak sesedap yang lepas namun sebenarnya Allah memberikan ke'sedap'an yang lebih baik di sisi-Nya. Harapan saya dan pasti anda jua, moga saya dan anda yang membaca ini terus tsabat di jalan ini. Ameen.

1 comment:

kid said...

jazakillah khair..
subhanallah,akak da jawab persoalan saye dan kawan2 yg baru2 ni menjadi tande tanye kami :)