Friday, September 17, 2010

Siapakah yang lebih zalim?

kisah malam itu masih bermain-main lagi difikiranku. Melihat wanita yang kemabukkan dalam keadaan yang sungguh menyayat hatiku. Perempuan itu menangis sambil berusaha untuk bangun dari kejatuhannya. tahu sahajalah kalau dalam keadaan mabuk manusia akan hilang keseimbangan fizikal dan mentalnya.

Ya Allah alangkah beruntungnya aku dipilih sejak lahir dalam deen ini. Namun dalam pada masa yang sama aku jadi malu. Malu pada perlakuanku terhadap nikmat yang maha besar ini. wajarkah untuk terus berasa selesa begini? wajarkah untuk sudah berasa bahagia sendiri?

kitalah manusia-manusia yang kejam itu..kitalah hamba-hamba-Nya yang zalim! kerna kita tahu manusia itu sakit, kita tahu apa ubatnya bahkan kita ada ubatnya namun kita hanya diam diri kaku mati sahaja.


Andai kata manusia-manusia yang terhalang dari fitrahnya itu mati dalam keadaan mencari kebenaran boleh jadi Allah lebih menerimanya berbanding kita.....

No comments: