Saturday, May 29, 2010

kau adalah anugerah....



aku melihat wajah-wajahmu
....sungguh tiap kali itu aku berterima kasih pada-Mu, Allah
dan aku sedar ini adalah anugerah dari-Mu yang paling bernilai buat diriku..
di saat aku mengharungi ketandusan jiwa.....bertarung dengan kelemahan
maka Allah hadirkan aku kekuatan..
kekuatan..... bahawa adanya diri-dirimu buatku
lantas aku diperingatkan akan amanah yang maha berat ini...

aku ini tidak sempurna..kadang-kadang masih dihimpit perasaan kebudakkanku
namun bila mana wajah-wajahmu ku lihat , aku sedar janji-janji pada-Nya
janji yang selama ini aku tanam sedalam-dalamnya
yang aku semat dengan air mata
bahawa aku akan genggam dan ku dakap sekuat-kuatnya hingga hujung nafasku
wahai adik-adikku...kau adalah anugerah
walau kau mungkin tak merasa

wahai adikku...
perjalanan ini masih panjang...buat dirimu,,buat diriku
namun gagahilah langkahmu....sungguh-sungguhkan jiwamu...peluk dan dakaplah
sedarlah bahawa Dia telah memilihmu atas cinta-Nya..


Allah sungguh cahaya-Mu itu sudah cukup buat ku lupa segala kepayahan
kerna sesukar mana pun perjalanan
itu semua takkan mampu menandingi keindahan kasih-sayang-Mu
dan anugerah ini...anugerah atas suatu kefahaman


@)______(@





rubbish!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
alhamdulillah 'ala kulli ni'mah
wastaghfirullah 'ala kulli zanbin


sedih!
tersentak!
itulah perasaanku tak kala melihat returned assignment tengahari tadi
hanya Allah yang tahu betapa aku terkejut dan gugur jantung aku time tu..

perkataan 'rubbish' terpampang dalam last assignment x-ray yang dihantar beberapa minggu yang lalu.. ya Allah sedihnyaaaaa.. mark yang dapat hanya dikutip sebab lab..huhu. boleh terima lagi kalau dapat mark skit.. tapi, perkataan 'rubbish' tu memang seolah-olah satu penangan terhebat padaku.. dush!

awal lecture tengahari tu, focusku hilang sebentar.. (melayan runtun hati..huhu) cuba bersikap rasional dan positif.. bersyukur dengan test.. alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu...


astaghfirullah... moga ini kafarah dosa2ku..
inilah teguran dari Allah untukku...

bayangkan, jika diakhirat kelak.. amalan kita ditolak oleh-NYA.. amalan2 kita jadi 'rubbish'.. na'uzubillah min dzalik..

jika amal kita pada hari ini ditujukan kepada selain Allah..maka bersedialah!

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili di hari kiamat adalah orang yang mati syahid. Maka dia didatangkan lalu diperlihatkan ni’matNya sehingga dia tahu akan ni’mat-ni’matNya. Lalu Allah bertanya, "Apakah yang engkau amalkan didalamnya ?"
Maka dia berkata, "Saya berperang di jalanMu hingga mati syahid."
Allah menjawab, "Engkau dusta !! Tetapi kamu berperang agar engkau dikatakan pemberani !"
Dikatakan, Kemudian diperintahkan kepadanya untuk diseret wajahnya hingga dilemparkan ke neraka.

Dan seseorang laki-laki yang mempelajari ilmu, mengajarkannya dan dia membaca Al Qur'an. Dan dia didatangkan kepadaNya, lalu diperlihatkan kepadanya ni'mat-ni'matNya sehingga dia tahu akan ni'mat-ni'matNya.
Maka dikatakan kepadanya, "Apakah yang engkau lakukan dengan ni'mat-ni'mat itu ?"
Maka dia berkata, "Saya mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Qur'an"
Allah menjawab, "Engkau dusta !! Tetapi kamu mempelajari ilmu agar engkau dikatakan 'alim dan engkau membaca Al Qur'an agar engkau dikatakan Qori' !"
Dikatakan, Kemudian diperintahkan kepadanya untuk diseret wajahnya hingga dilemparkan ke neraka.

Dan seseorang yang diluaskan rezekinya oleh Allah dan Allah memberinya semua bentuk harta benda seluruhnya.
Dan dia didatangkan kepadaNya, lalu diperlihatkan kepadanya ni'mat-ni'matNya sehingga dia tahu akan ni'mat-ni'matNya.
Maka dikatakan kepadanya, "Apakah yang engkau lakukan dengan ni'mat-ni'mat itu ?"
Maka dia berkata, "Saya tidak meninggalkan satu jalan pun yang Engkau ridhoi untuk berinfaq kecuali aku berinfaq di dalamnya untukMu."
Allah menjawab, "Engkau dusta !! Tetapi engkau lakukan itu semua supaya dikatakan dermawan"
Dikatakan, Kemudian diperintahkan kepadanya untuk diseret wajahnya hingga dilemparkan ke neraka.
[hadis riwayat muslim, dipetik dari Memperbaiki hati (How to Recitify the Heart) oleh Syaikh Abu Islam Shalih]

sama-sama kita jadikan peringatan.. dapat result teruk hari ni, boleh improve lagi.. masih boleh berusaha utk tingkatkan prestasi, jika kita dah dimahsyar kelak, dah tak boleh nak minta balik ke dunia untuk beramal semula.. no more turning back!

"sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dibumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya."
[al-kahf; 18: 7]

sentiasa tajdid (renew) niat kita.. moga untuk Allah semata.. hanya Allah, inshaAllah..mengharapkan hanya Redha dari-NYA.. masih ada masa untuk perbaiki diri menjadi umat terbaek! yuk berusaha! tarbiyyah dirimu! aja-aja fighting!

moga tiada kecacatan dalam rukun ikhlas.. moga grad dengan jayanya di mahsyar kelak, biiznillah..

hisablah diri kita hari ini, sebelum kita dihisab diakhirat kelak!

ummu sulaim
~meraih ketinggian harus ditempuh dengan kelelahan~

Wednesday, May 26, 2010

AQIDAH dan LAB

sedar tak sedar, dah nak habis dah lab kita utk semester ni.
cume tinggal satu report je lagi nak hantar....jia you!!!!

sejak dari sem1 first year dulu, first lab has always be the most horrible among all.
tapi berbeza pula dgn lab tahun ni...huhu

oh!utk pengetahuan pembaca yang budiman, setiap minggu kami diberi tajuk lab yang berbeza setiap orang. kalau sesiapa yang dapat tajuk yang sama, kira advantage la.( ye ke advantage?)

minggu ni saya ditugaskan utk membuat experiment berkaitan macrocycle. walaupun anda tak perlu tahu, rasanya macam nak bagitahu juga tajuk penuh die
" synthesis and properties of a nickel (II) tetraaza macrocycle and cobalt(III) "cage" complex"
experiment ni tak de la sesusah tajuk die. tapi report die mungkin susah.
tapi nak dijadikan cerita, Allah nak ajar saya banyak perkara rupanya.....

tragedy 1: i broke the glassware!
dalam satu hari je, elbiruni telah selamat memecahkan 1 filter funnel, 1 conical flask dan 1 round bottom flask.
yang bestnye kat uni ni, kalau pecahkan ape, anda tak akan dimarah. malah lab demostrator dengan muka yang manis, akan menolong anda menyapu serpihan kaca dan anda boleh meneruskan experiment seperti tiada apa2 yang berlaku 5 minit yang lalu.
however, since we're good girls, we clean up ourselves.
tapi agak malanglah kalau yang pecah tu flask yang mengandungi sample kita. boleh menangis kot kalau camtu T___T

tragedy 2: oopppsss....i forgot to filter the solution!
ni mmg rasa nak menangis sampai dah tak reti nak compose ayat utk bagitau TA apa yang berlaku.huh!
actually, i suppose to filter my solution before adding next solution so that the final product is pure from undissolve salt. tapi nak buat camne, ter'overlook' perkataan filtration waktu baca method tu.
nasib baik Allah tolong sedarkan sebelum proceed dgn lebih lama.
natijahnye, kene la buat satu step yang lebih dari orang lain...iaitu extraction.
tapi best jugak bile dapat belajar teknik baru ni.
perkara yang memujuk hati ..." tak pe la...Allah nak bagi persediaan utk honours kot"....
optimis sungguh~haha

ade lagi perkara2 'pandai' lain yg dilakukan dalam lab seperti salah set up baseline utk UV etc.
tak baik citer banyak2 sangat, nanti membuka aib sendiri...hikhik!

kenapa nak citer banyak2 ni ???
sebenarnye, apa2 pun yang kita buat, pergantungan kita hanyalah pada Allah.
Allah yang akan memudahkan kita, atau memberi kesukaran supaya kita belajar lebih banyak lagi.
sebelum masuk lab, kene activate "tawakal mode".
bila berlaku apa2 yang tak sepatutnya, siapa yang kita cari dulu? Allah atau lab demostrator?
sekecil2 perkara seperti membuat experiment juga mengajar kita ttg aqidah.
best kan?

Tuesday, May 25, 2010

take ukhuwah for granted....






unfortunately...sadly..some of us take ukhuwah for granted.. they thought that they can have ukhuwah anytime they want to...or when they wish to. because they realize ukhuwah is "BAIK".... ukhuwah will always care, protect, help them for "FREE". hmm... do you understand what i'm trying to say? yup we always take ukhuwah for granted...... we only searching for ukhuwah when we feel "down"..when we feel "sad"... but no one cares (no no.. that's TIPU. hmm ok2.. some are just not care) about "protecting the ukhuwah", or "belai the ukhuwah"...... at the end...guess what??? the viruses of ukhuwah come and infect all your loves, sweet memories, pictures, files, whatever documents you have made in the name of "ukhuwah"....

ukhuwah..... is something big..significant, sweet, valuable..... and hard to find... but some "lupa" to show some appreciations for it.

strongly it is a reminder for me...

wallahu 'alam

Friday, May 14, 2010

indahnya tawakkal kepada-Nya


بِسْمِ اللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه

biasa sahaja kita menyebut doa ini...biasa sahaja kita mengulang-ulangnya....namun mungkin jarang yang mengimaninya..bahkan susah sekali hatta bagi yang menyedari maksud tawakkal yang sebenarnya pun masih merasakan beratnya praktikal tawakkal itu sendiri.

total penyerahan kepada Allah....mungkin semua mampu berkata:
"insyaAllah kita usaha sahaja kemudian tawakkallah kepada-Nya. Dia yang menentukannya"
namun apabila hasilnya tak seperti yang diharapkan..bisa sahaja hilang "tawakal" itu dalam diri kita. mula hati membengkak dengan pelbagai prasangka....boleh jadi juga kita berprasangka terhadap Allah dan ketentuan-Nya sedangkan Dia yang lebih mengetahui...nauzubillah.

pernah merasa indahnya tawakkal kepada-Nya? Subhanallah hanya hamba-Nya yang terpilih yang diberikan hadiah tawakkal sahaja yang mampu untuk menjawabnya.

tidakkah terfikir betapa Allah mendidik kita menjadi manusia yang sentiasa "cool" dengan adanya tawakal kepada-Nya. masakan tidak bila sahaja tawakkal itu bertapak dalam hati-hati kita, apa sahaja kemungkinan, apa sahaja kesukaran dan kegelisahan tidak menjadikan kita cepat berputus asa....

lihat sahaja sahabat-sahabat r.a. bagaimana siksaan, kesengsaraan ketika zaman Makkah dulu dapat mereka atasi walaupun kalau difikir-fikirkan manusia mana yang sanggup menghadapinya.

kulit disiat-siat

dibakar atas bara

dipukul... diletakkan di bawah terik matahari

dihimpap dengan batu yang menyesakkan dada

di sula..sehingga syahid

dikurung... dibuang

diludah..... dibelasah.... diboikot..... semua mereka merasa..

namun semua itu tidak menjadikan mereka lemah malah lebih kuat menggigit Islam ini sekuat-kuatnya

kerana apa? kerana mereka sudah meletakkan total tawakal hanya kepada Allah

sehingga semua penyiksaan itu tiada apa-apa malah merupakan satu "hadiah"

kepada keimanan.
kerana mereka tahu bahawa mereka sekali-kali tidak akan disia-siakan.



hadapi dengan tenang...dan sentiasa berhusnuzhon dengan Allah..bukankah Dia yang lebih mengetahui...yang tidak menzalimi...yang sentiasa berlaku adil terhadap hamba-hamba-Nya dan Dia menjanjikan kesenangan dalam setiap kesusahan tidak cukupkah janji-janji-Nya untuk kita bertawakal kepada-Nya??

Allah, moga Kau jadikan kami hamba yang sentiasa bertawakal kepada-Mu

"dan barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya) [ath-thalaq:3]


wallahu 'alam

Wednesday, May 12, 2010

muhasabah H2O2

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad...

wahh! semua elbirunians rasanya tengah metekunkan diri menyiapkan assignment Green Chemistry.. esei about 4 pages on the manufacturing of H2O2... phewwwittt..haha

saja nak share sedikit.. rehat belajar jap..ngee~~
baruku tahu, susah rupanya nak hasilkan hydrogen peroxide tu..
ade 4steps: hydrogenation, filtration, oxidation and extraction.

so, tengah2 wat assignment ni.. selalu come across word 'purify', 'distillation', 'recovery'. 'extraction'..

ermm..
hati bertanya kembali..
asyik dop purify H2O2..nak hasilkn chemical yg environmental friendly... hati kita camana ek?

ada buat 'distillation' tak?
'purify' ke hati kita ni? .. kotorkah? atau sucikah?
sejauh mana kita berusaha untuk mendekat dengan Allah.. dan menjauh dari maksiat..
ade ke kita lakukan 'recovery' utk hati kita yang penuh dengan noda ni??

dan ingatlah Pesanan dari Yang Maha Agung:

Firman-NYA: "(Yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih." [Asy-Syu’ara, 26:88-89]

muhasabah balik diri kita.. camana hati kita hari ni? dah disucikan belum?
astaghfirullah...
moga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu, sedang.. mahupun akan datang..
sebabnya, kita ni memang tak kan lepas dari berbuat dosa.. ade je silapnya =(
so, turn back to Allah..
Allah is there for us..

'wasari'u ila maghfiratim-mir-rabbi'..

Firman-NYA: "Belum datangkah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [Al-Hadid, 57:16]

oraite..
nk g skolah, kelas NMR
wassalam

ummu sulaim
~meraih ketinggian harus ditempuh dgn kelelahan~

Thursday, April 29, 2010

tapisan Allah and column chromatography

bismillahirrahmaanirraheem

apakah itu?? itu namanya column chromatography..

unic sungguh buat lab ni walau kadang2 agak 'pening' dengan method2 yg pelik..hihi.. siapa sangka, disebalik liquid yg pada pandangan kita takde pape yg best, tersembunyi crystal yg cantek.. wow!!.. tapi nak dapatkan crystal tu bukan mudah, perlu ditapis dan ditapis dan ditapis dengan solvent yg banyak.. hingga kita rasa membazir je guna solvent banyak-banyak ni.. last2, masuk sink jugak.. huhu.. tapi bila filtered, then dah dry cyrstal tu.. subhanallah! cantek amat!

'mungkin tak bernilai pada pandangan zahir kita, tapi ada nilainya di sisi Allah.Allah Maha Teliti lagi Maha Adil'

tapisan itu pasti! untuk mendapat yang berkualiti dan bernilai!


TAPISAN ALLAH:
jom flashback sket kisah jalut dan talut. [al-baqarah 246-252]. jelas kat ayat dalam surah al-Baqarah tu berlakunya tapisan-tapisan untuk memilih dan melihat siapa yg benar-benar beriman dengan-NYA.

tapisan demi tapisan, ditapis dan ditapis.. walaupun akhirnya, kuantiti yg tinggal itu sedikit.. tak mengapa, kerana kualiti mengatasi kuantiti.

kuantiti bukan pengukur sebuah kejayaan, tapi kebergantungan dan pengharapan hanya pada Allah itu pengukur yang membezakan! kerana KEMENANGAN itu hanya dari ALLAH.

dan untuk melepasi setiap tapisan itu, memerlukan pengorbanan yang BESAR. korban jiwa mahupun harta. korban masa dan tenaga. korban segala-gala. jangan sedih dan gusar dengan perngorbanan yg kita lakukan walaupun hatimu menangis tak bersuara. kerana, semuanya ada nilai di sisi Allah. berbahagialah dengan jual-beli itu! Bukankah Allah menjanjikan kita syurga yg lebih indah dari dunia dan isinya?
pengorbanan itu ertinya terkorban

di setiap tapisan, Allah beri kita ujian.. disetiap ujian Allah bekalkan kita kekuatan. moga berjaya melepasi setiap tapisan. yang akhirnya membentuk crystal yg cantik. membentuk diri menjadi individu-individu muslim.

nak tak jadi crystal yang cantek?? melepasi tapisan!
jom berusaha menjadi permata-permata syurga, biiznillah...

clik sini utk kisah jalut dan talut

ummu sulaim
~meraih ketinggian harus ditempuh dengan kelelahan~
*terinspired dari elbirunians..hehe..jazakunnallah khair*

Wednesday, April 14, 2010

mengejar sinar..


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

suka untuk saya share sedikit tazkirah diri ketika autumn break baru-baru ini.
dimulakan dengan mendapat email.. hanya Allah yang tahu perasaan time saya baca email tu. diassign untuk menjadi driver, to drive an mpv!! bergetar hati time tu.. entah, tapi perasaan time tu memang tak dapat nak didescribekan.. bimbang, cemas, cuak.. semua bercampur baur.. Allah Maha Mengetahui segala isi hati...

ini kali kedua saya drive di negara asing ini. diberi kepercayaan untuk drive.. and it was a long drive. semua jalan kerete tu redah.. kampung, highway, jalan pusing bukit, jalan batu... good combination! pagi hari, petang dan malam.. hebat perancangan Allah untuk tarbiyyah dzatiyah diri ini.. terima kasih Allah

first time drive dulu.. jalan liku2.. dan estima hampir2 terjatuh gaung,huhu.. Allah masih sayangkan kami. andai benar masa panggilan untuk bertemu dengan-Nya telah tiba, mungkin saja kami jatuh dalam laut biru itu.. tapi, tidak.. kami diselamatkan.. alhamdulillah.. hebatnya tazkirah kematian buatku ketika itu..

perjalanan kali ini memang mantap! berjam-jam pusing bukit, kadang2 silau matahari ketika menaiki bukit mengena mata.. memang tak nampak jalan!ketika menukar gear time pusing2 bukit, hampir2 mengulang tragedi hampir sama.. astaghfirullah.. sesak dada rasanye time tragedy tu.. astaghfirullah.. astaghfirullah.. tapi, tak syahid lagi.. ku berfikir sejenak, masih ada tugasan yg tak settle dibumi ini..hummm.. (usaha lagi!!)

dan trip ini juga mengajar diri ini erti paling bermakna ketika drive tgh2 malam.. bg diri ini yg tak biasa drive, nk maen2 ngn lampu memang agak kekok.. sy ditempatkn di posisi kete no 2 out of 5. drive di tengah-tengah malam yg kelam memang menscarykan, ahli van semua nya tertidur kepenatan.. tiada lagi teman berbual ketika drive hilangkan ngantuk dan sepi.. hanya cd lagu menjadi teman..

pengajaran paling best yg Allah bagi adalah carilah cahaya!
jangan biarkan sinar itu hilang.. kejarr!!


driving di malam pekat hitam, tanpa lampu jalan, hanya bersuluhkan lampu kereta dan line putih jalan.. untuk insan yg tak biasa drive cam sy ni, ini memang mencabar..
takut..
bimbang betul saya jika mpv summayyah meninggalkn mpv safiyyah ini..
benar..
sgt takut...
takut cahaya itu hilang..
jika mpv summayyah dekat didepan, paling kurang.. sy dah nampak jalan di depan tu camana.. dah boleh budjet nk slowdown ke nk pecut.. dah nmpk gmbrn jalan yg juga bakal diredah nnt..
tapi, jika mpv depan hilang.. sinar di depan hilang.. dan perasaan takut datang!
subhanallah..
hati berdebar
gentar...
sedih.. dan sayu..
bimbang jika sinar islam itu hilang..
bayangkan, jika Allah nk tarik ni'mat iman, islam dan hidayah yg diberikan pada kita pada hari ini??
na'uzubillah...

takut sekali.. jika Allah tarik ni'mat hidayah yg diberi pada hari ini..
takut sekali.. jika ni'mat berada bersama orang-orang yg soleh dan solehah tidak lagi dirasai
takut sekali.. jika cahaya islam yang menerangi pada hari ini, tidak lagi memancarkan cahaya

nauzubillah...

"dekat awk follow kete summayyah??asyik pecut jer... " -kata driversummayyah
"saya takut kak..huhu"driversafiyyah

Ya Robbul Izzati,
Jangan Kau palingkan hati ini

Setelah Kau beri hidayah

Sesungguhnya Kau Maha Pengasih


ya allah, terangilah hatiku dengan nur islam-MU.. iringi dan temaniku dengan ni'mat hidayah-Mu.. tetapkan hatiku dalam ketaatan pd agama-Mu.. pandulah setiap langkahku agar senantiasa dalam redha-MU..

nak jadi sehebat sahabiyyah juga!!
teruslah memburu cahaya hidayah-Nya.. buat penyuluh jalan di dunia ini..

"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan
membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya
menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia
(sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada
orang-orang yang tidak beriman" [Al-An'am, 6: 125]

~meraih ketinggian harus ditempuh dengan kelelahan~
ummu sulaim

Saturday, April 3, 2010

ni'mat masa oh Autumn Break!


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Pikiran tidak dapat dibatasi, dan lisan tidak dapat dibungkam, serta anggota tubuh tidak mau diam. Kerana itu jika kamu tidak disibukkan dengan hal-hal yang besar, maka kamu akan disibukkan dengan hal-hal yang kecil" - 'Abdul Wahab 'Azzam

Jika kita tidak menggunakan waktu yang ada untuk kebaikan, nescaya ke mana kita akan digunakan waktu itu? kalau tidak untuk kebaikan, ke arah keburukanlah tempat waktu kita luangkan.. nauzubillah.. hanya ada 2 pilihan. hanya dua. tiada antara duanya. kebaikan atau keburukan?. pilihanlah!

dan jiwa manusia itu, selalu cenderung kepada kesenangan dan kemudahan. suka hal hal yang mudah dan tak menyusahkan. sememangnya naluri kita benci pada perkara-perkara yang kita tak sukai, hal-hal yang berat dan rumit.

"oleh kerana itu, bawalah jiwamu kepada hal yang bermanfaat sekalipun berat! sebatas kemampuanmu". -Muhammad Ahmad ar-Rasyid

biasakanlah, pujuklah, didiklah hati kita terhadap hal-hal yang kita tak sukai, tetapi perkara itu baek untuk kita. agar nanti jiwa kita sudah terbiasa dengan perkara-perkara yang besar dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk meraih hal-hal yang tinggi.

didiklah hati kita, sehingga nanti kita boleh membezakan yang mana lagi utama. sehingga kita rasa perkara yang remeh itu remeh, dan menjauhkan diri kita dari menyibukkan diri dengan hal-hal yang kecil. kerana masih ada lagi perkara yang lebih besar untuk diselesaikan.

ajarlah hati kita, untuk menjaga amanah masa itu sebaeknya. selagi kita masih bernafas dalam jiwa seorang hamba, gunalah masa yang ada untuk terus berbuat kebaikan, bukan menjadi orang yang lalai. jadilah orang yang beramal dan bukan menjadi orang yang malas!. hargailah setiap turun naek nafas yang ada. Bersyukurlah! bersegeralah kearah kebaikan! ayuhh!

"Gunakanlah waktu itu sebaik-baiknya kerana waktu itu bagaikan pedang, dan janganlah kamu menangguh-nagguhkan kesempatan ini, kerana sesungguhnya tiada yang berbahaya dari sikap menangguh-nangguhkan kebaikan"- Hasan Al-Banna

oleh itu, saya menyeru diri saya dan sabahat sekalian..sama-samalah kita menggunakan masa yang ada ini sebaiknya, inshaAllah.. moga setiap saat itu lillah.. moga Allah redha


~meraih ketinggian harus ditempuh dengan kelelahan~
-ummu sulaim-
ps: nak guna nick baruuu.. hehehehe.. no more umm abiha, melati dan ++ aseff dah lama tak berkongsi di blog ini..
book ref: pelembut hati, MAaR

Friday, March 12, 2010

3rd YEAR!!!!

assalamualaikum....

seperti sudah lama tidak mencoret apa2 di blog ni....

adakah menggambarkan kehidupan 3rd year yang sibuk jiddan?
mungkin kami tidaklah sesibuk yang digembar-gemburkan...
cuma masih adapt dgn workload yang makin bertambah

~moga Allah kurniakan kelapangan masa buat kita semua~

akhirul kalam, just nak share sepotong ayat:

" Dan apakah orang yang sudah mati lalu Kami hidupkan dan Kami beri dia cahaya yang membuatnya dapat berjalan di tengah-tengah orang banyak, sama dengan orang yang berada dalam kegelapan, sehingga dia tidak dapat keluar dari sana?"
(6:122)

-RA-
ps: should i start writing my own public blog?