Sunday, May 20, 2012

kenapa tidak sama? kerna ujian kita berbeza..



sejak akhir-akhir ini aku banyak memikirkan tentang perjalanan yang semakin kabur ini. Aku sedar hakikat ini...Aku tahu benar tentang misinya. aku tahu setiap saat dan detik waktu, di situ ada kewajipan yang harus aku laksanakan sebagai daie illa Allah.

aku tak lupa... aku masih ingat... sebab aku pernah berjanji...bersaksikan laut di Tauranga dulu yang berpacakkan gunung berapi, wujud indah di tepi hujungnya. Bumi itu menjadi saksi.... bahawa

"Wahai Allah sesungguhnya aku benar-benar mahukan jalan ini. berikanlah aku kekuatan..Ya Allah, ya Allah."

thumuhat tarbawiyah dan dakwiyah yang semakin menyurut.... adakah itu terjadi lantaran sebenarnya kita yang merelakan ia? hamasah seperti gunung yang mencecah langit, adakah ia sekadar lukisan di atas buku?

aku termenung..... masih kaku di daerah sepi ini. di hujung dunia mungkin..... aku rasa, aku sudah cukup jadi pemerhati.

bila mahu melangkah?... kadang-kadang aku tahu, aku agak keras santunannya. aku akui.... namun kadang2 aku fikirkan itu yang terbaik dalam mengadun bahannya.

atau mungkin ia masih terlalu kecil.... banyak perkara ia masih tidak rela dikikis...

aku menyepi.... aku memujuk... kadang-kadang ego perlu dikikis walau "kadang-kadang terasa berkuasa sedikit"...

mungkin aku tak cukup sungguh..... tidak cukup perancangan...
aku tidak menyalahkan orang yang menyalahkan....

cuma aku sedih...mungkin kecewa...

Ya Allah tetapkan aku dalam dakwah ini kernaMu...bukan kerna manisnya..pahit maung, sweet.... dan nilai sentimental yang menaburinya. bukannya juga kerna ukhuwah mahupun siapa yang mengemudinya

SESUNGGUHNYA MARILAH KITA TERUS BERTAHAN KERNA KASIH SAYANG-NYA.

walau kita punya alatan canggih untuk berkomunikasi, namun kita sering kalah menunaikan hak kerna KITA SEMUA BUSY. mungkin.....

ingat tak?

Saturday, March 17, 2012

akhawat adalah hadiah "comel" buat kita


akhawat adalah hadiah comel dari Allah buat kita....

kadang-kadang mereka buat kita ketawa..... adakala kita menangis kerana mereka

....adakala perbuatan mereka membakar kesabaran dan menaikkan kemarahan....

..mengguris perasaan....


namun yang sweetnya kita cuba mengikhlaskan hati agar semuanya kerana Allah.. semuanya untuk Allah...
semuanya demi redha Allah

dan dalam diam kita titipkan doa buatnya.....

agar ia bisa jadi hadiah istimewa buatnya di akhirat sana

Saturday, February 25, 2012

zassssssssssss..........

anak: teacher malam nie ade test kerjaya. mcm mne usrah?

teacher: takpelah sian korg mesti penat kan (sebenarnye nak mengelat sebab "takde mood" nak tarbiyyah org sejak akhir nie..arrrggg rse tak layak mentarbiyyah manusia!!).

teacher: kita cancel je la usrah...buat lepas test.

anak: ala teacher...sbnrye dieorg ni rindu sgt nak usrah.



zassssss........ malunye!!!! TT__TT

Sunday, February 5, 2012

maafkan aku ya Rasulullah


maafkan aku ya Rasulullah....
itu yang terlintas tatkala aku melihat video klip Kau istimewa. dah lama tak tengok video nie.. di saat ini aku begitu malu denganmu Ya Rasulullah...seakan-akan aku mempermainkan amanah mu ini... amanah yang telah Allah sampaikan kepadamu dan atas kepayahan dan keperitan yang telah engkau dan sahabat2 lalui.....para tabien....dan generasi seterusnya sehingga kami mampu bernafas dalam nikmat iman dan Islam ini

maafkan aku Ya Rasulullah...
kerna aku masih lagi tidak mampu mengeluarkan kata-kata seperti sahabat2mu... apatah lagi mengotakan janji-janjiku sebelum ini....

"wahai Rasulullah sekiranya Abu Thalib melihatku pasti dia tahu aku lebih berhak dengan kata-katanya; Kami akan menyelamatkannya sehingga kami dibunuh kerananya dan terlalai daripada anak-anak dan isteri-isteri kami" Ubaidah bin Al-Harits

Ya Rasulullah..maafkan aku..kerna aku tak mampu memikul beban dakwah ini...dan tiap kali aku tersungkur atas kelalaianku sendiri...

ya Rasulullah maafkan aku kerna aku belum cukup sempurna menyintaimu...

ya Rasulullah maafkan aku kerna diri ini sangat sedikit mengamalkan sunnahmu

ya Rasulullah....namun aku ingin akulah yang kau akan sebut sebagai umatmu...

Monday, January 2, 2012

kita bukan hakim kepada hati manusia

ini adalah pertemuan terakhir kami sebelum semua berangkat ke daerah masing-masing. moga 3 minggu ini bisa jadi 3 minggu waktu memujuk diri, menguatkan tzatiyah diri, membetulkan niat-niat hati dan memurnikan setiap langkah yang bakal kita ambil selepas ini.

Bismillah

A001
O ye who believe! Take not my enemies and yours as friends (or protectors),- offering them (your) love, even though they have rejected the Truth that has come to you, and have (on the contrary) driven out the Prophet and yourselves (from your homes), (simply) because ye believe in Allah your Lord! If ye have come out to strive in My Way and to seek My Good Pleasure, (take them not as friends), holding secret converse of love (and friendship) with them: for I know full well all that ye conceal and all that ye reveal. And any of you that does this has strayed from the Straight Path.

saya kira pengisian ini sangat comel...dan sangat best.... sebelum ni pernah je dengar tapi tak "feel" seperti hari ini. Alhamdulillah... tak tahu kan bila Allah nak beri kefahaman? So janganlah rasa rugi kalau kena dengar benda yang sama berulang kali... saya yakin kandungan dan kefahamannya pasti berbeza..

Hathib bin Bataah... familiar tak dengan nama nie?? anda kena familiar dengannya selepas ini kerna beliau merupakan salah seorang sahabat yang istimewa pada pandangan Allah. kenapa agaknya?
sebab Hatib adalah salah seorang sahabat badar..

apa yang hebat sangat dengan sahabat badar nie???? Allah sentiasa memaafkan kesalahan mereka dan seakan-akan syurga telah terjamin buat mereka. mereka adalah sahabat-sahabat yang berjuang dan berperang dalam peperangan yang pertama dalam Islam. dan disebabkan pengorbanan dan kerelaan mereka mempertahankan Islam pada peringkat awal, sehingga selepas perang itu..kedudukan Islam menjadi semakin kukuh.

pada peristiwa ini Allah ingin mentarbiyyah Hathib bin Bataah dan para sahabat tentang keterikatan kepada keluarga atau kaum kerabat.

ini antara jahiliyah yang ingin Allah bersihkan dalam diri para sahabat sebab untuk Orang Arab Quraisy (kan mereka nie sgt kuat dgn asabiyyah kpd keluarga dan kaum kerabat) ujian keluarga adalah perkara yang susah sebenarnya. So Allah nak uji..siapa fisrt rank dalam hati kite? mak? ayah? family? adik-beradik? mak cik pakcik? anak-anak sedara yang comel n cute? or Allah dan Rasulullah?

hmmm.... teringat sahabat-sahabat yang menghadapi ujian keluarga.. diharapkan kisah hathib menjadi penguat antunna. Selamat menerima tarbiyyah dr Allah

tindakan Hathib bukan kerna ingin membelot kepada Islam apatah lagi kepada Allah dan rasul-Nya. Tindakannya itu hanya didorong perasaan ingin menyelamatkan ahli keluarganya di Makkah. berbanding sahabat-sahabat yang lain, ahli keluarga mereka ada yang ikut berhijrah ke madinah, ada yang tidak berhijrah tapi mereka ada pelindung di Makkah sedangkan ahli keluarga Hatib mereka tiada sesiapa dan mereka bukan berasal dari Makkah dan hanya menetap di sana.

kerna kerisauannya...hathib merasakan dia perlu melakukan sesuatu. Bukannya Hathib tidak yakin dengan perlindungan dan jagaan dari Allah. tidak! tidak sekali-kali...bahkan tindakannya itu dianggap satu usaha bagi Allah memberi pertolongan kepada kaum kerabatnya di Makkah. Dia mahu dengan utusan suratnya itu ke pembesar Quraisy mereka akan membalas pertolongannya dengan memberi perlindungan kepada ahli kelaurganya.


lantas turun wahyu dari Allah memberitakan tindakan Hatib. Rasulullah menghantar ali r.a. dan zubair untuk mengejar perempuan yg menjadi pengutus surat tersebut agar tidak smp ke pembesar Quraisy.

Baginda s.a.w bertanya " Wahai Hathib, apakah ini?"

Hathib menjawab "Wahai Rasulullah janganlah tuan cepat-cepat menghukumku. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang bersekutu dengan Quraisy padahal aku bukanlah daripada keturunan mereka. Kaum muhajirin yang ada bersama tuan pula mempunyai kaum kerabat yang dapat memelihara kaum keluarga dan harta benda mereka. Oleh kerana aku tidak mempunyai kelebihan keturunan seperti itu, maka aku ingin membuat kebaikan kepada mereka, semoga dengan kebaikan itu mereka akan memelihara kaum kerabatku. Aku tidak berbuat demikian kerana keluar dari agamaku ini atau kerana meredhai kekufuran selepas memeluk Islam"

lalu Rasulullah s.a.w bersaba "ketahuilah semua sesungguhnya dia telah bercakap benar kepada kamu"

Umar yang marah dengan tindakan Hathib berkata " Wahai Rasulullah, Biarkan sahaja aku penggal kepala si munafiq ini"
Rasulullah s.a.w. membalas "Sesungguhnya dia telah menyertai Perang Badar. Mana tahu, semoga Allah telah memandang kepada sesiapa yang menyertai Perang Badar lalu berfirman "Lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu. Aku telah ampunkan dosa kamu"


saya sangat tertarik dengan kata-kata seorang ukhti tatkala kami membincangkan ttg kisah ini..

"Setiap orang ada masalah tersendiri...ada ujian yang dia kena hadapi. Namun kadang-kadang sahabat kita tidak berkongsikan masalahnya seperti mana Hathib. Dalam hal ini Hathib merasakan die sorang je menghadapi perkara ni...sahabt2 takde mslh spt mana yg die hadapi."

Lantas die mengambil tindakan sendiri yang die fikir mampu untuk menyelesaikan mslhnye. Jadi bila ada sahabat-sahabat kita melakukan kesilapan pernah tak kita mengambil tahu ttg masalahnya sebelum tu? don't jump into conclusion. Sahabat kita hanya manusia biasa... dan setiap dari kita punya kelemahan yang tersendiri...dan pastinya Allah akan uji pd titik lemah itu. Hathib yang hebat itu pun membuat kesilapan inikan pula kita...dan sahabat2 kita...

janganlah kita cepat melatah dan berprasangka kerna perbuatannya. Malah kita sepatutnya menyelami dan memahami terdahulu keadaan yang sedang sahabat kita hadapi seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah.


saya teringat satu peristiwa dalam kisah Sultan Muhammad Al- Fateh. Apabila Muhammad al-fateh melihat pembuat meriamnya menogok arak, lantas beliau sangat marah. Namun dalam keadaan itu beliau masih bertanyakan sebab perbuatan pembuat meriam tersebut. Malah beliau sendiri mengarahkan beberapa orang tentera untuk mengiringi pembuat meriam tersebut pulang ke kampung kerna sangat merindui keluarganya.


dalam peristiwa ini, dengan hanya mendengar penjelasan lisan dari Hathib, Rasulullah membenarkan kata-katanya.

mesti ada yang berkata...macam mana kita nak tahu sama ada Hathib cakap betul ke atau dia menipu?...

dalam hal ini bukan kita yang menjadi hakim kepada hati manusia. Hanya ALLAH yang berhak menilai setiap hati-hati hamba-Nya. kita hanya mampu menilai di luarnya sahaja.

kerana Allah sama sekali tidak memberi kita "authority" untuk menilai apa yang ada dalam hati manusia... dengan sebab itu, adalah sangat tak boleh untuk kita berprasangka terhadap sesiapa pun.

kata kak S, bila kita start berprasangka terhadap seseorang bermaksud kita sudah mula menghakimi hati manusia... eh..eh.. kita pulak yang pandai-pandai nak nilai niat manusia! no way!



wallahu 'alam

Thursday, November 24, 2011

antara cikgu dan ikhlas

kecoh suasana bilik guru dengan gelak ketawa dan kata-kata berbaur kutukan tatkala menanda kertas peperiksaan akhir tahun pelajar-pelajar. mungkin sesetengahnya tidak mampu lagi menahan kesabaran bila apa yang diajar selama ini langsung tidak mengambar pemahaman seakan apa yang dikatakan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"nak tergelak baca jawapan budak2 nie...merapu..bengong!" kata salah seorang guru. aku hanya tersenyum membaca teks dari peti masuk pesanan ringkas (sms).

"ni ada budak ni kelas 4..(rahsia).. dia jawab nak test gas carbon dioxide guna lime water dalam kurungan air limau.." tersembur gelak ketawa kami...selama mengajar tak pernah pulak kami translate limewater sebagai air limau.

"patut kite letak belakang jawapan die "beng"...air limau beng!" lagilah bertambah kuat kami tergelak mendengar kata-kata seorang guru ni.

anak-anak....inilah anak-anak didik kami...

jangan silap faham dengan dialog di atas...atau bersangka buruk. satu perkara yang aku sangat pasti... semua cikgu syg dengan ank2 murid mereka...mcm ibu bapa syg anak-anak mereka..cuma cara mereka kdg2 kena..kdg2 tak kena....walau apa pun cara mereka niat mereka hanya satu...mahu anak-anak didik mereka berjaya... itu setakat pemerhatianku.

namun kadang-kadang aku pun seperti hilang sabar...yang paling teruk seakan hilang keikhlasan dalam mendidik anak-anak nie... sedangkan orang yg mengaku dididik dengan tarbiyyah sepatutnya lebih besar kesabarannya.
namun seperti itu semua tidak dipraktikkan secara menyeluruh, hanya pada tempat-tempat tertentu sahaja.

Bila difikir-fikir kembali amanah seorang guru ini terlalu berat kerna kita bukan sahaja mengajar tapi peranan yang lebih besar lagi adalah mendidik anak-anak ini...mendidik mereka dengan Islam..sehingga mereka mampu menjadi individu-individu muslim yang sebenarnya.

Bila ada sahaja pelajar-pelajar yang bermasalah, umpatan dan rungutan menabur dilemparkan namun ada juga sesetengahnya berusaha memahami diri remaja ini dan mahu membetulkan keadaan.

nah....di sini aku banyak belajar, memang benar seperti hadith nabi s.a.w., anak-anak ibarat kain putih. mereka memang "innocent".. jiwa mereka terlalu bersih....namun suasana dan persekiaran hidup yang telah mengotorkan mereka sehingga mereka seperti hilang timbangan. mereka terkapai-kapai mencari makna kehidupan..menunggu-nunggu kalau-kalau ada tangan yang mahu membimbing.

namun tak ramai yang mahu mengorbankan masa untuk melihat mereka...menyelami..dan memandu kedewasaan mereka. mereka dibiarkan mencari sendiri dalam kegelapan.

lebih mengecewakan...realitinya ibu-bapa menghantar anak ke sekolah asrama kerana "mahu lepas tangan" dalam mendidik anak-anak.

"cikgu, kalau anak saya ni kena buang saya sendiri tak sanggup nak jaga dia ...cikgu" aku merintih dalam hati tatkala pengetua meluahkan kata-kata seorang ibu di depan guru-guru. bagaiman tegarnya seorang ibu mengelat dari tanggung jawabnya sendiri.

dan akhirnya pengetua mengambil keputusan untuk membiarkan anak ini terus bersekolah kerana risaukan masa depannya walau hakikatnya kesalahannya tidak lagi melayakkannya untuk bersekolah lagi. walau anak ini seperti telah memusnahkan kehidupannya sendiri tapi satu perkara yang membanggakan adalah pelajar ini sangat rajin dan concern dengan pelajarannya. Dia seorang pelajar yang pandai...lembut kata-kata..

namun disebabkan membesar dalam keadaan keluarga yang bermasalah akhirnya remaja ini memilih jalan yang salah....

ini baru seorang pelajar..... sedang hakikatnya kita berdepan hampir 1000 pelajar yang pelbagai karakter, latar belakang dan keperluan.

aku terduduk.....

kalau boleh semuanya kita mahu "celupkan" dengan Islam..... "Ya Allah kalaulah mereka ni dapat kenal Islam...kenal tarbiyyah..."

besarnya tanggungjawab...ramai lagi yang dahagakan Islam....ramai lagi tak kenal-Mu ...ramai lagi yang buntu....ramai lagi yang memburu....mencari makna kehidupan sendiri...

dan disebabkan hal ini kadang-kadang kita jadi lemah...lemah memikirkan betapa tak terdayanya kita..... "dari mana harus aku mulakan?"..."macam mana nak betulkan keadaan yang sungguh tak betul ni!!!"

kadang-kadang ia mampu buat kita berhenti dari berfikir....


memang benar sangat sukar untuk mengikhlaskan diri.....rungutan demi rungutan kadang-kadang aku hamburkan. lagi-agi bila dibebankan dengan kerja-kerja "pengkeranian"...lagilah aku "berbulu"... kadang-kadang memang tekad untuk berhenti kerja!

namun bila mengenangkan betapa Allah telah menganugerahkan aku amanah yang sangat besar dan mulia ini.... aku menginsafi diri. Allah dah bagi peluang.... peluang untuk membentuk anak-anak sebelum mereka dewasa...seperti tanggung jawab seorang ibu/bapa. bukankah itu yang aku inginkan???


antara cikgu dan ikhlas..... aku mahu kedua-duanya.



Friday, November 4, 2011

some parts of me


there are some parts of my life that are hardly to be "islam".... and to be honest sometimes i feel like they are too dear to my heart that i couldn't just let go of them...

astaghfirullah al-adzim

and the words of Al-Maududi always linger in my mind...it sounds something like this.. "kita diperhambakan malah kita gembira dengan penghambaan ini"

sometimes we clearly know that some things are wrong to do... something just not right in the eyes of iman... but somehow we have no guts to say NO! to ourselves....

la haula wala quwwata illa billa hil 'aliyil adzim...

like someone said.. "following the right path is too damned hard" sorry if the word "damned" sounds too harsh for you.


we are the one who is responsible to search for that kind of strength and as He promises He will strengthen our hearts to face it and struggle till the end.

there was one reminder from a friend of mine that really struck my heart... "tarbiyyah terlalu mahal untuk kita main-mainkan"

if you do not appreciate it.... millions of people are waiting for His "touch"

agaknya apa yang mahu kita "korbankan" kali ini??? let have one!

wallahu 'alam

Thursday, October 6, 2011





tlah banyak yang ku lewati
jalan hitam di dunia
tak terhitung salah menodai
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
masihkah ada kesempatan
bagiku mendekatkan
hati dan cinta kasihMu

reff:
ku ingin bersihkan diriku
dari segala dosa
yang tlah ku perbuah hingga kini

ku ingin bersihkan jiwaku
terangilah dengan segala
petunjuk jalanMu

bersihkan, terangi, hidupku

tiada yang ada selainMu
yang selalu menjagaku
meski kadang tinggalkanMu

aku hanyalah manusia
yang mencari jalanMu
yang pasti kembali padaMu



Source: http://liriklaguindonesia.net/a/afgan/afgan-pencari-jalanmu/#ixzz1a3UkYkqn

Thursday, September 29, 2011

malu dengan Allah

jam dihanset menunjukkan pukul 10.26 mlm...aku masih dipembaringan. sedang berkira-kira merehatkan badan.

lantas aku teringat malam ini ada pertemuan dengan anak-anak itu. semalam lagi kami patut berkumpul namun kerana ada meeting akhirnya aku batalkan. ketika aku pulang jam 11.20 malam semalam, dihadapanku penuh dengan anak-anak itu sedang menunggu untuk diisi hatinya. Namun aku sedar mereka mungkin sudah terlalu penat dan aku sudah terlewat 35 minit sedangkan esok anak-anak itu perlu bangun awal untuk mencari air menyiapkan keperluan diri. aku akur....mereka adalah rebung yang perlu aku jagai...tidak boleh terlalu keras takut-takut dilukai.

maka hari ini aku perlu tunaikan hak mereka...

Aku menghantar satu pesanan ringkas kepada salah seorang anak itu..
"Jannah, keluarga malam ni teacher tak pakse tau. kalu nak dtg, dtg je la, kalu nk study utk test pun teacher xkisah. so nt decide la ek nak ke x. kalu nak..ketuk rmh teacher..kalu xnk pun xpe." Sebenarnya aku berniat untuk menguji mereka....betul ke mereka rasa usrah tu best!

tanpa aku sedar, selepas menghantar pesanan ringkas itu melalui phone samsung kesayanganku itu, aku pun terlelap..


11.09 malam... aku dikejutkan dengan deringan phone "waving flag" dari seorang pelajar... dalam hati aku berharap agar mereka tak mahukan usrah malam nie... sebab AKU NAK TIDUR! AKU PENAT SANGAT! aku lupa niat asalku.....ya Allah layakkah aku merasa penat????????

namun beberapa minit kemudian aku terdengar ketukan pintu bersama bunyi air yang keluar dari sinki...(al-maklumlah di sini air hanya keluar pd tgh malam). aku gagahi diri untuk bangun.. dalam hati aku menyesal...kerana seperti telah main-mainkan tarbiyyah mereka. lantas pintu rumah aku buka dalam keadaan "BARU BANGUN TIDUR".. tatkala melihat wajah mereka...aku rsa sangat berdosa.. Ya Allah apa yg telah aku sia-siakan hari ini!!... memang benar...bilangan mereka tidak seperti semalam..... hanya ada 6 orang yg dipilih Allah dan aku tahu wajah2 inilah yang memang benar-benar menunjukkan komitmen untuk ditarbiyyah.

semasa menyampaikan pengisian....hanya Allah shj yg tahu betapa berdosanya aku............aku terlalu beruntung kerna ada mereka yang sebenarnya sedang mentarbiyyah diriku....

Ya Allah terimak asih krn hadiah ini.... wahai anak-anakku.. teacher sayang awak semua.

moga disatukan dalam cinta Ilahi


Friday, September 9, 2011

mari kita terbang ke syurga




tatkala melihat buku ini di sebuah kedai buku dan stationary yang popular di kelantan, hati aku terus jatuh cinta.

tajuknya sahaja dah buat aku terkenang saat-saat indah di sana... di sanalah aku mula bercakap tentang syurga...di sanalah aku mula mengimpikan syurga.... di sanalah aku bercita-cita terbang bersama-sama teman yang lain ke syurga....

syurga memang motivasi yang indah......

lantas buku itu terus ku beli........kerna aku tahu itu bukan buku biasa.....

ceh2......

aku tak pandai mempromosi tapi setakat pembacaanku, aku boleh katakan buku ni memang best.

seperti dalam dakwah/tarbiyyah kita ada 7 maratib amal yang akan membawa kita ke ustaziatul alam, dalam buku ini juga terdapat 7 maratib yang akan membawa kita ke syurga.

ada 7 tangga menuju syurga yang diceritakan oleh imam ghazali
1. ilmu
2. taubat
3. godaan
4. rintangan
5. motivasi
6. aib
7. pujian dan syukur
ke tujuh-tujuh tanggan ini adalah rintangan atau aqobat yang kita kena lepasi untuk mendapatkan syurga....insyaAllah..

wallahu 'alam.