Thursday, October 7, 2010

perang jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم


saya tak pernah menghayati perang uhud ini sebegini....sehinggalah saya membaca sebuah buku oleh seseorang yg dijadikan icon oleh kebanyakkan manusia kita. Kehebatannya menulis siapa sahaja yang tak terpukau.....siapa sahaja yang tak berjiwa bila ditusuk dengan kata-kata yang menyegat.

Perang uhud menyaksikan umat Islam mengalami situasi-situasi yang menyedihkan.... selalunya kita melihat perang ini sebagai suatu kekalahan bagi umat Islam.....dimana ramai sahabat-sahabat yang hebat syahid di medan ini termasuklah Hamzah Asadullah, Mus'ab Umair, Anas bin Nadhir, Amr bin Jamuh, Abdullah bin Jahsyi, Hanzalah dan beberapa orang lain lagi termasuk bapa Huzaifah.

Dalam perang uhud inilah kisah umat Islam yang meninggalkan posisi demi merebut harta ramapsan perang ketika ditengah-tengah perang yang dirasakan hampir tamat itu.

Dalam perang inilah Rasulullah s.a.w mendapat luka, diserang kiri,kadan,depan dan belakang baginda di saat barisan-barisan sahabat-sahabat menjadi kucar-kacir, berselerak seakan tiada terpimpin. Apatah lagi di saat ini berita kewafatan Rasulullah menjadi pembunuh semangat-semangat sesetengah sahabat. Hati mereka tak keruan....ada yang mahu berpatah balik ke belakang disebabkan ketiadaan nabi s.a.w, pembakar semangat juang....


Namun disebalik yang terjadi sebenarnya Allah merancang suatu yang lebih besar lagi.... bukanlah kemenangan dan banyaknya harta rampasan di dalam perang itu yang penting....kerna ada kemenangan yang lebih besar yang ingin Allah ajarkan kepada kita iaitu kemenangan jiwa iaitu manfaat yg lebih besar yang mesti didahului dengan kesulitan, kesakitan dan ujian yang berat serta pahit untuk ditelan.

Uhud: Menang------>>>kalah--------------->>>kemenangan yg lebih besar


Kerna kekurangan, kelemahan, kesakitan yang mereka alami itu kerna Allah mahu menyeleksi jiwa-jiwa yang benar-benar ikhlas di jalan-Nya dan memilih barisan-barisan-Nya agar sahabat-sahabat ini disucikan dari segala kepentingan-kepentingan yang bukan berkaitan dengan-Nya.

betapa halusnya tarbiyyah Allah...subhanallah... begitu juga dengan kita.... Allah senantiasa akan menguji kita tak kira dalam apa keadaan sekalipun.... mungkin dengan kesedihan. mungkin dengan kesenangan dan sebagainya...itu semua kerna ada sesuatu yg mungkin tidak suci dr pandangan Ilahi....mungkin ada niat2 yg telah dicemari, ada hati-hati yang meragui...wallahu 'alam.


dan tidak kira apa pun ujian-Nya ketahuilah itu kerna Dia mahu kita sentiasa ingat kepada-Nya kerna kesayangan-Nya dan kecintaan-Nya kepada kita lebih dr yang kita ada untuk-Nya. Dan ujian itulah untuk Dia meninggikan darjat kita di sisinya

6:132. dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) Yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa Yang mereka lakukan.



No comments: