
aku meletakkan beg penuh dengan buku-buku dan file ku..alhamdulillah akhirnya tamat perjuangan di kertas pada hari ini. Namun dalam hati aku hampa, masih hampa kerana merasakan tidak bersungguh-sungguhnya aku dalam menunaikan amanah ini.
sedangkan seharusnya kita bekerja, menggerakkan seluruh kemampuan seolah-olah tawakal itu tidak pernah ada. hanya hati itu yang bertawakal sepenuhnya tanpa memikirkan sebab dan akibatnya.
entah mengapa tiba-tiba Allah limpahkan suatu perasaan...perasaan untuk mencari dia. Jiwa aku jadi tak tentu arah. Selesai solat, aku bersiap rapi biar dalam keadaan yang terbaik untuk berjumpa si dia...."imej Islam itu harus di jaga" bisikku di dalam hati.
Aku melangkah ke uni semula....berjalan seakan tidak punya arah. Dalam hati aku berharap Allah pertemukan kami.... aku berjalan..ke tempat-tempat berpotensi mana tahu dia mungkin ada di situ... namun pencarianku hampa....sunyi di tempat-tempat kebiasaan itu.
aku berfikir sendirian...kalau tidak sekarang bila lagi aku akan ada kesempatan untuk memberi hadiah yang paling istimewa ini.. aku sendiri tak dapat menjamin diriku bahawa aku akan amanah dalam menjaganya...kerna aku sendiri selalu bimbang akan hilangnya ia dalam diriku.
Aku jadi resah...gusar..... ramai lagi si dia yang masih tidak tahu kewujudan hadiah ini sedangkan ia milik si dia....
Allah moga masih ada kesempatan untuk aku berkongsi anugerah yang bukan hak milikku ini.

1 comment:
semua orang berhak mendapat hadiah itu..
astaghfirullah..
bimbang jika hadiah tak sampai pada si dia..
apa harus ku jawab di depan yg yang Maha ESA??
=terus berkerja kawan2=
.faeza faraghta fansob.
28:77
Post a Comment