Bahasa-bahasa kiasan ini biasanya kan menggunakan perkataan -perkataan seperti umpama, bagai, laksana, macam, seperti dll untuk menguatkan dan menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, gemuk macam badak. Badak digunakan di sini untuk menguatkan lagi statement gemuk itu kerana badak itu sendiri memanglah secara lahiriahnya dilahirkan sebagai haiwan yg gemuk. (hatta cucur badak pun gemuk, hihi).
Susu yang murniikhlas itu bererti kita mengkhususkan segala perbuatan kita hanya kepada Allah semata-mata dan melupakan sebarang pandangan manusia dalam setiap amal perbuatan kita. Maksudnya di sini, ikhlas itu hadir bila bila kita membuat sesuatu amalan itu hanya untuk Rabb yang maha esa, dan kita langsung tidak mengharapkan sebarang pujian atau takutkan makian manusia. Solely kerana Allah semata, tidak bercampur dengan tujuan-tujuan lain.
Begitu jualah susu. Di dalam al-Quran, Allah menceritakan perumpamaan yg indah untuk keikhlasan.
"Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada di dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya." [An-Nahl:66]
Dari bahagian mana susu itu keluar dari binatang ternak? Sudah tentulah, dari tempat yang antara darah dan tahi keluar, maka keluarlah susu yang bersih lagi menyegarkan. Bahkan sangat bagus untuk manusia dan anak-anak binatang tersebut.
Pernahkah kita meminum susu dan mendapati susu yang kita minum itu bercampur dengan setitis darah mahupun tahi? Mestilah tak pernah kan....yucks! Sedangkan susu itu sendiri datangnya dari tempat yang sama dengan kedua-dua darah dan tahi, tapi tak pernah pula susu yang kita dapati itu bercampur dengan kotoran tersebut. Begitulah hebatnya ciptaan Allah dan betapa penyayangnya Allah itu memberi suatu nikmat yang cukup besar buat hamba-hamba-Nya.
Sepatutnya, macam itu jugalah amalan kita. Setiap amal yang kita lakukan itu hadir dengan niat yang ikhlas untuk mendapat redha Allah semata-mata. Tidak bercampur dengan anasir-anasir luar yang mengotorkan kesucian sesuatu amalan tersebut. Sedangkan Allah sendiri memberi kita susu yang murni dan tidak bercampur, maka adakah pantas bagi kita memberi-Nya amalan yang tercampur?
Mari mensucikan setiap amal perbuatan kita buat-Nya, sejernih dan semurni susu.
Wallahu'alam.
2 comments:
Subhanallah...hati ini selalu mengharap agar Allah sentiasa mensucikan...menjernihkan segala ketidak ikhlasan dalam segala urusan kehidupan... Ya Allah kurniakanlah kami hati seputih susu....
moga dlm setiap urusan yg kita lakukan itu,
tiada selainnya yg kita harapkan kecuali redha Allah.
tak nak nnt bila sampai 'di sana' Allah campakkan buku amalan ke muka kita kerna niat kita tidak suci.
naudzubillah hi min zalik.
Post a Comment