Thursday, September 29, 2011

malu dengan Allah

jam dihanset menunjukkan pukul 10.26 mlm...aku masih dipembaringan. sedang berkira-kira merehatkan badan.

lantas aku teringat malam ini ada pertemuan dengan anak-anak itu. semalam lagi kami patut berkumpul namun kerana ada meeting akhirnya aku batalkan. ketika aku pulang jam 11.20 malam semalam, dihadapanku penuh dengan anak-anak itu sedang menunggu untuk diisi hatinya. Namun aku sedar mereka mungkin sudah terlalu penat dan aku sudah terlewat 35 minit sedangkan esok anak-anak itu perlu bangun awal untuk mencari air menyiapkan keperluan diri. aku akur....mereka adalah rebung yang perlu aku jagai...tidak boleh terlalu keras takut-takut dilukai.

maka hari ini aku perlu tunaikan hak mereka...

Aku menghantar satu pesanan ringkas kepada salah seorang anak itu..
"Jannah, keluarga malam ni teacher tak pakse tau. kalu nak dtg, dtg je la, kalu nk study utk test pun teacher xkisah. so nt decide la ek nak ke x. kalu nak..ketuk rmh teacher..kalu xnk pun xpe." Sebenarnya aku berniat untuk menguji mereka....betul ke mereka rasa usrah tu best!

tanpa aku sedar, selepas menghantar pesanan ringkas itu melalui phone samsung kesayanganku itu, aku pun terlelap..


11.09 malam... aku dikejutkan dengan deringan phone "waving flag" dari seorang pelajar... dalam hati aku berharap agar mereka tak mahukan usrah malam nie... sebab AKU NAK TIDUR! AKU PENAT SANGAT! aku lupa niat asalku.....ya Allah layakkah aku merasa penat????????

namun beberapa minit kemudian aku terdengar ketukan pintu bersama bunyi air yang keluar dari sinki...(al-maklumlah di sini air hanya keluar pd tgh malam). aku gagahi diri untuk bangun.. dalam hati aku menyesal...kerana seperti telah main-mainkan tarbiyyah mereka. lantas pintu rumah aku buka dalam keadaan "BARU BANGUN TIDUR".. tatkala melihat wajah mereka...aku rsa sangat berdosa.. Ya Allah apa yg telah aku sia-siakan hari ini!!... memang benar...bilangan mereka tidak seperti semalam..... hanya ada 6 orang yg dipilih Allah dan aku tahu wajah2 inilah yang memang benar-benar menunjukkan komitmen untuk ditarbiyyah.

semasa menyampaikan pengisian....hanya Allah shj yg tahu betapa berdosanya aku............aku terlalu beruntung kerna ada mereka yang sebenarnya sedang mentarbiyyah diriku....

Ya Allah terimak asih krn hadiah ini.... wahai anak-anakku.. teacher sayang awak semua.

moga disatukan dalam cinta Ilahi


Friday, September 9, 2011

mari kita terbang ke syurga




tatkala melihat buku ini di sebuah kedai buku dan stationary yang popular di kelantan, hati aku terus jatuh cinta.

tajuknya sahaja dah buat aku terkenang saat-saat indah di sana... di sanalah aku mula bercakap tentang syurga...di sanalah aku mula mengimpikan syurga.... di sanalah aku bercita-cita terbang bersama-sama teman yang lain ke syurga....

syurga memang motivasi yang indah......

lantas buku itu terus ku beli........kerna aku tahu itu bukan buku biasa.....

ceh2......

aku tak pandai mempromosi tapi setakat pembacaanku, aku boleh katakan buku ni memang best.

seperti dalam dakwah/tarbiyyah kita ada 7 maratib amal yang akan membawa kita ke ustaziatul alam, dalam buku ini juga terdapat 7 maratib yang akan membawa kita ke syurga.

ada 7 tangga menuju syurga yang diceritakan oleh imam ghazali
1. ilmu
2. taubat
3. godaan
4. rintangan
5. motivasi
6. aib
7. pujian dan syukur
ke tujuh-tujuh tanggan ini adalah rintangan atau aqobat yang kita kena lepasi untuk mendapatkan syurga....insyaAllah..

wallahu 'alam.

Friday, July 29, 2011

ramadhan yg kami rindui..



bismillahirrahmaanirraheem..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah 'ala kulli hal

sekejap je kan masa berlalu? tinggal few days je nak ramadhan =)
allahumma ballighna Ramadhan.. ameen!

teringat dulu-dulu..(dan juga sekarang, inshaAllah)

ramadhan la bulan yang ditunggu.. ps: dulu-dulu, bukan tunggu ramadhan, tapi tunggu raya..aihh T__T
allah, syukur kerana diberi peluang merasai nikmat berpuasa dan menyambut ramadhan di negara omputih ni.. di sini la kami belajar menghargai Ramadhan.. di negeri yang time kami nak berjemaah nk gi solat terawih, mereka-mereka berjemaah nak pergi Friday night (party). time kami tengah berterawih, mereka baling2 tissue paper dari atas... kat kelas, muncul la soalan2 yang agak kelakar.."you gonna fastiing for a MONTH??!!!".."i'm gonna die if i do that.."
ahaha.. lawak sungguh.. kami masih hidup sampai hari ini, alhamdulillah!

kalau dulu-dulu.. berterawih di masjid ngan family.. tapi, di sini, kawan-kawan disekeliling ini lah family kami.. allah.. betapa bestnya nikmat ukhuwwah yang Engkau kurniakan..

walaupun bersolat bukan berimamkan suara2 imam muda yang best, hoho! tapi berimamahkan sisters/akhwat di sini pun sudah cukup best!
bukan takde imam kat sni, ada je surau berhampiran yang diimami syeikh, tapi tempat sangat limited.
mungkin inilah tarbiyyah yang Allah nak ajarkan.. melatih dan mendidik diri kami menjadi imam, bilal di kalangan kami sendiri.. di selit pula dengan tazkirah pendek..Allah, bestnyaaaa time tuuu. ^___^. rindu rindu rinduuu.. perkumpulan yang dinaungi dan dirahmati, inshaAllah!. sisters/akhwat kita pun bleh tahan gak imamahnya! :P

malam-malam pula, masing2 mengingatkan tuk bangun Qiam..sama-sama berusaha tuk menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan.. masing-masing bertebaran di rumah sahabat, tidur ramai-ramai di ruang tamu..kalau kita tak sedar alarm clock sendiri, inshaAllah alarm clock sahabat2 yang mengejutkan kita :P . kalau kat rumah, bukannya mak ayah tak kejut.. kejut je tuk qiam.. tapi, perasaan nak qiam tu cam..hummm..ntah, mebi time tu tak faham lagi.. kalau ikut mak ayah gi qiam kat masjid-masjid pun, end up.. sandar2 kat blakang yang kononnya nak rehat jap dan Zzzzzzzzzzzzzzzzzz... (-___-)"

obvious thing yang takde kat negeri omputih ni adalah takde pasar malam! or dalam perkataan laen BAZAR RAMADHAN! hoho.. kalau kat rumah, mesti ada la abang/kakak/adik beli ayam percik ke, cendol ke, air tebu ke, murtabak ke.. dan bla bla bla (meleleh air liur).. huh! ingat lagi, kalau dulu time berbuka, tersadai2 dek makan banyak. mana taknya, lauk pauk penuh meja kan? huhuhu.. nk berterawih, tunduk bangun solat pun dah tak selesa sebab perut penuh sangat..huhu
tapi disini, alhamdulillah, kami terdidik makan bersederhana.. kalau berbuka, takde la sedasat berbuka di rumah.. lauk tuk berbuka ala kadar je.. ye la, hari-hari ada kelas.. tak sempat kot nak masak special2.. kalau ada sahabat yang ada kelapangan, maka akan diinfaqkan masa beliau tuk buatkan kuih muih yang takde di jual dikedai..semua homemade :) time ni, bakat-bakat kuih tradisional mula terserlah.. yang tak penah dibuat, smua di cuba jaya.. weeeee... :)

alhamdulillah wa syukurillah
di tanah asing ini, kami mula mempraktiskan apa yg islam ajar pada kami.. ntah, seolah-olah baru menjadi muslim di sini..T__T.
mungkin hidup di lingkungan jahiliyyah kiri kanan depan belakang ni membuatkan kami lebih menghargai nikmat islam dan tarbiyyah itu sendiri..

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. .... (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." (al-baqarah, 2:183-185)

sweetkan Allah ni, awal-awal dah panggil kita dengan panggilan best, "orang-orang beriman". kalau kita rasa Allah panggil kita, mesti kita sahut apa yang Allah nak suh kita buatkan? :) lepas dah panggil kita dengan panggilan best tu, baru Allah gtau yang kita ni diwajibkan puasa. tapi, tak stop kat stu.. Allah sambung lagi, seolah-olahnya nak cakap, puasa tu bukan benda susah... orang-orang sebelum kita pun dah buat jugak... supaya kamu bertaqwa :) sweet lagiii!!! kalau ada keuzuran, takpe.. ada rukhsoh yang disediakan.. Maha Penyayangnya Allah pada hambanya...

"Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang bathil). " (al-baqarah,2:185).

akhwat fillah :)
dimana pun antunaa berada.. kita masih lagi bernaungkan langit yang sama.. masih lagi bersaksikan Allah yang satu sebagai Ilah, dan Muhammad sebagai utusanNYA.. moga ramadhan kali ini lebih baek dari tahun sebelumnya.. moga keluarnya kita dari sekolah tarbiyyah ramadhan, kita menjadi insan yang lebih baek di sisi Allah, inshaAllah. dari muslim menjadi mukmin dan seterusnya muttaqin, inshaAllah! :)

ahlan wa sahlan ya ramadhan, wa da'a likaya jahiliyyah.

allahumma ballighna ramadhan... hamba ini rindu! sungguh.

Saturday, July 23, 2011

bila sedih, ingat ni!

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..






ingin berkongsi cerita
pernah suatu hari..aku menangis
lalu aku mencari selimut, kelubungkan diri.. ahh.. terasa ingin meninggalkan persoalan dan kekusutan melingkari fikiran dan jiwa.. air mata terus mengalir
ingin pejam mata, dan tidur.. tapi airmata terus mengalir membasahi bantal..
macammana nak tidur, jika airmata terus mengalir? (T__T)
ahhh.. bungkam rasanya, serba tak kena..
lalu dicapai alquran, membaca dalam sedu.. mentadabbur surat cinta DIA buat kita..
airmata terus mengalir.. namun ada tenang disitu walau bacaan yg tersekat-sekat ditahan tangis
aku yakin, itulah kekuatan KITA, kita ada ALLAH, kita ada QURAN

"dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang DIA kehendaki dan membatasinya bagi siapa yang DIA kehendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman"

"katakanlah, "wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (kecuali syirik)". sungguh, DIA-lah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." [39: 52-53]

tarbiyyah banyak mengajar kita.. baaanyaaakk sangat
antaranya, mentarbiyyah diri dengan al-quran :)

the sweetest thing in my life ^___________^

Allah tak pernah kecewa dengan kita, Allah sentiasa menanti kita kembali padaNYA.. lalu, mana mungkin kita pula yg lebih-lebih nak kecewa dengan diri sendiri kan?

Allah is there waiting for us.. lalu di mana kita?

Nabi SAW bersabda lagi :
"Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun ( ke langit dunia ) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir. Ia berfirman : "Barang siapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia."
( HR Bukhari dan Muslim )

kerana aku masih punya Allah!

i'll be fine, inshaAllah =)

Saturday, June 25, 2011

nilai sebuah usrah

Alhamdulillah.. tsumma alhamdulillah. Hari ini di dalam perancangan dan ketetapan Allah akhirnya aku mampu duduk dan bernafas dalam suatu keluarga.

dan apabila sahaja murobbi itu membuka majlis dan dengan kata-katanya....tiba-tiba suatu perasaan sayu menyerpa. dalam hati aku berdetik.. "Ya Allah, dah lama aku tak hidup dengan perasaan ini."

dan aku benar-benar merasai betapa besarnya nilai keluarga ini di sini............

sebab untuk mengavailablekan diri untuk duduk dan beriman sejenak di waqi ini terlalu sukar.... kadang-kadang aku snediri tak pasti adakah aku benar-benar busy atau sekadar melepaskan diri


dan aku sedar tanpa keluarga ini aku tak mampu hidup lebih dekat dengan Ilahi.... moga suntikan iman hari ini dapat menjadi penguat buat perjalanan di hadapan nanti..

Sahabatku......moga kita terus menghargai sebuah kelurga yang paling istimewa yang Allah hadiahkan kerana nilai sebuah keluarga itu terlalu besar untuk diperjudikan... tak kiralah siapa pun ahlinya..... yang mungkin baru kita kenal selama seminit, sejam mahupun setahun dan bertahun-tahun... ruh kelaurga itu akan tetap kita rasai andai yang mengikat pertemuan itu adalah kerana keimanan kepada Ilahi...

:).. i feel like... i'm a live..

Thursday, June 9, 2011

Saturday, May 14, 2011

Happy teacher's day... is everyday



salam...sorry sangat2 teacher.. saya xgi kelas td sebab ada masalah ckit. Harap teacher tak kecik aty....
hatiku sedikit tersentuh dengan txt anak ini yang aku terima pada pukul lebih kurang satu pagi. Biasalah budak asrama akan tidur lewat tambah-tambah dah nak dekat peperiksaan final sem satu ni. Memang masa aku datang ke kelas malam tu jam 9 malam, anak ini langsung tidak kelihatan. Bukannya kelas wajib pun...malah bukan aku yang teringin benar nak buat kelas. Tapi disebabkan ada beberapa pelajar yang ingin belajar chemistry maka aku datang menunaikan kewajipan kepada mereka. Kasihan banyak kelas mereka yang "burn" sebab cikgu selalu ke kursus itu dan ini.

Namun bukan pelajar ini sahaja yang tak datang, ada lagi beberapa orang yang agak lemah tapi tidak juga hadir.

aku membaca txt anak ini berulang kali....entahlah tapi aku benar-benar tersentuh dengan kata-katanya. Pelajar ini selalu concern dengan perasaanku. Andai aku diam sikit dia akan bertanya "Kenapa teacher diam je?"....

Pelajar dari kelantan ini terlalu "pekat" bahasa kelantannya. Kadang-kadang memang susah nak faham. Namun dia seorang pelajar yang pintar...dan yang paling mengharukan, pelajar ini selalu bersemangat untuk buat kimia... walaupun pada mulanya semasa aku diberi tugas untuk mengajar mereka, dia macam tak endah je apa yang aku cakap kat depan. Seperti tak ada "mood" nak belajar kimia dengan cikgu baru. Yelah al-maklumlah cikgu baru yang masih merangkak-rangkak dalam menjadi seorang guru.

kadang-kadang aku seakan fed up nak mengajar...yelah asal aku suruh hantar kerja sekolah je mesti tak hantar. Susahnya nak tengok mereka buat tugasan yang aku beri. Sampai kena gertak "Kalau awak tak hantar kerja saya...saya assume awak tak suka saya mengajar!Jadi saya akan request tukar cikgu".

Kalau cakap macam tu barulah terhegeh-hegeh nak hantar kerja sekolah.....Deal dengan pelajar-pelajar upper form memang menguji kesabaran.


jam 12. 30 tengahari keesokkannya barulah aku membalas txt anak itu...

"teacher tak kecik hati pun. Ada yang nak buat kelas, teacher datang je"

dengan pantas aku menerima txt balasnya kembali..

"Nanti ada mse sy tnye ckgu tjk y sy x pham...."


when your students concern about your feelings and emotions...that is the heart-touching n sweet thing of being a teacher... n when they eager to learn chemistry that is a very heart-fulfilling thing of being a chemistry teacher... n when they come close to the Almighty because of your words..advises..that is a very-very valuable thing in life. [happy teacher's day...]


entahlah

Andai dulu sewaktu di sana, mad'u itu kita diberi. Mungkin juga kita yang cari tapi dalam kuantiti yang kecil.

Andai ada masalah dalam gerak kerja, kita senantiasa ada akhawat-akhawat lain disisi. Andai kita buntu mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah mereka, maka akan sentiasa ada murobbi menasihati dan menunjuk jalan. mungkin juga orang lain yang memikirkan jalan buat kita.....

andai dulu kita berputus asa dan ingin melepaskan segalanya.. ingin lari dari tugas ini, pasti ada sahabat yang memberi kata-kata semangat, memujuk hati agar terus kuatkan diri..

Namun di sini... semuanya sendiri
mad'u tidak langsung diberi sebaliknya perlu dicari...Nah kini kita ada 500 orang mad'u siapa harus kita santuni dulu...?

kita sendiri yang tentukan.....

andai kita punya masalah untuk memulakan mungkin ada yang lain boleh membantu namun kita harus hadapinya sendiri...Ya kita tidak pernah sendiri sebab Allah sentiasa di sisi.

andai kita mahu berputus asa dan menyendiri tiada siapa mungkin peduli...kita sendiri harus kuatkan diri....

kita sendiri perlu memujuk diri.....jangan biar Qur'an itu jauh dari hati...

andai kita tidak sabar memegang janji Ilahi maka segalanya akan terhenti di sini...

selamat menjaga tarbiyyah diri.

mode: kecewa!! sepatutnya dapat balik K.L dan recharge disana... Namun disebabkan "kononnya" ada kelas Chemistry utk anak-anak form 4..maka terpaksa batalkan niat. tiba-tiba kelas itu dibatalkan..Allah knows best. mungkinkah keinginan saya tak cukup kuat???

Saturday, May 7, 2011

ujian adalah tarbiyyah dr Allah


ujian adalah.......tarbiyyah dari Allah, apakah kita kan sama ataupun sebaliknya...

kita takkan benar-benar beriman selagi mana kita tak diuji...... kerana ujian itu adalah ujianlah... macam ujian selaras di maktab-maktab kita. Kita takkan tahu students kita ni sebenarnya faham ke tak melainkan selepas diuji dengan test or quizes.

begitu juga manusia...fitrah yang telah Allah tetapkan bahawa setiap manusia itu pasti akan diuji untuk Allah melihat siapa lebih baik amalannya seperti dalam surah Al-Mulk

Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)

dan mengertilah ujian kita ini sentiasa ada peningkatan yang bermaksud ujian yang datang akan semakin susah.

dan kini baru saya mengerti di mana tahap saya dalam tarbiyyah ketika ini......barulah sedar betapa hinanya diri ini....terasa sepeti seorang "bukan doktor" tapi menyamar dengan berpakaian doktor bersama stetoskopnya...

Sunday, April 24, 2011

comeback

Assalamualaikum... Hi there!..

long time no see.... the memories keep hunting me... the times where we spent times eat together, jaulah together.... the times when we sit, talk (heart to heart) and curhat... i miss all the moments.

BUT please live in reality wahai diri! we'r not in Auckland anymore...
i think all the teachers are busy at the moment... me too. too many things to do sampaikan i have no time for myself!. we don't need time for ourselves actually what i mean the time to "recharge" myself.... now i really understand i guess what does it means by "kalau kita tak sibuk dengan dakwah dan tarbiyyah maka kita akan disibukkan dgn hal-hal dunia yg lain"...

i admit it just too hard to endure all these.. and i really thanks u guys for not leaving me alone... ade je someone yg akan call, msg tanya khabar n bg ayat2 "penenang jiwa".

but i always tell myself.. for how long i want to be like this??... i know that i should make a start... a start for everything. the first step is always the hardest thing to do.

life here is quite stress.....students with weird attitudes and masalah air yg kronik.. sometimes i just wanna quit! but i know Allah purposely send me here with reasons.. and i already promise to myself that i'm the one who's gonna make the change!...[walk ur talk!!!!!!! ]

guys.... just wanna share with u dat..if you really sincere and honest to do all these, Allah is always with us. Believe me and try to make me believe that this is true... this is the right path to walk on till the end.......

with love and prays