Saturday, September 4, 2010

Terus berusaha

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang kutahu hanya tuk diriku
Sampai hujung dunia
Akan ku terus mencari
Ya Rabb
Sampaikanku pada cinta-Mu
inspired by a song

Ramadan yg penuh barakah bersisa hanya beberapa hari sahaja lagi

Sama ada kita suka atau tidak

Sama ada kita benar-benar beramal dgn sebaik mungkin atau tidak

Sama ada kita beroleh taqwa atau tidak

Dia pasti akan meninggalkan kita

Pasti!

Maka dalam tempoh yang masih berbaki ini

Berusahalah sehabis daya

Berdoalah setulusnya

Bertawakallah dgn sebenar-benar tawakal

Moga Ramadan ini yg terbaik pernah kita lalui

Moga kita tidak menyesal bila berpisah dengannya.

Ameen.

No comments: