Wednesday, October 13, 2010

tarbiyyah ini adakah tukar gantinya?


merasai bagaimana cintanya baginda kepada dakwah ini....
walau perjuangan itu menempa sejuta halangan dan penderitaan

Namun tiada tukar gantinya dakwah ini
Di saat beliau dipulaukan.....dicaci...dimaki dan dihina
walau ada yang cuba membelinya dengan harga dunia

namun dakwah ini tiada gantinya
walau manusia yang dicintainya itu....manusia yang menemani perjuangannya...bersama ketika pahit manis naik turunnya dakwah
akhirnya mahu baginda turut akur dengan kehendak Quraisy lantaran tiada kesanggupan lagi melihat Rasul yang mulia itu jadi mainan


Menitilah dibibirnya..

"andai matahari diletakkan di tangan kananku dan rembulan di tangan kiriku agar aku menghentikan da’wah ini, aku tidak akan pernah berhenti sampai aku selesai menunaikannya atau aku tewas di dalamnya"


adakah hari ini... ilmu sihir itu mahu kita tukar gantinya dengan tarbiyyah Ilahi??


No comments: