Sunday, February 1, 2009

Perang al-Ahzab

Fakta menarik tentang Perang al-Ahzab
  • bererti gabungan kerana beberapa kumpulan musuh (Yahudi, musyrikin Mekah dan kabilah Arab yang belum Islam) bergabung untuk memerangi orang Islam di Madinah.
  • juga dikenali sebagai Perang Khandaq-kerana Nabi Muhammad s.a.w dan orang-orang Islam menggali parit di sekeliling kota Madinah bagi menghadapi musuh.
  • panjang parit=5000 hasta, dalam=10 hasta, lebar= 5 hasta
  • semasa parit digali mereka menjumpai sebuah batu besar. Nabi Muhammad s.a.w mengambil penukul dan berdoa lalu memukul batu tersebut.
  • Pada pukulan pertama, kelihatan percikan api dan batu itu pecah separuh dan pada pukulan kedua kelihatan lagi percikan api dan batu itu pecah semuanya.
  • Kemudian baginda bersabda yang bermaksud:

"Pada pukulan pertama, aku melihat gedung dan istana-istana kisra di Hirah (Parsi) . Pada pukulan kedua, aku melihat istana-istana merah di Romawi (Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka."

Hadis itu terbukti kebenarannya apabila akhirnya dua kuasa besar itu dapat dikalahkan oleh tentera Islam.Parsi dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar dan Rom dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Umar.

Saturday, January 31, 2009

nasihat?? ermmm

NASIHAT. senang jer nk sebut perkataan tu.. tapi nk melaksanakn tu... aisshhhh!!! sungguh berat sekali.. "cakap senang la... buat tgokkk!!"
ermmm.. susah bebenor nk ckp yg elok2 ni.. klu nk mengomen tu, lancar jer lidah nyer.. kdg2 tu, rasa cam nk selotep jer mulut nih.. sbb ckp yg tak pekdah lg byk dr yg bermanfaat..
tapi, klu bab nasihat menasihati nih.. puas nk kna pikir ayat.. amek masa nk susun ayat... silap ari bulan, kna plan nk wat text lagi..huhuhu

pabila direnung balik.. memang kte hidup atas dunia utk memberi teguran sesama kte, utk nasihat dan menasihati.. utk perbaiki lg diri ni.. sbbnye, kte bukannya hidup sengsorang.. kte hdup berteman.. family, kawan, jiran, sedara mara.. dan seangkatan dengannya..

islam itu indah. agama yg bercirikn nasihat, bukannya fitnah, buruk sangka, etc..

Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalh nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNYa , untuk para Imam kaum muslimin dan umat islam seluruhnya
[hadis riwayat al-imam Muslim][hadis7 Imam An Nawawi]

ayat paling famous: surah Al-Asr: "Demi masa! sesungguhnya manusia itu berada dlm kerugian. Kecuali org yg beriman dan beramal soleh, mrk pula berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn sabar".

"ini bulan a...gua manyak lugi ooo...talak untung .. camana bisnes mau naik.. gua ingt mau masuk saham.. klu camni punya bisnes.. susah la"- kata apek tauke kedai..

samalah ngn kte.. klu kte sering termasuk dlm golongn kerugian dlm surah Al-Asr tu, dihari perhitungn nnt, kte jugak yg akn rugi.. org len bukannya main lagi berat timbgn mizan ... kte macamna?? -moga kte kte termasuk dlm golongan yg berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran, moga diberi kekuatan utk itu..

bukan senang nk bg nasihat dkt org nih.. banyak org byk ragam!! kang tak pasal2 melenting + marah kat kte.. tak pun buat muka.. silap2 haribln terjadi perang dingin..
"kau tu sapa nk nasihat aku?? tilik diri tu dlu nk nasihat org pun"..
"pandai2 jer nk tegur org!! tau la aku apa yg aku buat.. aku lensing karang!!"
pedih ayat tu.. tapi rasionalnyer.. takde manusia yg perfect..manusia sprt kte ni tak lepas dari buat kesilapan dan kesalahan wlupun mempunyai keistimewaan dan kesempurnaan kejadian.. krn itu dah mmg tabiat smula jadi manusia ciptaan Yg Esa... so, rasanyer, takde istilah "aku tak layak la nk tegur die".. klu kna tunggu ustz/zah jer yg boleh kasik nasihat...tak tau la ape nk jadi..

thats why la kte sering mendahagakn nasihat agar diri kembali kpd landasan agama yg benar.. agar diri insaf dgn kekerdilan diri.. agar diri sedar kedaifan diri sebagai hambaNya.

bukan mudah nk jadi golongn "pemberi", dan bukan mudah bg yg "menerima"... klu ckp hati kte takde perasaan pape time terima teguran tu.. tipu la tu!!.. sedikit sebanyk, musti ade terkesan..
bukan mudah nk berlapang dada menerima teguran tu.. tapi, kte kna lah bersangka baik dgn org yg bg nasiht kat kte.. tu tanda die sayang n amek berat kat kte.. ahaks..=)

Jangan pandang siapa yang mengatakan tetapi lihatlah apa yang dikatakan..

Analisa balik teguran tu.. mungkin ade btolnyer.. klu takleh terima 100% nasihat, amek la sket yg mana baek tu... klu tak, kte jugak yg rugi.. org yg memberi nasihat tak rugi pape pun..
lastly, berterima kasih la pd Allah.. krn masih sygkn kte.. masih mahu membimbing kte ke jln yg lurus..

nasihat menasihati amalan mulia
amar makruf nahi mungkar itu tugas kita
utk kebaikn kte bersama
maju khdapan jdi insan berguna


~melati~
Abu Bakar as-Siddiiq: Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku...

ps: menyambung kembali esemen stats3.. kpd admin: dah2 la hantuk kepala tu.. letih aku tgok.. hehe
-nama melati tidak akn digunkn disbbkn sbb2 tertentu=(

Friday, January 23, 2009

CINTA dan Penyiksaan

Assalamualaikum...tragis tak bunyi tajuk entry nie? Cinta dan penyiksaan (tragis n dramatik la sgt). cinta dan penyiksaan ini bukanlah merujuk pada mana-mana kisah cinta yang sering ditayangkan kat tv seperti JELITA (peminat2 jelita jgn kecewa), PELANGI, BAWANG PUTIH BAWANG MERAH, TIMUN MAS (hahaha... lawak2) SEMBILU KASIH SAYANG,

Uppaaaaa....


dan sebagainya. tapi kisah cinta yang bakal diceritakan ini adalah berdasarkan kisah CINTA AGUNG manusia-manusia hebat di zaman Rasulullah s.a.w.

Seperti yang kita maklum pada awal penyebaran Islam secara terbuka, dakwah Rasulullah s.a.w mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk Makkah terutamanya pembesar-pembesar Quraisy dan ketua-ketua kabilah. pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka demi menentang dakwah Baginda. pelbagai penyiksaan terpaksa dihadapi oleh umat Islam pada waktu itu atas sebab mereka memilih untuk bersaksi BAHAWA TIADA TUHAN YANG WAJIB DI SEMBAH MELAINKAN ALLAH S.W.T. walaupun mereka diberi piliihan untuk bebas dari penderitaan, namun atas keteguhan dan kecintaan pada yang Maha Satu, mereka bersedia terhadap apa sahaja ujian yang melanda.

mari kita melihat kembali kisah-kisah penyiksaan yang menyayat hati ini:
1. Penyiksaan Keluarga Yasir r.a
Ammar BinYasir r.a memeluk Islam bersama ayah,Yasir dan ibunya,Sumaiyah. Mereka merupakan hamba kepada Bani Makhzum. berita pengislaman keluarga Yasir telah menyebabkan mereka disiksa oleh kafir musyrikin di tengah-tengah padang pasir.

apabilaRasulullah berlalu di tempat penyiksaan mereka Baginda berkata:
"Bersabarlah wahai keluarga Yasir janji kamu adalah syurga"

yasir meninggal dunia Sumaiyah pula disula oleh Abu Jahal dan menjadi wanita pertama yang mati syahid. Ammar pula diseksa dengan pelbagai seksaan.
kafir musyrikin berkata kepada Ammar:
"kami tidak akan melepaskan kamu kecuali setelah engkau caci Muhammad atau kau puji sanjung al-Latta danal-Uzza".
kerana tidak sanggup menghadapi penyiksaan itu lagi, Ammar akhirnya bersetuju berbuat demikian. tetapi selepas itu Ammar datang berjumpa Rasulullah sambil menangis dan memohon maaf atas perbuatannya.

maka dengan itu turunnya firman Allah:
"Sesiapa yang kufur sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa(melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman"
an-Nahl:106

2. Bilal Bin Rabah
Bilal merupakan hamba kepada Umaiyah binKhalaf Jumahi. Umaiyah dengan tidak berperikemanusiaan menambat Bilal dengan tali ditengkoknya dan menyuruh budak-budak menariknya seperti binatang. Umaiyah juga membaringkan Bilal di tengah-tengah padang pasir yang terik dan meletakkan batu besar ke atas dadanya. Namun Bilal tetap enggan menurut kemahuan tuannya yang mahu Bilal mengkufurkan agama Muhammad dan bibirnya mengucapkan "Ahad, Ahad..Ahad". Dengan takdir Allah Abu Bakr lalu di situ dan memerdekakan Bilal dari kekejaman tuannya.

3.Mus'ab Bin Umair
Mus'ab Bin Umair adalah pemuda yang berasal dari keluarga yang kaya. Beliau seorang pemuda yang tampan dan menjadi kesayangan ibu bapanya.di mana saja Mus'ab berjalan, dia sering menjadi tumpuan sesiapa sahaja yang memandang. Namun apabila Mus'ab memilih Islam, beliau telah ditahan, diikat dan diletakkan dalam bilik kurungan yang gelap dalam tempoh masa yang lama oleh bapanya sendiri. Dan akhirnya, pemuda yang dibesarkan dengan kekayaan ini dihalau keluar dari rumahnya. Tiada siapa yang bercakap dengannya lagi dan semua orang memulaukannya. akibat penyiksaan yang dialami oleh Mus'ab r.a kulitnya menjadi mengerutu dan bersisik.

Nabi s.a.w. apabila bercakap tentang Mus'ab:
"tiada lelaki yang lebih kacak di Makkah melainkan Mus'ab Bin Umair. Tiada orang yang lebih baik pakaian dan makananya melainkan Mus'ab. Dan tiada anak yang dibesarkan dengan kasih sayang sebagaimana Mus'ab dibesarkan".
Namun segala yang dimilik oleh Mus'ab telah ditinggalkannga demi Islam.

Inilah beberapa kisah yang ingin dikongsikan bersama setelah mendengar nasihat melati bahawa ilmu itu perlu disampaikan. dan sabda Nabi s.a.w. yang lebih kurang bunyinya " sampaikan ilmu walau hanya sepotong ayat" semoga kita bersama-sama menyampaikan dan berkongsi ilmu.

#nasihat bersama:
kagumnya dengan keteguhan CINTA manusia-manusia hebat ini. demi cinta dan penyiksaan, syurga habuan mereka. kita?

source:Al-Raheeq al-Makhtum karangan Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy
:www.prophetmuhammad.org
#menuggu turn Salwa untuk berkongsi cerita AKU TERIMA NIKAHNYA karangan Ustaz Hasrizal
#nak dengar cerita RATNA ANDALUS SATU!!
~setawar~

Thursday, January 22, 2009

cuaknye!!!!

salam
ape kabar kawan2?
harap2 nye sihat fizikal dan spiritual
sama2 lah kite berdoa agar cik setawar mendapat kembali nikmat kesihatan beliau.
kesian tgk die berair mate.huhu

sebenarnye, esok kami ade test pertama untuk subjek STATS208.
kami terpaksa mengorbankan masa cuti di malaysia sbb nak buat paper ni la.

ape yang penting,
kite tetapkan niat masing2.
ape tujuan kite belajar.
bukan hasil markah peperiksaan yang dikejar.
tapi usaha untuk mendapat keredhaan dari Allah.

All the best to elbirunian dan semua yang akan menduduki test esok.

ilalliqa'

Friday, January 16, 2009

we will not go down.. song to Gaza

This song is dedicated to the all Palestinian people ecspecially those in gaza. Specially composed and sing by Michael Heart, an American songwriter. Amazed by his intention and effort (at least He managed to do something significant to help them) and this song is very meaningful to all of us.

http://www.michaelheart.com/Song_for_Gaza.html

Thursday, January 15, 2009

cerita monyet vs cinta monyet



(WARNING..baca dgn nada wardina)
hai adik2..
hari ni kakchik nk citer pasal monyet.. bukan cinta nyet-nyet tau, cerita monyet di Barbados Island.

Tersebutlh kisah seekor monyet yg tinggal di Barbados Island. Paaada suatu hari, monyet ni panjat la pokok kelapa.. nk amek buah kelapa tu.. kononnya, dahaga.. Si monyet ni pun panjat la pokok tu.. dan akhirnya sampai ke puncak.. "waaaaaaaaaaaa.. cantiknyer pemandangn Barbados Island ni!!" Getus monyet tu dlm hati..
Tiba-tiba, angin taufan dan ribut dtg melanda..monyet tu kaget, lantas terus si monyet itu memeluk batang pokok itu dgn sungguh erat..bimbang akan dirinya jatuh ke tanah, kang tak pasal2 mati katak..
Lama monyet itu berpaut.. pabila angin yg tadinya kencang mula kembali reda.. monyet itu pun mula melonggarkn pautannya... Angin sepoi sepoi plak dtg mengulit-ngulit si monyet itu...'waaa!! best nyer angin ni!!! dingin gitu!!" Tak lama kemudian,monyet itu mula leka...Monyet itu seakan-akan hanyut dibuai dek angin yg masyuk itu..sehingga monyet itu terlupa yg die sebenarnya masih lagi di atas pokok td..
pautan yg tadinya erat, makin lama makin longgar.. (sbb syok sgt angin nyaman tu!!)tanpa disedari,monyet itu melepaskn tangannya krn mahu menikmati angin yg nyaman itu.. dan akhirnya jatuh ke tanah dan MAAAATIIIII.. mati jugak akhirnya si nyet2 itu.. tamatlah riwayat hidup kesan degil..hahahaha

Moral of the story:
~ Kte diuji dlm 2 keadaan..kesenangan dan kesusahan. Kesusahan yg menimpa diri adalh ujian dari Yang Maha Esa..Nikmat kesenangan juga ujian utk kte sbg hambanya.

~semakin berat sesuatu ujian yg Allah timpakan pada kte,maka.. makin dekat diri kte dgn diriNYA.. makin banyak kte mengadu, makin banyak kte merintih..kerana kte tahu, Allah Maha Mendengar,dengan ujian itulh kte menjadi lebih kuat.. lebih tabah.. lebih bersyukur.. dan redha dgn ketentuanNYA

dikala kte diuji,bersabarlh duhai hati.. sesungguhNYA Allah sayangkn kamu..
FirmanNYA: "Wahai orang-orang yg beriman, bersabarlh kamu dan kuatknlh kesabaranmu dan tetap bersiap siaga (di perbatasan negerimu)dan bertakwalah kpd Allah agar kamu beruntung" [3:200]

~Nikmat kesenangan juga adalah ujian buat kte.. kesenangan membuat kte alpa, kte jd leka, kte jadi lalai... sehinggakn kte tak sedar kte sedang diuji dgn nikmat yg kte perolehi...
FirmanNYA: " Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalh permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yg tanam tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu mnjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. dan akhirat (nanti) ada azab yg keras dan ampunan dari Allah serta keridhaanNya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalh kesenangan yg palsu. [57:20]

-------------------------------------------------------------------------------------
"tidak akan menimpakn kami melainkan apa yg telah ditetapkan Allah bg kami.Dialah Pelindung kami, dan hanya kpd Allah bertawakkallh org2 yg beriman" [9:51]

kawan2.. ingat ni..
LA TAKHAF, WA LA TAHZAN, INNALLAHA MA 'AANA
..

ps: peringtn buat diri saya jugak..

Sunday, January 11, 2009

TEARS FOR GAZANS

Free free Palestine!!! Long Live Palestine!!
Free free Palestine!!! freedom for Palestine!!
One two three four, occupation no more.. 5 6 7 8 Israel is terrorist state
Gaza Gaza dont you cry, Palestine will never die!!
Israel, USA !! How many kids you kill today!!
From Auckland to Gaza, supporting Intifada!!
Remember!! remember the heartbreak, remember the children, remember the suffering, remember the killing, remember the dying.. remember!!!















"Ya Allah, kami letakkan dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dgnMu dari kejahatan mereka. Ya Allah, leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka,cerai-beraikan pakatan mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai TUhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah, wahai Tuhan Yang Menurunkn Al-Quran, wahai TUhan Yang Menggerakkn Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskn bala Tentera Al-Ahzab, kalahkn mereka, menangkn kami ke atas mereka... Amiiinn"

no more tears...(this is not a Johnson&Johnson tv commercial..tak pedihkan mata!).
it's so sad to see all the suffering moments that Gazans have to endure. all the heart-breaking pictures taken were not be able to convey thousands of feelings they feel inside but amazing enough all the Palestinians never say die before try. Even the Palestinian kids never afraid to take part in fighting against the cruelest, unhearted and the evil monster=ISRAEL. But enough said. Action speaks louder than words. it's better that we can make an effort(not just an effort but many efforts) to help them in any ways we are able to. Truely say that i've done too little for them in fact it was nothing compared to what they have done. but i hope it's not too little too late.

~cik kiah~
~melati~

Thursday, January 8, 2009

welcome... welcome







alhamdulillah..
bertarikh 6 Jan 2009, MARA Cohort III batch 06/08 telah selamat sampai di Auckland..Selamat Datang ke Auckland sy ucapkan kepada pelajar2 yg bru sampai di bumi yg indah terhampar ini.. heehehe

Hargailah masa dan peluang yg telah Allah berikan pada kte selama kte smua berada di sini... masa belajar kte belajar..(pandai jer aku cakap..heehhe)..masa cuti ke g jln2 (ni lah masa yg dinanti2).. berjalanlah melihat alam.. melihat kebesaranNYA... supaya kte menjadi insan yg lebih berilmu..

buat pelajar2 yg masih bru di sini, pandai2 lah manage duit yg telah dilaburkn pada kamu semua.. cukup jer duit yg MARA kasik tu..(bleh jer nak idup..) jangan terlalu berjimat cermat plak!! anda yg merugikn diri anda sndiri nnt... pandai2 la.. korang sumer dah besar.. "lu pikir la sndiri".. tapi bleh mintak pendapat akak2 kat sni.. ok jer..

skrang ni kte berjauhan ngan family, so,kna la belajar berdikari..
klu dlu.. ayah ngan mak yg beli brg dapur.... sekrang kte kna pegi ayam daging sayur sendiri
klu dlu... bapak yg bayar bil letrik......nnt, kte kna settlekn pasal letrik sendiri
klu dlu.... mak sibuk masak kat umah tok kasik kte makan.... sekarang, kte kna masak sndiri utk kenyangkn perut sndiri..(bertambh la skill masak korang nnt)
klu dlu... abang yg tolong tukar light bulb... tapi skrang, kte kna panjat kusi tukar light bulb sndiri
klu dlu... kakak yang tolong kemaskn bilik... tapi skrang, kte yg kna kmas bilik sndiri

skrang ni kte ngn kwn2.. kawan2 la sahabat.. kwan2 la family kte kat sni..so, be tolerate to others.. bekerjasamalah... sharing is caring

sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada sahabat Ibnu Umar, yang bermaksud: “Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”

bak kata Wonderpet dlm lagunya:
Apa yang penting? Kerjasama!!! (kna ikut tone die tau..)

adik adikku, jaga diri, jaga iman dan jaga islam..



Kia Ora!!!



Monday, January 5, 2009

pening pikir pasal rumah.. hohoho

adooooiiiiiiiiiii
ini adalh ruangan luahan perasaan..
pening sungguh memikirkn nak duduk mana bulan depan..
Quest on Mount @ Woldorf Tetra @ Forte @ Mount Terace @ bla bla..

kami nak yg dekat ngan Uni.. susah la time ade test klu umah jauh.. huhuhu
pastu, kami nk yg murah.. buleh save bujet sket, bleh beli tket balik mesia ke.. tket g jalan2 ke.. hehhehe
adoooiii.. kna pikir bayaran letrik lg.. ongkos internet lg.. ongkos makanminum lg ..
pastu
klu bleh,nak yg fully furnished.. demand gler!!

tapi, yang sebenar2 nye.. memang susah nk pikir pasal nk duduk mana ni
klu duduk Forte......wordrobe die kecik sket,pastu toilet tak best... kang tak selesa plak tetamu yg bertandang ke rumah... Hahahhaha
klu Tetra House.............. perabot cukup modern, cuma freezer die plak kecik!! nak taruk bekalan ayam daging dlm tu pun tak muat..sayur mayur lagi....
nak duduk Quest... tapi susah plak nk dapat.. limited.. bilik ngan ruang tamu besar.. kira cun la rumah tu..
klu ddk Mount Terace.. size bilik dah ok,cuma system pencahayaan kurang plak

kesimpulannya.. tiada rumah yg perfect, cam manusia gak... klu nak rumah yg perfect, kna la bayar lebih.. klu nak yg murah,knalah berkorban sket.. boleh jer nak idup.. heehe.. (pandai jer aku cakap), duduk nnt bru merasa..

stakat ni je lah repekan aku kali ni.. sekadar berkongsi ngan sesapa yg tidak berpengalamn berpindah dan pilih umah..


ni ade tips naik umah bru yg aku copy dr tenet gak..heheheh

1)Azan :
Para ulama berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru.
Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni
oleh sesiapa; ada yang berpendapat sekiranya ia dikosongkan lebih
daripada empat puluh hari; ada pula yang berpandangan sekiranya ia di
kosongkan lebih daripada lima belah hari.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya
sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan
dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-Ammar) yang
suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. Dalam hadis yang lain
pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan,
syaitan akan melarikan diri......"

2)Membaca Surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw
bersabda yang maksudnya: "Jangan la kamu jadikan rumahmu seperti kubur
(hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang
dibacakan Surah Al-Baqarah".

3)Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah saw juga menggalakkan agar:
Memperbanyak salat dan membaca Al-Quran di dalam rumah Baginda
bersabda yang bermaksud "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak salat
dan membaca Al-Quran" (Hadis riwayat Al-Baihaqi) Sedapat mungkin,
digalakkan juga agar dilaungkan azan pada setiap waktu salat dan
bersalat jemaah.

Saturday, January 3, 2009

kembali semula.. hargailah masa

assalamualaikum smua..
skarang aku kat klia, tengah tunggu member2 len datang.. smua el-biruni members naik MAS,flight mlm ni kul 9.30 mlm... kecuali Ratna Andalus.. die awal sket, Brunei Airlines kul 5.30ptg..

Hari ni, 3 JaN 2009, maka berakhirlah tempoh percutian kita di Mesia.. Sekejap jer rasanye cuti ni, pejam celik pejam celik.. dah kna dtg auckland smula..

takde idea nk tulis ape, dah lama tak menulis + menaip..
maaf la.. dah puas aku pikir, aku tulis bende ni je la.. tak tau dah nk tulis ape..huhu

kata2 masa itu emas, sudah dianggap lapuk oleh sesetengah pihak.. mengibaratkn masa dgn emas seolah2 masa itu boleh dibeli.. sedangkan masa itu tidak boleh diundur dan dipercepatkan...

so, kata2 pling ideal ialah =

"masa itu ibarat mata pedang yg tajam..jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.."

"ingat 5 sblum 5: masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati"

k lah, ilal-liqaq