Dia bukan calang-calang orang.
Anak kesayangan seorang wanita bangsawan yang disegani masyarakat tika itu.
Segala yang ada pada dirinya adalah yang terbaik.
Baik pakaiannya, wangiannya semuanya adalah yang paling baik pernah dimiliki manusia ketika itu.
Namun, pabila 'cahaya itu' mula mencuri hatinya, dia tak mampu berpatah lagi.
Dia yakin dengan pilihannya. Namun, dia yakin pasti ada yang akan menentang cintanya itu.
Demi mempertahankan cinta itu, dia memilih untuk merahsiakannya. Tapi rahsia tak mungkin selamanya menjadi rahsia.
Kini tibalah saat paling getir dalam hidupnya. Dia dipaksa untuk memilih antara dua. Antara cinta Tuhannya atau kasih ibunya.
Berbekalkan keimanan yang tinggi, dia nekad memilih cinta Tuhannya. Maka terputuslah hubungan antara ibu dan anak.
Ketahuilah bahawa kisah cintanya itu tidak terhenti sampai di situ sahaja. Setiap cinta pasti menuntut pengorbanan. Dan demi cintanya yang agung itu, bukan sedikit pengorbanan yang ditagih.
Tiada lagi kemewahan yang mengulit segenap susuk tubuhnya dan tiada lagi hangat kasih seorang ibu menghiasi relung hatinya. Bahkan keadaan dirinya itu turut mengundang tangis dan hiba para sahabat.
Benarlah janji Allah itu, Dia takkan pernah mensia-siakan iman hambanya. Selepas mendung berarak, pelangi ceria mula menyinari hidupnya.
Pengislamannya membawa rahmat kepada jiwa-jiwa yang dahagakan kasih Tuhannya. Berkat usaha gigih dan kebijaksanaannya, cahaya Islam itu sampai kepada hati-hati yang mencari Tuhannya. Dan berkat kegigihannya jua, membuka jalan bagi suatu peradaban dunia, penubuhan sebuah negara Islam yang pertama.
Dan pengorbanannya itu jua Allah hadiahkan dengan hadiah yang takkan pernah terbanding iaitu SYAHID di jalan-nya.
Benarlah, Allah telah membeli darinya dunianya untuk akhiratnya.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin , baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenanag yang agung." [9:111]
Dan berbahagialah insan yang bernama Mush'ab bin Umair atas jual belinya dengan Tuhan-Nya.
**************************
**************************
Di sepanjang perjalanan ini, terlalu banyak ranjau yang mendatang. Demi untuk terus berada di sini, bukan sedikit perngorbanan yang harus dilakukan. Bukan sedikit air mata yang tumpah dan terlalu banyak luka di hati. Namun percayalah, semua ini tidak sia-sia. Dia menilai setiap usaha dan janjinya itu pasti dan tiada yang lebih menepati janjinya melainkan Dia. Bersabarlah wahai hati.
-Ditujukan buat para Mujahidah yang sedang berjuang di jalan-Nya. Moga Allah merahmati usaha kita.-
1 comment:
nape trade me?
perlu layari www.trademe.co.nz ke?
:P
Post a Comment